Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 74A

ESOK merupakan majlis yang ditunggu-tunggu.Malam ni  sibuk saudara mara belah Ummidan walid datang membantu. Tak kurang jugak saudara mara aku dari kampung turutmembantu. Seronok sangat suasana ni. Rasa macam esok nak raya pulak.

            Atas kehendak Emel, tema majlis kamiadalah putih bersih. Tiada pelamin, hanya meja makan dihias bagai pelamin. Saturumah bertemakan putih. Baju pengantin aku esok pun warna putih. Tak sabar naktunggu esok.

            Mujur esok satu Malaysia cutisempena hari buruh. Oleh itu, Walid terimalah cadangan si Emel yang mahukanmajlis itu berlansung pada hari jumaat. Mula asalnya, jenuh Walid memilihtarikh yang terbaik kerana jika dibuat majlis pada hari kerja seperti jumaatsiapa pulak yang akan datang nanti? Namun berkeras Emel mahu adakan pada harijumaat. Alhamdulillah, tarikh yang dipilih jatuh pada hari cuti umum.

            Aku asyik diusik saudara mara yangsedang membantu aku memakai inai dijari. Emel pula sedang membantu apa yangpatut di bawah sana. Berkali-kali aku suruh dia berehat je, sebab kesihatan diayang tak menentu itu. Tapi dah namanya Emel, memang degil! Mahu juga menolongIrwan dan Along.

            “Untung kau dapat jugak buat majlis.”Yani tersenyum.

            Aku membalas senyumannya. “Mestilah.Aku pun nak kahwin macam kau jugak.” Aku menjelirkan lidah.

            Yani  tersenyum. Dipandang sayu wajah kawan baiknyaitu. Ceria wajah Zirah, asyik tersenyum dan ketawa dari tadi. Kalaulah dia tahuhal yang sebenarnya, aku sendiri tak sanggup melihat reaksinya. Ya Allah,kuatkan lah hati kawanku ini.

            Yani memeluk lengan Zirah dandilentukkan kepalanya dibahu kawannya itu. “Aku nak kau bahagia. Aku nak kauterus tersenyum macam ni. Aku sayang sangat dengan kau Zirah. Apa pun yangberlaku, aku sentiasa ada untuk kau.” Ujar Yani sayu.

            Zirah mengerutkan dahinya. “Hey, kauni kenapa? Dialog kau dah macam drama petang-petang  pulak. Kau ada apa-apa ke? Masalah ke? Adamtermuntah atas baju kau ke?” Zirah ketawa.

            Yani memandang kawannya itu. Ditolakbahu Zirah, hah! Geram aku. dah namanya Zirah, tak pernah nak serius. Sukamemain! “Kau ni, aku nak romantic sikit dengan kau pun tak boleh. Sukamain-main. Nasib baik aku sayang kau, kalau tak dah lama aku inaikan muka kau.Biar warna merah.” Bebel Yani dan kembali membantu Zirah memakai inai.

            Zirah ketawa. Emo pulak kawan akuni. “Sebab tu lah aku pun sayang kau. Meh nak cium pipi.” Zirah memuncungkanmulutnya.

            Yani ketawa. Ditolak muka Zirahketepi. Geli aku!

Previous: Bab 73B
Next: Bab 74B

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.