Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 38A

ZIRAHduduk berteleku diruang meja di bilik perpustakaan mini itu. Hanya itu sajabilik yang jarang orang lain masuk diwaktu siang. Talifon Samsung Colbymiliknya yang diberikan oleh Anis dikeluarkan dari poket. Baikkan adik iparaku? Agaknya kalau dia tak bagi, sampai aku berjanggut pun aku tak mampu nakbeli. Biarpun harganya tak semahal mana.

            Nombor talifon rumah di kampung akudail. Otak aku sekarang fikir mak je! Bila aku suka, aku talifon mak. Bila akusedih pun aku talifon mak! Selalunya kalau aku rasa nak menitis air mata, akumesti talifon mak dulu! Alhamdulillah berkesan! Air mata tu tak mengalir.Setakat ni, aku berjaya tahan air mataku dari mengalir kerana Emel! Hebat mak!

            Talian disambungkan. “Assalamualaikummak sayang..” Aku tersenyum walaupun air mata dah bertakung dah!

            “Wa’alaikumsalam budak busuk! Barubangun tidur ke?” Mak Imah menyakat.

            Aku mencebik. “Mak, Along sekarangjadi budak baik tau. Along dah tinggalkan amalan tidur sampai kepetang dulu tu.Mak ni, Along gigit kang.”

            Mak Imah ketawa. “Kamu tu dulu,selagi planet Marikh tak timbul selagi itulah tak nak bangun.”

            “Dulu lain mak. Sekarang dah comel.”Ha..ha..ha.. Tiba-tiba je puji diri sendiri. “Mak sihat? Jihah sihat? Mesti diatengah ikat tali tie arwah ayah katdahi kan sambil ulang kaji pelajaran tahap tak ada  hari esok dah buat dia.” Aku ketawa. Kalaudiingatkan Jihah, memang lawak.

 Ingat lagimasa PMR dulu. Jihah akan buat benda yang sama iaitu ikat kepala guna tali leherarwah ayah. Katanya lebih focus, sebab rasa macam arwah ayah tengah duduk depanmata sambil pegang rotan! Arwah ayah dulu bekas guru sekolah rendah. Tapi arwahayah dah meninggal masa umur aku 15 tahun. Sedih sangat.

            “Adik kamu tu, kalau mak ikat kepaladia guna wayar talifon pun belum tentu dia betul-betul fokus. Setiap setengahjam belajar dia datang jumpa mak cakap dia nervous,nak peluk mak. Lepas tu sambung belajar balik. Tak kiralah mak tengah potongbawang ke, lipat kain ke, sapu sampah kat halaman rumah ke. Sampaikan maktengah kait kelapa kat rumah Mak Nah pun sanggup dia naik basikal pergi rumahMak Nak semata-mata nak peluk dan cakap dia nervous.”Mak Imah mengadu! Baik Jihah atau Zirah. Sama saja dua orang anaknya itu.Perangai semua pelik-pelik!

            Aku ketawa mengkekeh. “ Mak ni, maktahukan dia tu macam mana. Masa PMR dengan UPSR dulu pun dia macam tu. Makingat lagi tak dia sanggup ketuk pintu jamban semata-mata nak peluk mak dancakap dia nervous nak exam. Ha..ha..ha..”

            “Sekarang mak dah letak signboard besar-besar kalau mak nak kejamban. Don’t Disturb me! Dia ingatmak tak tahu bahasa omputih?” Mak Imah berkata dengan bangga. Dia faham,anak-anaknya sangat sayangkannya. Sejak suaminya pergi, hanya dia sajalah temanpaling rapat buat anak-anaknya.

            Aku ketawa lagi. “Mak..” Panggilkuperlahan. Namun nadanya agak mendatar dan sayu.

            Mak Imah memegang dada. Sebakhatinya mendengar suara anak sulungnya itu. Rindu benar dia pada anaknya. Namundia faham, Zirah bukan tangungannya lagi. Sedaya upaya ditahan air matanya.“Apa mak..mak? Dah macam anak ayam pulak.” Mak Imah pura-pura menceriakansuasana. Kenyataannya suasana sekarang adalah sayu!

            “Mak.. Along rindu mak.. Alongteringin nak peluk mak.” Mengalir air mata Zirah. Kalau sebut ayat ‘mak’ sajapun dah boleh buat dia mengalir air mata, inikan pula nak memeluk wanita yangdisayanginya itu. Sangat rindu dengan mak. Rasa nak berlari je balik kampung!

            Mak Imah mengelap air matanya yangturut menitis. Pilu hatinya mendengar suara sayu anaknya itu. “Kamu dah jadiisteri orang Long. Tak akan nak duduk bawah ketiak mak lagi?”

            Kenyataannya Along rasa macam bukanisteri mak. Kenapa suami Along berubah mendadak macam ni? Sekejup suka, sayang,cinta.. Sekejup benci, abaikan, tak peduli? Kenapa mak? Tak layak ke anak makni jadi isteri dia? Namun sayangnya ayat itu hanya berlagu dihati. Tidak mahumerisaukan hati tua ibunya. Jika mak tahu keadaan yang sebenar, mahu hati ibuitu rasa  tak tenang. Risau denganrumahtangga anak dan menantunya.

            “Zirah nak balik. Tapi Abang Emelasyik  kerja je.” Aku mengadu.

            Mak Imah tersenyum. “Fahamilah suamikamu tu Long. Dia bukan kerja bajak sawah. Tangkap ikan. Dia berniaga, mestimasanya terhad. Hidup berumah tangga ni kena ada faham dan memahami barubahagia. Mak pun rindu dengan Along, insyallah mana tahu tiga minggu lagi Alongbalik sini.” Mak Imah yakin, Emel menantu yang baik. Kadang-kadang Emel adasinggah kekampung menjenguknya jika dia perlu bekerja disekitar Perak. Segalakeperluan rumah disediakan olehnya. Sehinggakan segala kelengkapan danyuran-yuran Jihah pun dibantu. Harapkan wang pencen Arwah ayah mereka, memangtak cukup.

            “Along tahu.. Mak bungkuslah dirimak, lepas tu pos ke sini. Nanti nak balik, Along pos balik mak ke Perak..” Akumengelap air mata sambil ketawa mendengar Mak mendengus geram.

            “Kamu ingat mak kamu ni banana? Boleh main Pos-pos? Ada masa makdatanglah, tapi mak tak janji tau. Okeylah, mak nak kena pergi ke masjid jup.Nak hantar karipap, ada orang buat kenduri.”

            “Mak! Kan Along cakap jangan berniagalagi. Mak ni, Along gigit kang.” Geramku dibuatnya. Setiap minggu Emel akanmemasukkan wang kedalam bank simpananku. Malah wang mas kahwin pun masih banyakdidalam bank itu. Aku cuma menggunakan wang gajiku yang dulu untuk dikirimkepada mak. Rasanya sebulan 600 ringgit jauh lebih cukup. Tapi sejak jadimenantu Ummi dan Walid, aku sendiri yang menolak untuk terima gaji yangdiberikan. Aku ikhlas nak jaga Adam. Dah rasa macam anak sendiri.

            “Lah, Kak Tijah kamu tu. beriya-iyasuruh mak buat. Alah Long, mak tak nak hampakan dia. Lagipun dia dah siapbelikan semua barang, tinggal nak buat je. Long, mak rasalah. Kamu tak payahlahbagi mak duit. Duit kamu bagi tu lebih dari cukup. Mak rasa, mak tak guna lagiduit tu. Kami berdua je Long. Berapa sangat gunanya. Simpan duit tu. kalau makrasa tak cukup, mak mintak.” Mak Imah cuba memujuk. Lagipun wang yang diberikanEmel jauh lebih cukup. Mungkin wang Zirah itu boleh disimpan untuk kemudianhari.

            “Mak ni.. Suka macam tu tau! Takkira, mak ambik jugak.” Geram pulak rasanya. Itu tanggungjawab aku. Biar akususah, lagipun hidup kat sini bukan susah mana pun! Hari-hari makan. Tak luakpun duit aku.

            “Ish, degil betul budak ni. Tariktelinga kang baru tahu. Okeylah Long, bersilat pulak Kak Tijah kamu nantitengok kuih karipap dia tak ada. Jaga diri, taat dengan suami. Banyakkanbersabar. Ingat Allah. Mak selalu doakan kebahagian anak-anak mak.” Lembut sajanada Mak. Sejuk hatiku mendengarnya.

            “Insyallah.. Mak jaga diri tau.Jihah tu jangan dimanjakan sangat. Okey mak, Assalamualaikum.” Pesanku.

            “Wa’alaikumsalam. Eh, jangan lupamak nak kirim ni. Cucu satu! Kalau dua pun tak apalah. Lagi bagus. Tata Alongbusuk.” Pap! Talifon diletakkan.

            Baru aku nak balas. Amboi mak, dahpandai order cucu. Mampuslah akumacam ni!!

Previous: Bab 38
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.