Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 21

“MAK!Along balik bawak pakwe!” Jerit Jihah yang sedang duduk diatas pangkin bawahpokok manggis itu.

            Mak Imah yang sedang melipat kainbuat tak tahu saja dengan laungan Jihah tu. Jihah tu bukan betul sangat. Sukasangat kelentong!

Satu hari tu ada ke patut dia menjerit cakap Ayahbalik? Mak Imah yang sedang menggoreng ikan didapur, laju saja meluru ke luarrumah. Melihat Jihah tersenyum-senyum, direhatkan mindanya sebentar. Cubamencerna jeritan Jihah tadi. Bila masa pulak suami aku hidup lagi? Macam manadia boleh balik pulak? Bukan Abang Malik dah meninggal lima tahun sudah ke?

Setelah tahu yang dirinya ditipu, satu halamandikejarnya Jihah guna sudip! Sampaikan ikan tilapia yang digorengnya turut samahangus rentung macam arang batu!

“Kamu nak temberang lagi Jihah? Tak payah! Mak taktermakan cakap kau tu!” Jawab  Mak Imahsedikit kuat.

Jihah mencebik. Orang cakap betul-betul, dicakapnyaaku temberang pulak? Jihah dengan penuh excitedmenanti kereta mewah itu berparking dihalaman rumah.

“Keluarlah. Kenapa? Kampung aku cantik sangat?Tengok tuan punya kampung la bro!” Aku bersuara bila Emel masih galak memandangkiri dan kanan halaman rumahku yang masih bercirikan rumah lama. Aku teruskeluar dari kereta. Tak kuasa aku nak berlama-lama kat dalam kereta nimenghadap muka dia. Loya tau tak!

“Along!! Nak peluk sikit!” Jihah sudah mendepangkantangan sambil memeluk satu-satunya kakak yang dia ada. Meloncat-loncat saatmereka  berpelukkan. Setelah pelukandilepaskan, masing-masing tersenyum!

“Wah, rambut dah panjang! Awesome!” Jihah menyikuku. “Long, siapa tu? Abang ipar Jihah eh?”Terkedip-kedip kelopak mata Jihah memandang Emel.

“Itu? Orang gaji Along. Mak mana? Kat atas? Okey, bye!” Laju saja aku meninggalkanJihah dan terus berlari masuk kerumah. Terlopong Jihah saat kakaknya menyatakanlelaki hensem itu orang gajinya!

“Makkk!!”

“Owh mak nenek telan kain!” Mak Imah mengurut dada.Sempat lagi dia melatah! Melihat Zirah diambang pintu laju saja bibirnyamengukir senyum. Baru saja dia mahu bangun..

“Mak duduk situ! Duduk situ jangan  pergi mana-mana!” Arah Zirah sambilmenghampiri Mak Imah. Zirah terus saja memeluk Mak Imah dan melabuhkankepalanya diriba ibunya itu. Rindu dengan lagu mak bila dodoikan aku masa kecildulu.

“Mak, dodoikan Along. Cepat lah. Lagu yangbunga-bunga kembang tu.” Zirah menarik lengan Mak Imah lalu dipeluk erat sambilmemejam mata.

Mak Imah ketawa. Hampir saja air matanya keluar.Rindu sangat dengan anak sulungnya itu. Kalau ikutkan hati, mahu saja diamenyuruh Zirah pulang ke kampung. Tapi bila difikirkan Zirah disana bekerja danbukannya belajar menari. Disabarkan saja hatinya. Memang setiap hari Zirahtalifon dan  menyatakan yang dia mahupulang. Tapi ditegah olehnya. Tapi sayangnya, mulutnya saja kata jangan balik.Tapi hatinya, tuhan saja tahu macam mana dia merindukan anaknya itu. Hampirsebulan lebih jugalah Zirah meninggalkan rumah.

“Kamu dah besar lah. Tak malu ke? Kang buatnyamenan..”

Previous: Bab 20C
Next: Bab 21A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.