Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 24

SUDAHgenap tiga hari peristiwa itu berlalu. Dan buat apa nak difikirkan lagi? Buatsakit kepala je. Perlahan aku menghampiri Adam yang sedang lena diatas katil.

            Aku berbaring disebelah Adam.Jari-jemari Adam yang tersarung sarung tangan itu,  aku pegang. Kuat Adam menggenggam jariku. Akutersenyum. Comelnya Adam ni. Nanti kalau aku kahwin, boleh ke aku dapat anakmacam Adam? Haaaihh.. Fikir kahwin pulak dah!

            Aku mengeluh berat. Bila terfikirkansemula kata-kataku yang bersetuju untuk  menjadi isteri Emel, buatkan nafasku kembalirasa tersekat. Ah, malas aku nak fikir. Aku terima saja apa yang berlaku. SoalEmel, aku dah kebal dengan sikap hati kering dia tu. Nantak lah, nantak lah akutak nak fikir!

            “Zirah!! Zirah mesti tolong Ummi!”Ummi tiba-tiba masuk kebilik sambil mendapatkanku.

            Terbangun aku dari duduk. “Hah?Kenapa ni Ummi?”

 

 

 

“APA?Ummi tahukan yang Emel nak kahwin dengan Zirah minggu depan? Kenapa Ummi suruhZirah berlakon jadi isteri Along?” Emel mula tidak senang duduk.

            Aku hanya diam menikus. Tak tahu nakcakap apa. Tengok dari sikap Emel, benar-benar dia membantah cadangan Ummi itu.

            Dato Faris mengeluh. “Walid dan Ummicuma suruh Zirah berlakon saja. Nanti tiba masanya, kita bagi tahu Tok Wan.”

            Berita mengejut yang diterima pagitadi benar-benar membuatkan keluarga itu merasa resah. Tok Wan menalifonmenyatakan yang dia mahu pulang ke Malaysia kerana mahu melawat cicitnya dan menantuanaknya. Tok Wan merupakan ayah kepada Dato Faris. Tok Wan tinggal di Chinasudah hampir 15 tahun, kerana menguruskan syarikat mereka disana. Kebertulansemasa majlis perkahwinan Ammar, Tok Wan tidak dapat hadir kerana ada hal-halyang tak dapat dielakkan. Sebaik saja mengetahui Ammar sudah selamat menimangcahaya mata, beriya-iya dia mahu pulang. Apatah lagi cicitnya itu seorang bayilelaki. Memang paling dinantikan. Manalah tahu boleh mewarisi legasinya.

            Pada mulanya dia berkecil hatiapabila mengetahui berita itu  melaluipelanggan-pelanggannya. Tapi disebabkan rasa teruja! Dia tidak kesah dengansemua itu.

            “Iya Mel. Sampai saatnya Tok Wanpasti tahu. Kita dah tak ada masa, ahad ni Tok Wan balik sini.” Ummi memujuk.Tahu, Emel tidak membenarkan disebabkan banyak perkara. Takut jika perkara ituterus-menerus menjadi rahsia, Tok Wan akan mengenali Zirah sebagai isteriAlong. Dan bukannya isterinya. Tapi memang itu yang dimahukan kan? Tapi! Entah,hatinya tidak boleh terima! Tambahan pula akad nikah akan dilangsungkan duaminggu lagi.

            Emel diam sekejup. “Kalau macam tu,Emel nikah jumaat ni. Esok Emel bawak Mak datang sini.” Cadangan Emel itumembuatkan masing-masing terdiam. Ah, nantaklah. Apa nak jadi, jadilah. Aku dahtak banyak masa nak fikir semua tu. Kenapa pulak aku takut kalau Tok Wan fikiryang Zirah betul-betul isteri Along? Sedangkan itu yang kau mahu?

            Arghh!! Aku tak nak fikir lagi! Emelterus berlalu. Makin sesak nafasnya jika berlama-lama disitu.

Previous: Bab 23C
Next: Bab 24A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.