Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 71

EMELmelihat kembali kertas yang dipegangnya. Bahunya ditepuk berkali-kali namunhatinya sudah melayang entah kemana. Mindanya terbayang wajah Zirah. Ya Allah,aku redha dengan takdirMu.

            Doktor Syakil tersenyum. Kagum diamelihat pesakitnya itu. Sangat tabah. “Kita mungkin ada peluang lagi Mel. Pokokpangkalnya adalah awak. Awak mahu atau tidak?”

            Emel memandang doktor muda itu. Diatersenyum lemah. Perlahan dia menggeleng-geleng. Jika peluang hanyaseparuh-separuh, adakah peluang itu berpihak buatnya? Dah berkali ianyadilakukan, dan rasanya badannya dah menolak dengan segala kaedah perubatan.Mungkin dah tahu ianya bakal berakhir.

            “Tak perlulah. Saya redha dengantakdir ini. Semuanya diatas kekuasaan Allah, biarlah Allah yang tentukan. Sayabukan mengalah, Cuma saya dah tak mampu.” Emel tersenyum ikhlas.

            Hampir saja mahu menitis air mataDoktor Syakil mendengar ayat pesakitnya itu. Melihat wajah Emel, terlihat yangdia memang betul-betul redha dengan takdir ini.

            Emel tersentak bila bahunya disentuhlagi. Ingatannya tentang pertemuannya dengan Doktor Syakil terus hilang dariminda. Wajah Irwan pula di depannya.

            “Ikut hati aku, aku nak je heret kaumasuk bilik pembedahan tu. Tapi memandangkan kau sendiri yang tak nak, apa lagiyang boleh aku buat.” Irwan hanya menunduk. Sumpah, saat ini mahu saja diamemeluk erat kawan baiknya itu tanpa melepaskannya walau sesaat.

            Emel ketawa perlahan. “Yang kau nakjiwang sangat ni kenapa? Aku okey lagilah. Allah bagi aku kesempatan lagi untukbernafas dalam bumi Dia.” Emel berwajah ceria. Selepas berita itu dikhabarkankepada keluarganya dan Mak dikampung. Semuanya sukar untuk menerima kenyataan.Tapi bila diyakinkan olehnya, mereka pun redha dengan keputusan aku. Cuma Zirahsaja yang masih tak tahu. Tak sanggup rasanya mahu melihat air mata wanita itumenitis lagi.

            Along insan pertama yang aku bagitahu. Reaksi Along bila dapat tahu, dia terus tinggalkan aku. Semalam baru diajumpa aku balik, dipeluk aku bagai tak mahu dilepaskan. Terkilan sangat diadengan keputusan aku. Aku terus-terus menyakinkannya. Jika aku sendiri bolehterima qadak dan qadar  ni. Kenapa bukanAlong? Ikutkan hati aku, aku sendiri rasa sedih sangat-sangat. Tapi apakandaya, itu takdir buatku.

            “Kau cakap senang lah! Aku sedihtau.” Bergenang jugak air mata ditubing mata lelaki itu. Irwan mengesat airmatanya.

            Emel ketawa. Kelakar pula tengokIrwan menangis. Dicampung lengannya dileher kawannya itu. “Dah lah, burukbetullah kau nangis. Sekarang ni, aku panggil kau bukan sebab nak tengok kaumenangis. Aku nak mintak tolong kau, uruskan sikit pasal majlis aku tu.”

            Irwan memandang Emel pelik. “Kau ni.Sepatutnya kau banyak berehat. Ini, sibuk lagi dengan majlis tu.”

            “Aku nak jugak adakan majlis tu.Lagipun Zirah dah teruja dah nak pakai baju pengantin. Dah macam-macam diasiapkan. Kau jangan nak spoilkan pulak. Aku cepuk nanti.”

            Irwan ketawa perlahan. “Yelah-yelah..”

            Seharusnya pembedahan ini dilakukansedari awal penyakit itu dikenalpasti. Kerana jika penyakit barah usus ini sudahmenjangkau ketahap empat, berkemungkinan ia akan merebak ke organ lain danseterusnya membawa kepada kematian. Jika penyakit ini sudah ketahap empat,peluang untuk hidup cuma enam atau dua belas bulan saja. Allahu’alam..

            Sesungguhnya ajal maut ituditanganNya. Redha dan tawakallah yang kita ada. Jika dicatatkan sampai disinisaja umur kita, ubat penawar paling mujarab pun tak akan dapat menidakkan ajal.Allahu Akbar!!


Previous: Bab 70
Next: Bab 72

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.