Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 58A

BAHUKUdicuit. Aku terpinga-pinga bila melihat Emel memandangku dengan pandanganpelik. “Kenapa?” Soalku hairan.

            “Nak beli barang ke nak balik?”Soalnya dengan dahi berkerut-kerut.

            “Kenapa?” Soalku sekali lagi,kenapa? Apa yang cuba dimaksudkan lelaki itu?

            “Yang awak pergi patah balik kepintu keluar tu kenapa?” Jawab Emel sambil memandang Zirah dengan pandanganpelik.

            Aku terdiam dan menoleh kedepan.A’ah, sekarang aku hampir dengan pintu keluar. Kenapa dengan aku ni? Tak akanberfikir pasal kad kahwin tu sampai macam ni sekali. Buatnya dia perasan nayaaku! “Err.. Orang.. Orang nak ambik bakul.” Helahku.

            “Kak, kita nak beli barang ni stok untuksebulan tau. Bukan untuk dua tiga hari. Mana cukup letak dalam bakul. Awakdemam ni, meh sini.” Emel menarik tangan Zirah. Digenggam jari jemari isterinyaitu lalu membawanya  masuk ke dalamTesco.

            “Rasanya tak payah pegang kut. Sayaboleh jalan sendiri.” Zirah cuba menarik tangannya. Entah kenapa pelik rasanyabila berpegangan tangan begini.

            “Tak boleh. Nanti entah mana pulakawak pergi. Badan awak je kat sini, otak entah sampai ke Negara mana entah.”Emel tersenyum sendiri. Gunakan kesempatan yang ada Emel!

            Zirah mencebik. Ada saja modal ayatnak perli aku. “Kalau macam tu, biar saya pegang troli ni. Awak cari barang. Nah, list barang.” Zirah menyerahkan kertas yang terlipat-lipat itu.Kemudian dia mencapai troli yangdipegang Emel. Emel hanya menurut.

            “Okey, pertama sekali cari kicap.Mak tulis kat sini, ‘Mak nak kicap jenama Suria, kicap lain jangan pandang’.Amboi, siap nota lagi.” Emel ketawa.

            Aku pun turut ketawa. Mak memangmacam tu. “Nak pergi mana pulak tu?” Pelik pulak aku bila melihat Emel menariktroli menuju ke ruang sayur. Tadi cakap nak cari kicap.

            “Kita cari barang basah dululah.Nanti baru cari barang kering. Hah! Jumpa pun. Sayur sawi.” Emel mengambilsayur bayam dan diletakkan didalam troli.

            Berkerut dahiku. “Mak suruh belisayur sawi ke, bayam?”

            “Sawi lah.” Yakin je muka mamat nijawab.

            “Ini sayur bayam. Kat sebelah dia tusayur sawi.” Balasku sambil menggeleng-geleng. Nampak sangat  dia ni tak pernah kedapur.

            “Inilah sayur sawi. Tak percayasudah. Mak Ngah selalu masak sayur ni, ini sayur sawi. Orang tahu lah.” Emeltetap mahu dikatakan betul. Belagak tahu pulak tu. Adoi!

            Aku mengeluh. Ya Allah. Mahu sajaaku bawak kamus bergambar buat rujukan dia. “Abang sayang, tu sayur bayam bukansawi. Ini sayur sawi.” Aku mengambil sayur sawi dan masuk kedalam troli.

            Emel tersenyum. Tapi coppp, apa gatalsangat fesyen senyuman dia ni? “Kenapa?” Soalku pelik.

            “Nak dengar lagi.” Kata Emel sambiltersenyum sampai kedahi.

            “Dengar apa?” Balasku geram.

            “Ayat abang sayang tu.. Nak dengarlagi awak cakap macam tu.”  Emeltersenyum lagi.

            Gulp! Aku silap cakap ke? Mulut akuni lah! Main sebut je! Ei, malunya! “Lepas tu Mak suruh beli apa?” Aku cubamengalihkan topik  perbualan. Laju sajaaku menolak troli, muka sudah merah gila menahan malu. Bikin malu je! Rasamacam nak sepitkan je muka ni kat celah tayar troli.

            Emel ketawa. “Nak dengar lagi..”Emel mengekori langkah Zirah dengan ayat tersebut. Rasanya kalau dia ulang buatkali yang ke lima, mahu rabak mulutnya disumbat sayur sawi oleh Zirah.

            Zirah hanya mendengus geram.Dirampas list barang dari tangan Emel,troli pula diserah pada Emel. Kalau dibiarkan Emel yang cari, sampai Tesco nitutup pun belum tentu jumpa.

            Setelah setengah jam mencari barangdan troli pun sudah hampir penuh. Sebenarnyabarang yang Mak mintak tak adalah banyak sangat, separuh troli je. Tapi Emel ni yang sengaja menambah-nambah sampai hampirpenuh troli tersebut. Benda merepekpun dia sumbat. Ada ke patut tali skippingpun dia ambik? Katanya, boleh Mak berskipping dalam rumah. Argh! Inilahmasalahnya kalau bawak mamat ni pergi beli barang.

            “Kejup!” Emel menarik lengankukeruang pakaian.. Err.. baby? Buat apa kat sini?

            “Comelnya. Nak beli boleh?” Emelmemandangku dengan pandangan mengharap. Dah banyak kali barang yang mahu dibeliEmel direject oleh Zirah.

            Membulat biji mata Zirah. “Buat apa?Nak bagi Adam pakai? Mana muat dah. Dia bukan baby lagi. Badan dia pun dahmacam  budak umur dua tahun tau.”Balasku.

            “Siapa cakap nak beli untuk Adam?”

            “Habis tu?”

            “Untuk anak Babah dan Ibu.” Emelmengenyitkan matanya.

            Gulp! Fahamlah  aku dengan maksud dia. Gila! “Jom, bayarcepat.” Aku menarik lengannya jauh dari ruang pakaian bayi itu. Nyilu pula akumendengar ayatnya tadi. Argh! Kenapa dengan dia ni? Seramlah!

            “Tapi..”

            “Baik kita pergi bayar sekarang.Kalau tak nak Tesco ni retak dengan suara orang menjerit.” Ugutku. Namun Emelhanya tersenyum. Sedangkan wajahku sudah merah gila menahan malu.

Previous: Bab 58
Next: Bab 59

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.