Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 24A

JUMAATyang indah. Masjid An-Nur Jannah menjadi saksi sebagai tempat pernikahan antaraNur Ainul Nazirah Binti Abdul Malik dan Mohd Aimel Hijjaz Bin Dato Faris.

            Zirah yang berpakian jubbah maxilabuh berwarna krim dan bertudung sarung warna putih. Dihiasi net bermanik yangdiletakkan diatas kepala. Cantik! Sangat cantik. Biarpun bajunya dibeli disaat-saat akhir, majlis akad nikahnya bermuladengan agak huru hara. Namun sebaik saja mereka semua duduk didalam masjid itumenanti majlis akad nikah, keadaan menjadi lebih tenang.

            Emel pula segak berbaju melayu putihdan kolar baju melayunya mempunyai sulaman bunga menjalar bewarna krim pekat.Kelihatan tenang saja lelaki itu duduk bersila dihadapan Imam masjid itu yangmasih ralit memerhati dokumen.

            Tanganku yang tiba-tiba sejukdipegang erat oleh Jihah dan Anis. Mak yang ada dibelakangku hanya mengurutbahuku perlahan sambil tersenyum memberi semangat. Perkahwinan yang lepas, akusiapkan segala-galanya mengikut impian aku. Tapi ianya berakhir denganperpisahan. Tapi perkahwinan ini, aku tak bersiap apa pun. Malah baju dansegala urusan diuruskan keluarga Emel. Entah, aku sendiri tak tahu apa yang akurasa sekarang!

            Gabra? Tak ada pun! Cuma aku rasanak tidur! Berat untuk aku terima Emel sebagai suami sebenarnya. Memang kamitak bercinta, berdamai pun tak pernah apatah lagi nak berperasaan kan?Entahnya, apalah yang bakal berlaku nanti? Tawakal a’llah.

            Mendengar sesi akad nikah bermula.Aku masih berangan-angan entah kemana. Mati angan-anganku bila mendengar Emelmelafazkan akad nikah dengan penuh lancar, terang lagi cermat.

            Serentak itu, aku rasa ada sesuaturasa menjalar dihati! Aish! Merepek lagi! Fokus Zirah! Fokus!

            Doa dibacakan. Selensai diaminkan,Emel meminta diri menuju kearahku.

            “Solat Sujud syukur jom.” Katanyasambil tersenyum.

            Tergamam aku sekejup! Namun akumengekorinya. Berimamkan Emel, kami memulakan solat sunat sujud syukur.Subhanallah, nak tahu apa yang aku rasa? Tenang! Serabut diotak pun hilangentah kemana.

            Selepas melakukan solat, diteruskanpula dengan menyarung cincin. Saat Emel mencium dahiku, aku rasa sesuatu yanganeh melonjak-lonjak dihatiku. Rasa sayang buat Emel tiba-tiba muncul! Aish!Merepek lagi! Fokus Zirah! Fokus!

            Aku bersalam sambil mencium tanganEmel. Sah! Sekarang dia suami aku! Macam mana sekalipun aku benci dengan sikapdia. Aku perlu sayang suami aku. Sikap boleh diubah, hati bakal diambil. Kautengoklah Emel! Ini Zirah tau!

            Urmm, Zirah dah sah jadi isteri aku!Nampaknya susah sikitlah aku nak panggil dia gelaran yang ‘manja’ tu. Kena ubahsikit dia ni. Aku kan suami! Ada kuasa apa! Tunggulah sayang, abang jadikansayang seorang wanita melayu terakhir yang tahu berlembut dengan suami.

Previous: Bab 24
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.