Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 32

            Dengan senyuman, aku menggosok bajukemeja Emel. Oleh kerana hari ni aku pakai Skirt gaun ringkas berwarna kelabu.So, baju kerja Emel pun kena warna yang sama. Adam  pun pakai baju berwarna yang sama. Dansekarang Adam temankan aku kat bilik baju ni. Setelah disumbatkan punting dandibaringkan diatas sofa panjang. Adam diam sambil memerhatikanku. Saja bawakdia kesini, buat kawan. Ha..ha..

            “Adam sayang! Adam teman ibu ye?Baiknya dia.” Aku tersenyum melihat Adam tersenyum, seolah-olah faham apa yangaku cakap. Biarlah dia tak faham pun, selama ni Adam sajalah kawan akumembebel. Dan sejak seminggu lalu, Ummi suruh Adam panggil aku ‘Ibu’. Emel pula‘Babah’. Alolorh, sweet nya! Rasamacam dah ada anak pulak ha..ha!

            “Ye Ummi, Anis nak carilah ni.” Kedengaransuara Anis diambang pintu.

            “Ummi suruh cari apa Nis?” Tegurku.

            “Owh! Nenek!” Anis melatah! Terkejutbila ditegur begitu. Tak perasan pulak Kak Zirah ada dalam bilik ni!

            “Akak! Terkejut Anis tau. Wah!Cantiknya akak sejak dua menjak ni!” Anis buat muka teruja! Kalau dulu, naksuruh Kak Zirah pakai baju perempuan.. Ya Ampun!! Punyalah payah. Berkejar akusatu rumah!

            Zirah menjelirkan lidah. “Tak adaduit kecik nak bagi. Tak payah nak perli sangat.”

            Anis duduk di sisi Adam. “Ish! Orangserius ni, cantik tau! Macam nilah baru kakak ipar Anis! Yeah! Bolehlah akakteman Anis bershopping lepas ni. Yeah! Ada geng! Acu  ada geng Adam.” Anis mencium pipi montelAdam.

            “Banyaklah kamu. Ni dah pukul berapani, tak sekolah ke?” Malas nak layan Si Anis ni, kang melarat pulak ke segmentpanduan mengorat. Bukan betul sangat adik ipar aku ni!

            “Alamak! Adoi, Anis nak cari tudungUmmi. Dah pukul berapa kak?” Kelam kabut Anis membuka pintu almari mencaritudung yang dimaksudkan.

            “Lagi tiga minit pukul 7.30.”Jawabku bersahaja tanpa memandang langsung jam ditangan. Macamlah kepala otakaku ni ada jam dinding!

            “Ha???! Dah lambat!”Terlompat-lompat Anis dibuatnya. Ditarik tudung berwarna hitam itu dan berlarilaju keluar. Namun dia berpatah balik, terkocoh-kocoh mencium tangan Zirah danmencium pipi kakak iparnya itu. “Sayang Akak, okey bye!” berlari dia laju.

            Aku ketawa sambil memandang jamdidinding. Baru pukul 6.45 pagi! Kejup lagi mesti ada bunyi tarzan panggil namaaku. Tak percaya tunggulah.

            “OWH TIDAK!!! KAK ZIRAHHHH!!!!!!!!!”Naik bergegar satu rumah! Jeritan Anis itu mampu membunuh beberapa ekor cicak!Ha..haa..ha!! Aku hanya ketawa.

Tadaaa!! Siap semuanya! Semuanya! Jam di dindingdipandang. Dah dekat pukul 8. Mana pulak Emel ni? Tak ada pun kat dalam bilik.

            “Mana Babah ye sayang?” Adam yangberbaring diatas katil diambil. Tak akan kat ruang solat lagi? Perlahan akumenuju ke bilik solat.

            Kelihatan Emel sedang terbaring,tidur rupanya! Lantas didekati suaminya itu. “Abang, kenapa  tidur kat sini?” Aku duduk bersimpuh disebelahnyasambil mengejutkannya.

            Emel terjaga. Dia tersenyum. “Dahpukul berapa?” Soalnya sambil meletakkan kepalanya diriba isterinya dan matanyajuga masih terpejam. Namun sempat lagi diambil Adam dari dukunganku, laludiletakkan didadanya.

            Aku tersenyum. “Dah pukul 8. Abangtak pergi kerja ke?” Aku memicit-micit kepala Emel perlahan dan lembut. Sejakdua menjak ni, wajah lelaki ini pucat. Malah, pendiam. Tak ada lagi aku dengarsuara dia berlawan kata dengan aku. Hanya suara lemahnya saja yang sering ringanmemujukku bila aku merajuk.

            Ya Allah, indahnya jodoh yang Kauberikan. Aku sangat bersyukur menjadi isterinya. Menjadi sebahagian daridirinya. Moga kau sentiasa kurniakan dia kesihatan yang baik dan rahmatilahdia. Amin.. Sesungguhnya, dia sentiasa menyanyangiMu.

            “Nak solat Dhuha dulu sebelum pergikerja.” Jawabnya perlahan.

            Aku tersenyum! Seketika kemudiankedengaran dengkuran halus Emel. “Babah, bangun. Dah boleh solat dah ni. BiarIbu bawak Adam keluar dulu eh.” Aku mengusap-ngusap rambut Emel.

            Emel terjaga. Perlahan dia bangun.Dipeluk erat Adam yang berada didungkungannya itu, dicium lembut. Kemudian diatersenyum sendiri.

            “Lah senyum-senyum ni kenapa pulak?”Soalku hairan!

            Emel menggeleng-geleng. So sweet! ‘Babah’.. ‘Ibu’..? Bisikhatinya! Insyallah kalau Allah izinkan. Sebaik-baik perancangan, adalah peracangandariNYA.

            “Nah..” Diberikan Adam kepada Zirah.“Sini kejup.” Katanya lagi sambil menggamit tangan menyuruh aku mendekatinya.

            Perlahan aku mendekatinya selepasmengambil Adam. Emel, memegang pipiku. Ditatap seluruh wajahku dengan senyuman.

 ‘Awak isteriyang cantik dimata hati saya. JJ

Previous: Bab 31B
Next: Bab 32A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.