Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 59

“DAHbagi tahu kawan kamu Long?” Mak Imah bertanya sambil membantu anaknya mengemasbarang. Tadi besannya talifon, katanya Adam meragam. Selalunya Adam akansentiasa bersama Ammar, jarang sekali mereka berjauhan terlalu lama. Olehkerana ada masalah yang tak boleh dielakkan, Ammar terpaksa tinggal di Perlisuntuk seminggu lagi. Lagi pun, inilah masa rancangan bermula. Ha..ha! Gelakjahat Mak Imah didalam hati.

            “Dah, sikit je ni.” Aku mengemas apayang patut. Bertambah cuti aku nampaknya, macam manalah agaknya rupa meja akunanti? Ada tak macam perlupusan sampah?  Aku rasa lain macam benar. Aku rasa macam adasesuatu yang dirancang oleh Mak dan Ummi. Sebab.. Ah, andaian aku je kut.

            “Nanti sampai sana kirim salam Makkat Ummi dengan Walid kamu. Kat Mak Ngah, Pak Mat, Bibik… Alahai banyaklahpulak. Senang cerita, kat semua lah tau.” Mak Imah menggaru-garu pipinya, entahkenapa rasa macam nak sebut je kirim salam satu dunia. Ha..ha!

            “Insyallah. Mak, kenapa eh.. Alongrasa macam berat hati je nak pergi.” Aku memandang Mak dengan pandangan berat.Ikut hati aku, nak aje aku cakap.. ‘Mak boleh tak Along masuk balik dalam perutMak?’  Haaih.. Kenapa tiba-tiba aku rasamacam pelik sangat  je situasi sekarang ni?

            Mak Imah menelan air liur! Gulp! Diatahu ke? Kemudian Mak Imah pura-pura ketawa. “Ish, kamu ni merepek je. Alongtak kesian ke dengan Adam? Manalah tahu dia meragam sebab rindukan Along ke.”

            “A’ah kan.” Zirah mengiyakan sambilkembali mengemas barangnya. Dah, malas nak fikir. Kang tiba-tiba pulak akutidur berdiri kang. Stress punyapasal!

            Mak Imah mengusap dadanya.Alhamdulillah, risau aku dengan budak ni! Mujur tak terlepas apa-apa darimulutnya. “Kat sana jangan buat perangai pulak, nak bilik asing-asing bagai.Kat sini Mak boleh tolak ansur lagi. Nanti kalau kamu mintak bilik lain-lain,mahu terasa mertua kamu nanti. Dorang tu dah cukup suka bila kamu dengan Emelberbaik. Walaupun hakikatnya kamu berdua  tak baik sangat pun. Berlakon lah sikit.Jangan hampakan perasaan mereka. Lagipun bukan lama mana pun berapa harisangat.” Mak Imah menoleh kiri nak sembunyikan senyum-senyuman jahatnya.

            Aku mengeluh. Inilah salah satufaktor yang membuatkan aku berat betul nak balik sana. Kalau bukan kerana Adam,aku rasa… Aku tak akan pergi kut. Dulu, aku ada jugak datang ke sana. Tapi aku dahbagi tahu Ummi siap-siap, kalau Emel ada dirumah tu aku tak nak datang. DanUmmi memahami. Tapi sekarang? Argh!

            “Kereta siapa ni Mak?” Soalku sebaiksaja melihat kereta Audi putih dihalaman rumah. Macam kenal je kereta ni. Inibukan kereta yang…..

            “Itu kereta Walid. Emel  yang bawak.” Mak Imah bersuara. Ini aku tak tipu.Itu memang kereta besan aku. Mak Imah tersenyum.

            “Emel mana? Tak bangun lagi?”  Aku pura-pura tak bangkitkan lagi soal keretaitu. Padahal dalam otak aku ni dah macam pejabat wartawan surat khabar Metro!Proses cari maklumat. Setahu aku, hari tu dia cakap Abang Ammar yang hantar.Sekarang, macam mana kereta ni boleh ada kat sini? Dari mana datangnya?Pelik  ni.

Kejup! Aku yakin lah, kereta ni yang ikut aku masaaku balik sini hari tu. Ye, aku yakin! Ouh, dia rupanya yang ikut aku hari tu.Dari Kuala Kangsar? Buat apa pulak dia pergi Kuala Kangsar? Argh! Serabutnya!Siap kau Emel, aku rasa ada benda yang cuba kau sorokkan dari aku!

            “Dah siap? Jom.” Emel bersalamdengan Mak Imah kemudian menuju ke keretanya.

            “Along  naiklah kereta dengan Emel. Kereta lama Alongtu dah tak boleh bergerak dah. Nanti bila nak balik Kuala Kangsar, baru Alongambik kereta biru tu.” Cadang Mak. Ada ke patut anaknya itu berkeras mahu bawakereta kancil lama itu pergi KL? Nanti apa lagilah yang tercabut.

            Otak aku masih bergerak memprosesmaklumat. Oleh sebab itulah,  masa mak tengahcakap aku hanya mengiyakan saja. Kalau Mak cakap ‘kamu nak makan penampar tak?’rasanya dengan yakin aku mengangguk. Serius, otak aku tengah mencerna sesuatu,oleh sebab itulah aku tak boleh nak fikir benda lain dah.

 Selepasbersalam dengan Mak, aku memeluknya dan mencium kedua belah pipinya. Akupandang wajah Mak yang ceria itu. Mak yang ceria, aku pulak yang bersedih. Apacerita?

Previous: Bab 58A
Next: Bab 59A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.