Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 68B

Zirahterdiam, terkedu. Dia menyangkakan Emel sengaja tak mahu berjumpa dengannya.Sumpah dia tak tahu selama ni Emel tak sihat. Ya Allah. “Ke..kenapa Zirah taktahu? Kenapa mak cakap abang dah sihat? Ke..” Teragak-agak Zirah menyoal.

            Emel menghampiri isterinya, dilapair mata dipipi Zirah. Direnung wajah itu dalam. Diusap pipi Zirah perlahan.“Abang yang suruh mak cakap macam tu. Abang tak nak Zirah risau. Abangsayangkan Zirah.”

            “Tapi Zirah isteri abang, Zirah naksusah senang dengan abang…” Tersedu-sedu suara itu.

            Emel memeluk erat Zirah. Ya Allahkuatkan hatinya. Abang tak sanggup nak tengok Zirah bersedih sayang. “Shuhhhdiam.. Abang tak nak Zirah cakap pasal ni lagi. Dan abang harap sangat, Zirahbagi peluang untuk abang tebus rasa bersalah abang ni dan  abang berjanji untuk membahagiakan Zirahselagi abang punya masa.”

            ‘Selagi abang punya masa… Selagiabang punya masa… Selagi abang punya masa..’ Berlegar-legar ayat terakhir itudiminda Zirah. Dipandang wajah Emel yang mengharap dan jelas wajah itu ikhlasdengan apa yang dikatakan.

            Untuk membahagiakan seseorang, bukanpengorbanan yang menjadi keutamaan. Tapi peluang yang diberikan. Menghukumbukan cara penyelensaikan masalah. Tapi merumitkan keadaan. Ayat itu terus membuatkanZirah terduduk lesu. Menitis perlahan air matanya.

            Emel memegang bahu isterinya.Membantu untuk isterinya bangun semula. Dilap air mata yang menitis diwajahisterinya. Dan dipeluk kemas.

            “Maafkan Zirah.. Abang maafkanZirah..” Berulang-ulang ayat itu meniti dibibirnya.

            Emel mencium dahi isterinya. “Abangsentiasa maafkan sayang.. Berikan abang peluang untuk terakhir kali. Dan abangberjanji yang air mata ini..” Emel mengelap air mata isterinya.       

            “Adalah air mata terakhir yang abanglihat.” Mendalam ayat itu bagi Emel. Tapi bagi Zirah ia merupakan satu harapan.Berharap agar tiada air mata yang mengalir. Dan dia akan belajar dari kesilapanini.

Previous: Bab 68A
Next: Bab 69

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.