Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 23C

“ZIRAHtak boleh kahwin dengan dia!” Razif melepaskan lengan Zirah. Ditarik Zirahsampai ke jambatan sungai ini.

            Zirah menggosok-gosok lengannya yangmerah. Direnung wajah Razif yang sudah menyinga! “Apa hak abang nak halangZirah!! Abang pun nak kahwin kan? Kak Erma jauh lebih baik dari Zirah bang!Benda yang sudah tu, sudahlah! Tak payah nak ungkit lagi. Benda dah jadi!”Marahku!

            Razif meraup wajahnya kasar. “Tapi,Zirah milik abang! Abang tak nak kongsi Zirah dengan sesiapa pun!”

            Tiba-tiba aku tersenyum sinis.“Kalau Zirah milik abang, dah lama dah Zirah jadi isteri abang! Tapi sekarang?Zirah masih macam ni. Dan abang tak ada hak nak halang Zirah untuk tentukanhidup Zirah sendiri! Siapa yang minta putus? Zirah ke abang?! Siapa yang taksetia? Zirah ke abang?”

            Razif hanya diam. “Kenapa abang takjawab?! Jawablah!! Kenyataan memang pahit, tapi itulah realiti! Benda dah jadibang, tak guna kalau kita nak berpatah balik. Buang masa je!”

            “Tapi Zirah! Abang masih sayangkanZirah! Abang tak boleh tengok Zirah dengan orang lain!” Razif membalas denganpenuh rasa kesal.

            “Abang, Zirah bukan milik abang! Kalaudulu, Zirah tak pernah marah abang. Tak pernah persoalkan kesetiaan abang. Takpernah ragukan abang. Tak pernah halang kehidupan abang. Kenapa sekarang abangnak halang kebahagiaan Zirah?? Abang nak ke tengok Zirah terus-terus macam ni?Memang pada mata semua orang Zirah ni nampak tabah. Tapi hati Zirah? Abang adaambil tahu? Ada?! Pernah abang fikir, betapa malunya Zirah bila orang kampungcakap macam-macam kat Zirah? Abang ada fikir? Tak kan?”

            “Abang mintak maaf. Sekarang abangbaru tahu, yang abang mencintai Zirah jauh lebih banyak dari Erma. Abangsanggup putuskan pertunangan dengan Erma. Kita boleh kahwin. Kita kahwin ye?”Razif bagaikan tersampuk dengan setan nirojim mana entah. Dia tersenyum bahagiasambil memegang lengan Zirah.

            Zirah merentap lengannya. “Cukup!Abang ingat perempuan ni macam barang ke? Boleh tolak kesan kemari? Nak diambik,tak nak ditinggal? Kalau abang pernah buat macam tu kat Zirah, Zirah harapabang tak buat lagi dekat Kak Erma! Mungkin abang lelaki, tak akan rasa apa-apabila buat macam tu. Tapi perempuan yang akan kena tempiasnya! Tolonglah bang,hati Zirah dah tak ada untuk abang!”

            Razif tersenyum sinis. “Habis tu, Zirahnak pilih mamat tadi tu? Abang tak rasa Zirah sukakan dia! Betul tak apa yangabang cakap? Hati Zirah masih sayangkan abang kan?” Yakin benar riak suaraRazif.

            “Memang!Zirah memang pilih dia. Memang Zirah akan pilih Mohd Aimel HijjazBin Dato Faris sebagai suami Zirah! Dan Zirah jauh lebih cintakan dia dariabang! zirah lebih sayangkan dia dari abang! Dan abang tak ada hak nak halangkehidupan Zirah macam mana Zirah tak pernah halang abang dulu!!” Zirah bersuaraberani! Didalam hatinya dia sedang berlawan dengan rasa! Ya Allah kuatkanhatiku!

            “Zirah!!” Razif memanggilku, namunsepantas boleh aku meninggalkan Razif. Cukuplah tu, hati Zirah dah banyakterluka. Bagilah peluang Zirah bahagia. Bagi Zirah, sekali kita dibuang, takmungkin Zirah akan menerima kembali.

            Laju menitis air mataku. Langkahyang terasa lambat aku gagahkan juga berlari. Sedangkan tenagaku langsung takada! Ditengah halaman rumah.. aku hampir tersungkur, namun ada tangan yangmemaut tubuhku dari jatuh.

            “Zirah, kau okey tak ni?”

            Zirah memandang wajah itu. Laju sajaaku menolak tangan itu. Aku terduduk diatas tanah. Perlahan aku biarkan air matamengalir. Kalau boleh inilah air mata terakhir yang akan menitis disebabkanRazif! Cukup! Aku dah tak mampu!!

            Emel terdiam. Pertama kali melihatZirah menangis, terasa bagai terbang melayang semua semangatnya. Terasa benarluluh hatinya. Ingin saja dia memeluk wanita itu dan mengelap air matanya.Namun dia perlu menjaga batas-batas agama.

            Barulah dia tahu, insan bernama Nur AinulNazirah bukan seorang yang keras hati, degil, tapi dia  seorang wanita yang kuat. Kuat melaluihatinya. Tiba-tiba hati Emel kuat mahu memilih Zirah sebagai isterinya. Dah duakali dia buat solat istikarah di masjid kampung itu saban malam. Alhamdulillah,Allah sentiasa menunjukkan kelebihan Zirah dimatanya.

            “Emel..” Zirah memandang lelaki itudengan pandangan yang kabur dek airmata yang melimpah.

            “Ye?”

            “Saya sudi jadi isteri awak.” Zirahbersuara perlahan, kemudian dia bangun walaupun tak larat. Perlahan dia masukkedalam rumah. Emel ditinggalkan ditengah halaman.

            Emel tersenyum. Diucapkan syukurberkali-kali. Moga Allah merahmati keputusannya.
Previous: Bab 23B
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.