Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 42

SELAMATPAGI DUNIA! Terutama sekali suami saya. Assalamualikum.. Eh, macam mana dia nakdengar kalau dia pun tengah tidur lagi? Selepas solat subuh tadi, Emel kembalitidur diatas katil. Katanya dia nak tidur kejup je, mengantuk sangat! Kuattidur betul..

            Kejup apanya, dah pukul 7.49 pagi.Daripada aku busuk tak mandi dah mandi dah, sampailah sempat aku mandikan Adam.Emel masih tak bangun lagi.

            Perlahan aku mendaki katil. Tangankanan Emel yang mendepa itu membuatkan aku merebahkan kepala diatas lengannya.Tangan kananku memeluk tubuh Emel. Kepalaku mendongak memandang wajah tenangsuamiku yang sedang tidur itu. Inilah wajah sebenar Emel, tenang.. Comel, danhensem!

            “Abang.. Bangun, tak nak pergi kerjake?” Aku kejutkannya perlahan. Namun tiada reaksi pun.

            Aku berbaring membelakanginya. Jarijemarinya aku pegang dan genggam kemas. Sambil bermain-main denganjari-jemarinya, aku bersuara. “Kalau tak kerja pun tak apakan? Tak payahkerjalah. Temankan Zirah kat rumah ni. Okey, tidur-tidur.. Zirah dodoikan ye.”Jahatnya aku ni kan? Ah, nantaklah. Kalau Emel ada cuti pun, masanya bukanuntuk aku. Tapi untuk Myra! Kalau hari isnin ni Emel cuti. Mungkin masanya adauntukku, sebab Myra kerja hari ini! Yeah!!

            Emel yang mendengar Zirah membebelitu hanya tersenyum. Nakalnya isteri aku ni. Tak nak bagi aku kerja, siap suruhaku tidur lagi? Dengan tiba-tiba Emel mengereng dan dipeluk erat pingang Zirah.Emel meletakkan dagunya diatas ubun-ubun Zirah. “Owh, main kotor eh. HasutAbang tak payah pergi kerja?” Bisik Emel perlahan ketelinga Zirah.

            Zirah yang hampir-hampir terlelapketika menepuk-nepuk tengan Emel tadi tersentak! Terkebil-kebil matanya. Namunseketika kemudian dia tersenyum. Dah bangun pun..

            Zirah memusingkan badannya menghadapEmel. Makin kemas Emel memeluk pinggangnya. Didongakkan kepalanya memandangwajah suaminya yang turut memandangnya. Senyuman dilemparkan. “Tak boleh eh?Kalau abang cuti hari ni kan best. Boleh duduk rumah dengan Zirah.”

            Emel tersenyum. Dicuit hidungisterinya. “Mana boleh sayang.. Nanti Walid marah pulak.”

            Zirah mencebik hampa. “Kalau macamtu, tak apalah. Abang tak nak bangun ke? Kata nak kerja. Zirah dah siapakanbaju Abang. Urmm.. Zirah nak turun bawah pergi dapur ni.” Macam mana aku nakbangun kalau Emel masih kemas memelukku.

            Emel tahu Zirah merajuk. Tapidibiarkan saja. Diusap pipi Zirah dan dicium pipi itu. “Okey..” Emel melepaskanpelukkannya dan bangun menuju kebilik air. Semakin kerap pula aku ni ke kebilikair. Dalam sehari mahu sepuluh kali aku kebilik air. Allah Hu Akbar! KuatkanlahhambaMu ini.

            Zirah mengeluh! Suruh cuti seharipun susah. Sayang sangat dengan kerja dia. Atau dia sayang sangat dengan‘pekerja baru’ dia tu? Aku bangun dan terus keluar dari bilik menuju kearahdapur.

            Semasa Emel turun dari bilik menujukeruang makan, aku sedang galak ketawa dengan Ummi. Melihat Emel sudah berada dimejamakan, aku meminta izin keruang makan untuk menemaninya. Baru saja aku mahumelabuhkan duduk disebelah kerusi Emel, Myra muncul terlebih dahulu. Kerusiyang telah aku pegang itu diduduki pantas oleh Myra. Aku terdiam!

            “Selamat pagi Abang! Kak Zirahjugak.” Myra tersenyum padaku.

            Aku membalas senyumannya, tawar.Perlahan aku berlalu duduk berhadapan dengan Emel. Baru aku mahu mencapaipinggan Emel, dengan laju Myra mencedukkan Bihun Goreng kedalam pinggan Emel.Tergamam aku dibuatnya. Aku masih berdiam lagi. Sabar wahai hati!

            “Abang ni Kak, dia suka makan bihungoreng Mak Ngah. Tapi bila breakfast,dia lebih suka makan dalam kuantiti yang sikit. Kalau tak, perut dia meragam. Betultak Abang?” Myra terlebih rajin bersuara. kata-katanya itu dibalas oleh Emeldengan anggukkan. Mengiyakan kata Myra.

            Aku pula? Hanya senyum. Amboi,nampaknya dia lebih arif pasal suami aku daripada aku. Agaknya Emel ni dahsilap pilih bini ni. Aku mencucuk-cucuk udang yang berada didalam pinggandengan garfu sekuat hati. Kan bagus kalau udang ni adalah muka Myra! Arghhh!!!

            “Abang nak Milo? Eh, Mak Ngah dahbuatkan dah. Myra tuangkan ye..” Myra menuangkan Jag Milo itu kedalam cawanmilik Emel.

            Aku hanya memerhati dengan pandanganKOSONG!! Baguslah Myra, dah boleh jadi bini orang dah ni. Tapi mintaktolonglah, jadilah bini orang lain. Dan bukannya suami aku! Aish!

            “Eh, comotnya Abang makan. Kat tepibibir tu ada bihun. Meh sini Myra buang.” Myra mengambil sehelai tisu dandengan selamba dilap hujung bibir Emel.

            Emel pun agak tersentak dengan sikappantas Myra itu. Namun apa boleh buat, benda dah jadi. Dikerling Zirahdihadapannya itu. Rasanya udang yang dicucuk-cucuk oleh isterinya itu dah jadimacam udang yang ditumbuk menggunakan lesung batu! Hancur! Marah benar gayanya.

            Zirah menarik nafas perlahan. Jauhmelayang semangatnya nak makan. Agaknya semangat makannya sudah terbang dantertempek kat dinding! Ada baiknya aku bawak piring ni kedapur. Zirahmengangkat piringnya dan bangun untuk berlalu. Tak mahu matanya memandang dramasebabak ini. Drama ini jauh lebih sadis dari cerita tamil!

            “Eh, tak luak pun isi dalam pinggantu. Tak akanlah diet kut?” Ammar yang baru saja turun dari biliknya melabuhkanduduk disebelah Zirah.

            Zirah hanya tersenyum. “Kenyangpulak. Along makanlah dulu.” Aku pantas berlalu kedapur.

            Setelah membasuh pinggan dan cawan,aku keluar dari dapur. Ummi dan Mak Ngah yang elok bersembang didapur pun dah taktahu kemana menghilangnya. Mungkin ke pasar bersama-sama.

            Ketika aku keluar dari dapur, kelihatansemuanya sudah siap makan. Emel sedang memakai stoking dimuka pintu. Ammar pula sedang meletakkan barangnyadidalam kereta sambil memanaskan enjin kereta. Kereta Emel sudah dihidupkanenjinnya oleh Myra. Setia benar dia menunggu Emel di pintu kereta. Hari-harinaik dengan Emel. Tak ada ke dia rasa nak naik kereta Ammar pulak? Pelik!!

            Setelah Emel sudah memakai kasut daningin berlalu. Aku memanggilnya  sambilmenggamit-gamitkan tangan supaya dia menghampiriku. Emel menurut.

            Aku berdiri betul-betul dihadapanEmel. Aku mendongakan kepala memandang wajahnya. Almaklumlah aku ni rendah,kalau berdiri disebelahnya mahu saja tahap bahu Emel. Aku membetulkan talilehernya, kemeja yang dipakai Emel aku kemaskan dengan mengusap-usap bahu Emel.Aku kembali menatap wajahnya. Dia juga begitu memandangku tanpa kelip!

            Aku tersenyum. Tangannya aku salamdan cium tanda hormat. “Abang, Zirah  nakhadiah.” Ucapku dengan manja.

            Emel mengerutkan dahinya, pelik!Namun Emel tetap tersenyum. “Hadiah apa?”

            “Sini,sini dan sini..” Akumenunjukkan dahiku dan kedua belah pipiku. Aku kembali tersenyum.

            Emel ketawa perlahan. Namunditurutkan jua kehendak isterinya itu. “Cukup?” Soal Emel.

            Zirah buat muka sedih sambilmenggeleng-geleng. “Kalau boleh, Zirah nak abang cuti terus.” Luahkubenar-benar terus-terang.

            Makin galak ketawa Emel. Dicuithidung isterinya. “Mana boleh sayang…”

            Alahai, gugur jantung aku tiap kalidengar Emel memanggilku Sayang! “Tak apalah, ini pun dah cukup. Sini sikit.”Zirah menggerak-gerakkan jari telunjuknya mengarahkan Emel mendekatkan mukanyasikit kepadaku.

            Zirah mencium dahi suaminya.“Hati-hati tau. Okey, bye.. Assalamualaikum.”

            Tergamam Emel dibuatnya. “Wa’alaikumsalam.Err..” Tak terluah ayat dari mulut Emel dengan sikap Zirah itu.

            “Abang pergilah cepat, dah lambatni. Cepat, sebelum Zirah tukar fikiran.” Aku memusingkan tubuh Emel menghadapdepan dan menolaknya perlahan agar berjalan menuju kekeretanya.

            “Okey tata..” Zirah melambai-lambaitangannya. Sambil senyum tahap koyak mulut.

            Emel hanya tersenyum dan turutmelambaikan tangan. Dan terus memasuki kedalam kereta.

            Ammar yang melihat aksi tadicepat-cepat masuk kedalam kereta. Ditarik nafasnya perlahan, handbreak dilepaskan. Gear ditolak danpedal minyak ditekan. Tak betah melihat lebih lama kebahagiaan adiknya itu.Bukan dia benci melihat kebahagiaan adiknya, cuma dia… Arghh! Entahlah. Susahnak cakap!

            Myra pula, diam dan kaku didalamkereta. Tingkah laku Emel dan Zirah tadi benar-benar membuatkan jantungnyaberhenti berdenyut! Astagfirullah al’azim! Beristifar dia perlahan. Walaupunkereta yang dipandu oleh Emel sudah agak jauh meninggalkan Villa. Namunsenyuman bahagia dibibir lelaki disebelahnya itu masih terpamer. Gembira benarwajahnya. Untungnya Zirah..

Previous: Bab 41A
Next: Bab 42A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.