Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 54

Senyap je rumahni? Mana pulak pergi mak ni? Aku mencapai surat khabar diatas meja dan terusmelabuhkan duduk diatas kerusi kayu itu. Sedang ralit membaca berita yang takada lah sensasi mana pun, aku tengok gambar je. Hahaha!

            “Lapar lah..” Rengek seseorangdisebelahku.

            Aku menurunkan sedikit surat khabaryang aku pegang. Memandang ke kiri. Wajah Emel kelihatan dengan pekej mukamengada-ngada. Aku buat tak dengar, sambung balik baca berita pasal Nabila Hudapandai masak Taucu. Urmm, hebat betul dia ni. Gila kau tak hebat? Tahu takmasak taucu tu susah nak koma?

            Emel mengeluh. Dirampas surat khabaryang dipegang Zirah. “Abang lapar lah sayangggg..” Meleret-leret ayat sayangdia.

            Aku mengerutkan dahi. Setahu akubaru tiga jam yang lepas dia makan tengah hari. Dia ni tertelan tangki trelerPetronas ke apa? “Pergi lah makan. Apa muka saya ni macam peruk nasi?” perliku!

            Emel ketawa. Hah! Ada pun respon.“Macam periuk nasi bukan, tapi macam kuih apam. Nak gigit sikit pipi tu.”

            Muka aku macam kuih apam? Amboi,cantiknya ayat dia. Ah, malas nak layan. Kang lagi dia merepek. Aku bangun dariduduk, namun cepat-cepat Emel menarik lenganku agar duduk semula.

            “Nak air Milo.” Ujar Emel masih takputus asa.

            Aku memandangnya dengan rasa macamnak telan orang. “Duduk diam-diam boleh tak? Tadi cakap nak makan, lepastu nakMilo pulak. Kenapa tak mintak nak raksasa masak tiga rasa je?”

            “Eh boleh mintak ke?” Emel sengajamahu membuatkan Zirah lagi marah.

            Zirah ketap bibir. Ya Allah, tolongsabarkan hati aku. Sikit je lagi nak tukar jadi Hulk ni. Asap dah keluar dah ni, tinggal nak keluar api je. Belumsempat Zirah bersuara, lelaki itu dah melabuhkan kepalanya diriba Zirah.Terdiam Zirah dibuatnya.

            “Kenapa asyik nak marah je ni? Zirahtak rindu kat abang ke?” Emel memandang wajah isterinya yang masih tergamam.

            Zirah memandang tempat lain. Ish!Rasa macam nak nangis pulak. Dah kenapa kau ni Zirah?!

            “Abang tak pernah terniat dihati naklepaskan Zirah. Sikit pun tak. Bagi abang Zirah segala-galanya bagi abang.Abang nak sangat Zirah jadi isteri abang sampai bila-bila. Maafkan abang sebabbanyak lukakan hati Zirah. Maafkan abang sebab halau Zirah masa kat wad dulu.Abang tak sanggup Zirah tengok abang dalam keadaan macam tu. Masa tu abangrasa, abang tak mampu nak bahagia kan Zirah. Abang tak mampu buat Zirah tersenyum.Buat Zirah rasa bahagia jadi seorang isteri.”

            Emel terdiam sejenak. Melihat Zirahyang masih diam dia bersuara lagi. “Maafkan abang…” Di capai tangan ZIrah dandicium. Dipeluk tangan wanita itu.

            Zirah ketap bibir, air mata rasamacam nak mengalir. Tapi dia perlu tahan. Zirah mengeluh, dipandang semulawajah Emel di pangkuannya. Lelaki itu sudah terlelap. Aku mengeluh.

            Ikhlas ke awak? Betul ke apa yangawak cakap? Kenapa berat sangat hati saya ni nak terima awak? Awak dah seksahati saya Emel, awak dah buat hati saya tawar dengan awak. Tolong Emel, awakjangan bagi harapan yang tinggi. Saya tak kuat macam dulu. jangan seksa hatisaya.

            Aku mencapai kusyen kecildisebelahku lalu mengangkat kepala Emel ke atas kusyen kecil ituperlahan-lahan. Tangan kananku, aku tarik perlahan. Dan terus aku menuju kebilik.

Previous: Bab 53
Next: Bab 55

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.