Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 57B

“Apadia Zirah?”

            “Muiz tu anak siapa ye?” Akubertanya perlahan. Bimbang pula didengari oleh pembantu Kak Awin. Malu lahkalau dicop jaga tepi kain pulak. Hu..hu!

            Kak Awin terdiam. Serba salah sajamahu memberitahu. Semetellah dia tahu cerita dulu-dulu aku tu.

            “Itu anak Abang Fakri. Zirah kenalkan?”

            Aku terdiam sekejup. Maknanya ituanak Abang Fakri dengan Arwah Kak Dinaz lah? Abang Fakri memang dah lamamenduda hampir empat tahun juga.

“ Tadikan, Zirah ternampak Tasya yang hantar Muizdatang sini. Ermm, kalau Akak tak keberatan boleh ceritakan kat Zirah tak?”

Kak Awin mengangguk setuju. “ Sebenarnya, Tasya dahkahwin dengan Abang Fakri lima bulan lepas. Sebab dorang kahwin, urmm.. Tasyaterlanjur dengan teman lelaki dia. Lepas tu mengandung pulak. Entah macam mana,teman lelaki dia tak nak tanggungjawab pulak. Abang Fakri kan kerja dengan PakYop, bila Abang Fakri tahu pasal tu. Dia rela hati nak jadi pak sanggup.Baiknya Abang Fakri tu, Allah je yang tahu. Terkejut jugak Akak bila dorang nakkahwin. Bila tahu sebab sebenar, lagilah Akak terkejut.”

“Habis tu, satu kampung tahu dah ke?” Soalku. Akutak sedikit pun terniat untuk menyatakan bahawa nasib yang menimpa Tasya ituadalah hukuman dari apa yang dia pernah lakukan padaku dahulu. Tak terniat pununtuk aku berfikir sedemikian. Aku cuma merasakan bahawa nasib Tasya itu lebihkepada takdir yang terbaik buatnya. Tengok, sekarang dia dah dapat suami yangbaik seperti Abang Fakri tu. Biarpun Abang Fakri tak semewah mana, tapi sikapAbang Fakri tu jauh lebih mewah dari harta dunia.

“Tak tahu, orang dekat-dekat je yang tahu pasal ni.Akak pun, Mak Akak yang cerita. Mak Imah pun tahu, dia tak cerita ke?” Kak Awinbertanya pelik.

Aku menggeleng-gelang. “Mak tu mana suka buka ceritapasal macam ni. Tapi, anak Abang Fakri boleh terima ke?”

Kak Awin mengeluh. “ Anak-anak Abang Fakri tu baikZirah. Muiz tu pun baik. Dorang terima je apa kata ayah dorang. Anak sulungAbang Fakri je masih tak boleh terima. Lama jugak dia tak balik, sanggup dudukasrama. Lagipun tahun ni kan dia SPM.”

“Ouh, Mukhliz eh? Dia sekarang sekolah MRSM kan?Tapi Zirah tengok..”

“Zirah tengok Tasya layan tak layan  Si Muiz tu kan?” Kak Awin tersenyum bila akumengangguk.

“Tasya dah berubah. Tapi perangai dia yang tak sukabudak tu masih tak berubah. Mungkin pembawakan budak. Ha.ha! Kat rumah, diaokey dengan anak-anak Abang Fakhri. Cuma garang lah sikit. Biasalah muda lagi,lepas tu tiba-tiba pulak jadi Ibu untuk empat orang anak. Mujurlah yang palingkecil Muiz je. Yang lain semua dah pandai buat kerja rumah sendiri.Alhamdulillah, okeylah Akak tengok Tasya sekarang. Tak  macam dulu. Mungkin dia dah menyesal. Diapernah cakap dengan Akak yang dia teringin nak jumpa Zirah. Nak mintak maafdengan Zirah.”

Aku hanya terdiam dengar apa yang Kak Awin cerita.Baguslah kalau begitu. Muiz bersikap pelik tadi mungkin sebab sedih bila Tasyatak bagi dia ikut ayah dia pergi kedai kut. Aish! Merepek-repek je aku fikirtadi. Tak baik betul kau ni Zirah.

“Zirah tahu pasal Razif?” Tiba-tiba saja Kak Awinbangkitkan nama itu.

Aku pulak yang tersentak. “Ke.. Kenapa dengan dia?”

“Sejak dia kahwin dengan Erma, dia tak duduk sinidah. Dia dah pindah ke Sabah balik. Katanya, banyak sangat memori manis diadengan Zirah kat Perak ni. Mak Nah dan Pak Yop pun tak tahu nak cakap apa.Terpaksa lepaskan mereka, lagipun dorang kan dah kahwin. Sekarang dengar kataErma dah mengandung.” Kak Awin tersenyum.

“Alhamdulillah.. Zirah pun dah tak tahu macam manalagi nak lari dari dia dulu. Allah tu tahu apa yang terbaik kan Kak? Tapi Zirahrasa Tasya kahwin dengan Abang Fakri pun ada hikmah jugak. Mungkin Tasya jadilebih baik. Sebab, Abang Fakhri tu tersangatlah baik. Ruginya kalau Tasya tutak reti nak bersyukur.” Balasku dengan rasa ah, tak tahu nak cakap macam mana.Bahagia bila tengok kawan kita bahagia.

“Tapi,  lagitak bersyukur bila ada suami tak dilayan dengan baik.”

“Opocot!!” Hampir saja terlucut gelas yang akupegang bila tiba-tiba saja Emel muncul dihadapanku. Aku mengurut dada. Kak Awinyang ada disebelah hanya ketawa.

“Terkejut lah! Apa datang macam hantu ni?” Marahku.

“Mak suruh balik. Dah dekat pukul berapa dah ni. Jombalik. Cikgu, nak bawak budak ni balik dulu tau.  Eh, Hakim! Main bola  tak petang ni?” Panggil Emel sambil menuju kearahHakim sebaik saja melihat kanak-kanak itu sedang ralit mengasingkan sayur daribihun gorengnya.

Aku buat muka Selenga. Argh! Sempat lagi ajak budaktadika main bola! Dia ni dah macam budak-budak! Memalukan sungguh. “ Maaf kak.Balik dululah. Terima kasih bagi makan free.”

Kak Awin hanya ketawa. “Terima kasih jugak sebabtolong Akak.” Kami bersalaman dan berpelukkan.

“Akak tolong kirim salam sayang saya  kat Tasya. Cakap dengan dia, saya tak pernahdendam apa-apa dengan dia. Saya dah lama maafkan dia.” Aku tersenyum. Kak Awinhanya mengangguk dan tersenyum.

“Dah jom balik! Cikgu balik dulu. Tata semua,Assalamualaikum.” Sempat aku menggosok kepala Muiz sambil lalu dan terusmenarik lengan Emel dari duduk bersila disebelah Hakim. Nak cerita pasal mainbola lah tu. “Jom balik!” Marahku.

“Hakim jadi tau. Petang ni.”

“Orait!” Semua menyahut.

Sambil menuju ke pagar Tadika, aku melepaskanpegangan dilengan Emel. Aku menjelingnya. “Dengan budak-budak pun jadi.”

Emel ketawa. “Okey apa. Nampak tak saya ada nalurikebapaan. Umur macam saya ni, sepatutnya ada dua atau tiga orang anak tahu?”

Aku menakup telinga dan laju aku berjalan. “Tak nakdengar! Tak nak dengar!”

Emel ketawa lagi sambil berlari menyaingi langkahZirah yang laju itu. “Serius, kawan saya kan awak.. Anak dia dah masuk empat.Lepas tu..”

“Diam lah. Bagi makan  kasut ni kang.” Aku mula mengungut. Entahkenapa aku rasa mendadak naik bulu roma aku bila soal anak dibangkitkan. Seramlah!

Makin galak Emel ketawa. Sambil berjalan mengejarlangkah Zirah, Emel masih mahu mengusik. Sehingga merah padam muka Zirah maludengan usikkannya.

Previous: Bab 57A
Next: Bab 58

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.