Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 29A

TERASAmacam ada seseorang mengusap kepalaku sambil menepuk-nepuk perlahan pehaku.Sakit yang mencucuk dikepala menyukarkan untuk aku membuka mata. Namun akugagahkan juga bila terasa kebas pulak berbaring secara mengereng ni. Perlahanaku membuka mata, terbeliak biji mata ku melihat wajah Emel yang berwajah pucatitu betul-betul menghadapku.

            Dia hanya tersenyum. “Sakit jugakeh?” Soalnya. Ya Allah Ya tuhanku, taka da sekelumit zarah pun niat aku nakmelepaskan dia. Tak pernah. Cuma aku nak dia jadi seseorang paling berhargabuat keluarga ini selepas ketiadaanku.

            Aku terdiam. Tengok mukanya yangpucat itu buatkan aku terasa tak jadi nak marah. Posisi kami yang menghadapsatu sama lain ini membuatkan aku baru tersedar yang kami diatas katil yangsama! Terus je aku terduduk secara automatik.

            “Eleh, malu konon. Kita dahmenghadap awak lebih dari sejam tau.” Kata Emel sambil tersenyum bangga!

            “Hah??” Hampir saja terlopongmulutku mendengarnya! Otak pun rasa susah benar nak mencerna ayat lelaki itu.

            “Kite teringin nak makan. Nakbubur.. Bubur Ayam tau. Letak kentang banyak-banyak. Nak air Milo sekali.” KataEmel sambil tersenyum.

            “Awak sakit apa?” Ah, malaslah nakberlapik kata. Aku bukan jenis manusia yang cakap berbunga-bunga. Cara akucakap, tepat terus dari apa yang otak aku nak tahu. Permintaan Emel tadidibiarkan sepi..

            Emel terdiam. Kelihatan kekok untukdia berwajah biasa. “Err.. biasalah tak cukup rehat. Deadline banyak sangat. Yang awak tu kenapa pengsan? Ada babyehh??” Emel menyentuh perutku!

            Terbeliak mataku dibuatnya. Lajusaja aku menepis tangannya yang mengusap perutku. Laju kakiku menuruni katildan keluar dari bilik. Namun mulutku masih mengomel-ngomel tak puas hati.

Sambil membancuh air Milo, aku terdiam sejenak.Kenapa aku pengsan? Kenapa dia tak beraku-kau dengan aku? Kenapa dia pelik?Kenapa dia tak macam dulu? Kenapa… Haaaihhh…

            Walau berjuta million sekalipun  ayat ‘kenapa’ ni tercacak atas kepala aku,jawapannya tetap tiada!

            Tangan yang perlahan namun sedikitlincah mencapai apa saja yang terlintas dimata lalu dimasukkan kedalam cawan.Mata masih melayang jauh ke luar dinding dapur! Kalau boleh, dalam lubangcacing pun boleh tertembus.

            “Kamu ni nak buat air milo ke, nak masakbubur? Atau ini resepi baru kamu?” Tiba-tiba suara Mak Ngah menyapa. Terkejutaku! Nasib baik tak melayang cawan ni.

            “Ish, terkejut orang tau. Apa yangMak Ngah cakap ni? Along ngah buat Milo la ni.” Laju saja tanganku mengacau airmilo didalam cawan. Tapi kenapa susah sangat nak mengacau ni?

            “Memanglah susah! kalau yang dikacautu beras! Yang ditanak dalam periuk tu Milo! kamu ni kenapa Long? Tak baik lagisakit kamu?” Mak Ngah mengambil periuk yang terletakkan diatas dapur. SerbukMilo yang ada didalam periuk itu diambil lalu diletakkan kedalam sebiji mug.

            Aku terdiam. Lama aku diam,memerhatikan tingkah laku Mak Ngah yang membantuku itu! Ya Allah, apa aku buatni? Kenapa boleh jadi macam ni? Nasib baik tak meletup dapur ni. Yelah, manatahu aku letak minyak petrol pulak kat dalam periuk tu. Bukankah lebih naya?

            Lemah aku melabuhkan duduk diataskerusi tinggi itu. Sambil menongkat dagu diatas meja, aku kembali memerhatikanMak Ngah buat bubur dan membancuh Milo.

            “Emel sakit apa Mak Ngah?” Soalku.Daripada aku merepek buat kesimpulan, ada baiknya aku tanya Mak Ngah. Manalahtahu ada jawapan.

            Tangan yang lincah  mengacau air Milo itu terhenti! “Err.. Ermm..Long, ni Mak Ngah dah masak bubur ni. Nanti masukkan sayur bawang dengankentang tau.. Ayam yang Mak Ngah potong dadu ni pun kamu masukkan sekali. Miloni bagi Emel minum dulu, nanti dah sejuk tak sedap. Mak Ngah nak solat Asarkejup.” Setelah tangan dicuci, bergegas Mak Ngah berlalu.

            Aku menggaru-garu kepala! Semuaorang nak berahsia dengan aku! Okey Fine!Tak nak kawan semua orang! Huh!

            Susah sangat ke soalan aku ni? Atauada sesuatu yang dorang semua ni nak rahsiakan dari aku? Tahu tak yang aku niisteri Emel yang sah? Selayaknya aku tahu apa yang berlaku pada dia. Mak! Alongnak peluk mak…

Previous: Bab 29
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.