Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 61

“JANGAN.Makan ni.” Di beri Emel buah tembikai. Dah macam nenek dengan cucu pulak akudengan Emel ni. Yang Emel nak makan apa yang dimakan oleh Zirah. Dan Zirahmelarang kerana perut Emel tak boleh tahan dengan jeruk.

            “Tak nak. Nak yang tu jugak.” Emelmencebik sedih. Mujur dalam bilik. Kalau kat luar ni. Mahu tiba-tiba Ummimuncul dari mana-mana sudut bertanya kenapa anaknya merengek? Err.. apa patutaku jawab masa tu?

            “Mohd Aimel Hijjaz Bin Dato Faris.Hah! Ni buat Nur Ainul Nazirah Binti Abdul Malik nak marah ni. Amboi, biasasangat dia tu.” Ha..ha! Serius, aku rasa nak ketawa melihat wajah Emel yangterpinga-pinga bila aku marah dia macam tu sambil terjegil-jegil biji mataku.

            “Amboi, marahnya dia.” Emeltertahan-tahan mahu ketawa.

            “Habis tu, degil bebenor. Geramlah!”  usulku dengan sisa tawa.

            “Garang jugak isteri abang ni.Ingatkan lembut je. Sejak bila jadi singa betina ni?”

            Aku hanya mencebik. Dia cakap akusinga betina? Ceh! “Sejak kena tinggal.” Selamba saja aku menjawab sambilberlalu mencapai remote control.Siaran malam ni macam tak ada modal je nak buat cerita lain. Semuanya ceritamerepek-repek. Channel demi channel ditukar.

            Emel terdiam mendengar kata-kataZirah tadi. Entah kenapa terkesan benar ayat itu dihatinya. ‘Sejak kena tinggal.’ Perasaan serbasalah mula muncul.

            Zirah memandang suaminya. Emelkelihatan mengelamun walaupun matanya masih dikaca TV. Aku tukar ke siarantamil pun. Dia masih khusyuk menonton seolah-olah itu adalah channel kegemarannya. Aku tukar pula ke channel berita hiburan, dia masihmemandang TV itu seolah-olah dia nak sangat masuk ke dalam TV tersebut. Lainmacam je ni. Dia terasa ke apa yang aku cakap tadi? Sumpah, aku tak ada niatnak sindir dia. Ayat tu spontan keluar dari mulut. Aku mengutuk-ngutuk mulutkukerana lancang kuning betul bila berkata-kata. Macam tak ada Tol, main redahje.

             Aku memandangnya dengan wajah bersalah. Akumencapai tangannya perlahan. “Abang, abang terasa ke dengan ayat Zirah tu..Zirah..”

            Laju saja Emel memeluk isterinya.Kalaulah Zirah tahu perkara sebenar, rasanya mampukah wanita itu terima? YaAllah, Kau kurniakan perasaan yang kuat untuk wanita ini. Aku pohon agar Kausentiasa kurniakan dia ketabahan dalam ujiannya.

            Zirah merenggangkan pelukkan itu.Dipandang wajah Emel lama. Cuba mencari sesuatu yang disembunyikan oleh lelakiitu. “Abang tak marah kat Zirah kan?”

            Emel hanya ketawa perlahan. Masakanboleh dia memarahi isterinya itu? Nak tarik rambut pun fikir seratus kali.Sayang sangat rasanya.

            “Muka abang macam tengah marah ke?”Soalnya ingin tahu.

            “Tak lah, macam tengah tahansembelit.” Jawab Zirah bersahaja sambil terus menguyah jeruk. Entah kenapabuang tabiat aku malam-malam makan jeruk. Macam tak ada hari esok je nak makan.

            Emel hanya ketawa. Macam-macamlahisterinya itu.

            “Nakmakan tu..” Emel menjuihkan bibirnya menunjukkan kearah mangkuk yang berisijeruk.

            “Ish,degil betul Babah si Adam ni. Mana boleh. Nanti Abang sakit perut.” Zirahmembawa mangkuk jeruk itu jauh dari Emel.

            “Habistu, Zirah makan boleh pulak!” Geram pulak rasanya.

            Zirahterdiam. Berkerut dahinya, apa aku nak jawab ye? “Err.. Ermm.. Biarlah!”

            Emelketawa. “Ni makan jeruk macam makan nasi ni, ada apa-apa ke kat sini?” Emelmengusap perut isterinya sambil senyuman yang sampai ketelinga.

            Terkebil-kebilkelopak mata Zirah. Gulp! Apa pulak dia merepek ni! “Mana ada!”

            “AnakBabah dah ada dalam ni ye? Bolehlah jaga Ibu nanti kalau Babah tak ada.”Emelmasih mengusap-usap perut Zirah sambil tersenyum.

            Zirahpula menelan air liur. Terdiam mendengar kata-kata Emel itu. Mungkin ayatnyabermaksud lain, tapi entah kenapa hatinya macam tak sedap hati. Ish! Otak akuni fikir macam-macam pulak!

            “Sayangfikir apa?” Soal Emel bila melihat wajah Zirah yang seolah-olah berfikirsesuatu.

            Zirahtersenyum. “Tak ada apa.”

            Emelmerebahkan kepalanya diriba isterinya. Matanya memandang Zirah. “Abang teringinnak buat kenduri kahwin kita. Kalau boleh secepat yang mungkin. Kesian isteriabang, kahwin tanpa majlis. Tak macam pengantin yang lain. Maafkan abang..”Emel menggenggam jari-jemari Zirah.

            Zirahterkedu. Kenapa Emel sejak dua menjak ni kelihatan sangat aneh dimatanya. “Apa yangabang cakap ni? Zirah tak pernah mintak apa-apapun kat abang kan? Zirah takkisah lah semua tu.”

            Emel mengusap-usap pipi Zirah dengansenyuman. Jelas dimatanya Zirah tak suka dengan kata-katanya itu. Tapiwalaubagaimana pun, dia tetap akan lakukan majlis itu.

            “Tapi abang tetap nak adakan majlisperkahwinan kita. Abang nak sangat tengok Zirah berpakaian pengantin.Mesti  cantik sangat.”

            Aku hanya mengeluh. Melihat wajahbahagia Emel membuatkan aku tak sampai hati nak hampakan apa yang dia mahukan.Cuma sikap Emel ni buatkan aku tak selesa! Hati aku macam tak sedap je. Akucuba tersenyum meyakinkan bahawa aku setuju dengan cadangannya.

            Ya Allah permudahka urusan kami. DanKau rahmatilah suamiku yang aku sayangi ini. Amin..

Previous: Bab 60
Next: Bab 62

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.