Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 33

AKUmenggeleng-gelengkan kepala melihat Emel masih diatas katil. Jenuhlah akutunggu dia kat bawah, rupanya dia sambung tidur lepas bersiap tadi. Wajahsuamiku itu aku tatap lama. Sentiasa pucat.

 Ya Allah jikaada sesuatu ujian yang sangat berat menimpanya, kau tabahkan hatinya.Sesungguhnya dia amat mencintaiMu. Abang, selagi Zirah isteri abang. Tak akansedetik pun Zirah jauh dari abang. Dan membiarkan abang seorang diri hadapiujian. In sya Allah. Melainkan, abang sendiri yang meminta Zirah pergi darihidup abang.

“Dah pukul berapa?”

Tersentak aku dari lamunan bila mendengar soalanitu. Cepat-cepat aku mengelap air mata yang tiba-tiba berlenang ditubir mata.Aku melemparkan senyuman yang paling manis buat suamiku.

“Pukul 7.50. Abang larat tak nak pergi kerja harini?” Aku melabuhkan duduk disebelahnya.

Soalan aku itu dibiarkan sepi. Mata Emel memfokuskankearah mata Zirah. “Kenapa ni?” Soalnya lembut sambil tangannya mahu menyentuhhujung mata isterinya.

Cepat-cepat Zirah memegang tangan Emel itu. Senyuman terukir. “Tak ada apa-apa, mataZirah masuk habuk.”

“Masuk habuk? Macam mana boleh jadi macam tu? Marisini..” Emel merapatkan dirinya dengan isterinya dan kemudian di sentuh mataZirah dan ditiup perlahan.

Zirah tersenyum. Butalah aku kalau tak dapat menekasetiap tindakannya terhadap aku itu merupakan rasa cinta dia yang sukar untukdia luahkan. Aku menyentuh tangannya dan secara automatik Emel terdiam dariperbuatannya.

Zirah dengan perlahan mencium dahi suaminya. “Zirahtak ada apa-apa lah sayang. Sikit je ni. Terima kasih.” Luah Zirah sambiltersenyum.

Emel pula yang jadi terkedu dengan tindakan drastikisterinya itu. Tak dinafikan, Zirah memang suka buat kejutan yang boleh buataku sendiri terkedu. Kalaulah aku punya masa, akan aku jagamu sepanjang detikusiaku.

“Abang. Berangan pulak dia. Jom cepat, kata nakpergi kerja. Kang Zirah tahan tak bagi pergi kerja kang. Dah-dah jom..” Zirahterus menarik tangan Emel untuk berdiri. Kemudian diletakkan tangan Emelmelingkari pinggangnya. Alahai, gediknya aku!

Emel hanya tersenyum melihat reaksi Zirah yang manjaitu. Nampak benar kebahagiaan diwajah wanita itu.

 

 

SETELAHselensai kerja-kerja dibawah. Urusan kerjanya disambung ditingkat tiga. Adamyang ada didalam pelukkanku, perlahan-lahan aku letakkan disebelah Ammar.Seperti biasa, Adam akan terjaga.

            Awal pagi tadi, bibik dan Ummi dahsiap-siapkan Ammar. Dilap dan ditukar apa yang perlu. Giliran aku pula untukmenjaga dan menemani Ammar sehingga Bibik selensaikan tugasnya.

            Nak ketawa pun ada, melihat bajuAmmar sama dengan baju dipakai oleh Adam. Ini semua aku punya idea. Baju T-ShirtPolo putih itu dipadankan dengan baju T-Shirt putih yang dipakai Adam. Adamsiap berseluar pendek dan berstoking panjang lagi tau. Dah macam nak pergi maingolf pulak si Adam ni. Hensem sangat!

            “Along, mana Along letak gitar haritu? Tiba-tiba Zirah rasa gatal tangan nak mencuba. Hehe..” Aku terus menujukearah sudut hujung sana.

            Tiba-tiba bunyi tangisan Adam yangkuat itu membuatkan aku tersentak. Tak pernah Adam menangis tiba-tiba macam tu.Dengan segera aku berlari semula ke katil.

Aku cuba untuk mengambil adam, namun aku tersentakbila tanganku digenggam kemas! Laju saja aku menolah kearah tanganku.Terketar-ketar bibirku bila melihat tangan Ammar memegang erat tanganku.

Aku melontar pandang kearah Ammar. Wajah ituselah-olah berkeriut menahan sakit walaupun matanya masih terpejam. Ya Allah!!

“Along! Along kenapa ni? Along! Jangan buat Zirahrisau! Bibik! Mak Ngah!!!!!” jeritku kuat.

Previous: Bab 32A
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.