Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 52

MENONGKATdagu aku diatas ampaian kain itu sambil melihat kereta baru itu. Sejak semalamaku belum sentuh lagi. Masuk pun belum, apatah lagi mencuba untuk memandu.Jenuh jugak malam tadi aku berfikir, banyaknya duit mak? Aku ingatkan mak hanyacuma dulukan saja duit muka nak beli kereta ni dan aku akan sambung bayar untuksetiap bulan.

            Tapi sangkaan aku tu tak tepatlangsung! Mak cakap, kereta tu bayar cash!Tak ada hutang punya! Pelik! Hasil bajak sawah mahu dalam dua atau tiga ribuje. Itu pun kalau ramai yang sewa mesin tu. Lupa nak cerita, mak ada mesinbajak sawah tau! Untuk memudahkan orang kampung menyewa untuk membajak sawah.Itu hadiah dari Abang Adip. He..he! Nak tunggu aku yang belikan? Nak beli cangkulpun aku rasa bayar ansuran. Ha..ha!

            Sambung balik menyiasat! Kereta nimacam aku pernah tengok. Tapi  kat manaeh? Ah! Penuh betul soalan dalam otak aku ni! Sejak aku bekerja, mak tak pernahmintak aku duit. Malah mak pulak yang bagi aku duit setiap bulan. Sementellahbanyak hasil yang mak dapat. Dari jual kuih, Abang Adip bagi, urmm.. Bolehtahan banyak. Tapi tak akan sampai mak mampu belikan aku kereta yang harganya, bolehmematahkan gigi garaham ni? Ish! Tak logik pulak. Cash pulak tu! Ni buat aku pelik ni!

            Mana mak dapat duit lagi eh? Ish!Kena siasat ni! Talifon bimbit didalam poket tiba-tiba bergetar. Pantas akumengambilnya.

            Melebar senyumanku bila nama Alongdi skrin talifon dan gambar Along dan Adam.  Argh! Rindunya dengan Adam!!

            “Assalamualaikum, Along! Macamtahu-tahu je Zirah balik kan?” Aku berlalu menuju kearah kereta tersebut.

            “Waalaikumsalam. Mestilah tahu,Along ni ada firasat yang betul. Eh, tak adalah. Ummi yang bagi tahu Zirahbalik kampung. Zirah sihat ke?”

            “Sihat Alhamdulillah! Along, bilanak bawak Adam datang sini. Hari tu jumpa dengan dia tak puas lah! Sekejup je.”Aku mengadu, a’ah.. Sekejup je aku dapat jumpa Adam hari tu. Dalam 20 minit macamtu, sebab aku kena masuk pejabat balik waktu tu. Kadang-kadang Ammar akan bawakAdam ke Kuala Kangsar untuk berjumpa dengan aku. Dan Ammar pergi Kuala Kangsarpun ada sebab! Ehem! Ehem! Tak boleh bagi tahu. Rahsia aaa.. Ha..ha!

            “Alamak, sorry. Along kena pergi Perlis esok. Tak dapat bawak Adam ke sana.Kalau nak, Zirah datanglah sini.”

            Aku terdiam, amboi.. Ammar ni macamnak jerat aku je. Ish! Tak baik fikir bukan-bukan! Hu..hu! “Err.. Ermm. Takapalah. Lain kali. Ummi, walid, Mak Ngah, Bibik, Anis, Pak Mat, Pak Li..sihat?”

            “Amboi, semuanya dia sebut.Alhamdulillah sihat. Emel pun sihat.”

            Aku terdiam. Dah dekat sepuluh bulanaku tak pernah dengar nama tu. Sedaya upaya aku hilangkan nama tu dari menitidibibirku. “Err.. Erm.. Adam tidur lagi ke tu?” Aku cuba mengalih topik. Tapidalam hati nak sangat tahu pasal lelaki itu! Argh!! Tak boleh-tak boleh!! Diadah buang kau! Sedar diri tu sikit Zirah!

            “Tak adalah, ada main-main denganUmmi. Zirah nak cakap dengan Ummi?”

            “Boleh jugak!” Ermm, rindunya denganUmmi!

 

 

 

DEKAT30 minit jugak aku bersembang dengan Ummi. Rindu sangat. Aku mengeluh. Talifon bimbitdimasukkan ke dalam poket seluar tracksuitsemula. Aku kembali memandang kereta tersebut. Kunci dah ada ditangan, aku  tekan alarmunlock.

            Teragak-agak aku membuka pintupemandu itu. Dalam kereta tu tak ada perhiasan apa pun, cuma ada satu kotakyang berwarna hijau lembut diatas dashboard dan flip-flop bunga matahari. Urmm,macam kereta orang lain je. Ni buat aku rasa tak nak sentuh ni. Aku menutupkembali pintu kereta itu. Alarm Lock,aku tekan.

            Kereta sewa kut! Aku mengeluh, akuterus berpaling kedepan. Tiba-tiba ada seseorang mengepung laluanku yangmembuatkan aku tersandar dibadan kereta. Terperanjat aku dibuatnya. Perlahanaku buka mata.

            Makin menderu-deru peluh didahi.Argh! Aku mimpi! Yes! Aku mimpi! Akupejam mata dan siap tenyeh-tenyeh lagi kelopak mataku. Tak mungkin dia! Gojetni!  Mesti Gojet ni! Tapi kalau Gojet,mana berani dia nak buat aku macam ni! Nak makan kaki kalau dia buat macam ni.

            Aku buka mata perlahan, sebelah mataje. Kelihatan wajah yang hampir sepuluh bulan aku tak pandang! Wajah itutersenyum. Gulp! Hantu apa pulak ni! “Maa! Gulp!” Mulutku ditekup! Aku baru nakjerit panggil Mak tadi! Ah, sudah. Hantu ni pandai pulak tutup mulut aku!

            “Jangan cakap apa-apa, masuk.” Ditariktanganku masuk kedalam kereta Suzuki Swift tersebut. Kunci kereta yang akupegang diambil dan terus menuju kepintu pemandu.

            Entah kemana dia nak bawak aku. Sekarang,aku ni tengah kejang, mata tak berani toleh kiri kanan. Pandang depan je daritadi. Duduk tegak mengalahkan tengah kawad! Serius, aku terkejut! Hantu ke?Atau aku tengah mimpi? Argh!! Bala apa pulak ni? Setahu aku, aku cuma dengarnama dia pertama kali tadi bila Along yang sebut. Lepas tu aku tak fikirapa-apa dah! Serius! Aku tak fikir apa-apa pasal dia!   Serunama dia pun tak!

            Tapi kenapa tiba-tiba dia muncul.Argh! Patut ke aku hantukkan kepala kat bumbung kereta ni? Patut ke? Aku nakbangun dari mimpi ni! Aku tak suka mimpi ni! Tolonglah sedarkan aku. Mak!!

            “Zirah sihat?” Emel memandangsekilas isterinya yang masih kaku disebelah. Mahu saja dia ketawa melihat wajahpucat isterinya itu.

            Aku masih diam! Nantak kau lah nakbersajak sekalipun. Aku tetap tak akan cakap apa-apa! Aku mengeluh berat,betullah. Ini bukan mimpi, tapi kenyataan. Kenapalah dia muncul disaat aku dahkuat lupakan dia?! Aku  bersandar lemahdikerusi.

            Emel menarik nafas perlahan. Tahu,setiap soalannya tak akan dapat membuatkan Zirah bersuara. “Cantik Zirahbertudung. Suka abang tengok.” Emel masih memancing, jika ada tanda-tanda Zirahmahu bersuara. Namun hampa, isterinya itu hanya diam.

            Kereta dihentikan dikawasanberhampiran sungai. “Maafkan abang. Abang tahu abang salah, tapi tolong beripeluang kedua untuk abang jadi suami terbaik buat Zirah.” Mendatar dan sayusaja suara tu.

            Aku hanya mendengus perlahan.Peluang? Lupakan lah! Aku terus keluar dari kereta itu. Sesak nafas akuberlama-lama didalam kereta itu. Tolonglah Emel, pergilah dari hidup saya!!!

            Emel mengeluh. Dia perlu lakukansesuatu! Perlu! Lantas dia turut keluar dari dalam kereta. “Bagi tahu abang,apa yang patut abang buat untuk buat Zirah terima dan maafkan abang.”

            “Biarkan saya, dan jangan kacauhidup saya kalau awak rasa mahukan kemaafan dari saya.” Entah dari manadatangnya kekuatan tu. Lancar dan tenang saja aku bersuara.

            Emel mengeluh. Memang salahnya!Melepaskan sesuatu yang paling dia sayang. Tapi apa yang dibuat itu hanya untuktidak melukakan hati isterinya. Namun, sangkanya ianya adalah perancangan yang terbaik.Tapi sayangnya ianya amat melukakan hati Zirah. Maafkan Abang…

            “Macam mana abang nak biarkan Zirah?Tak hiraukan Zirah? Zirah sebahagian dari hidup abang.” Emel berkata ikhlas.Semenjak 10 bulan ini, hidupnya sungguh tak tenteram!  Pelbagai cara untuk dia mendekati wanita itu.Tapi peluang sentiasa tak berpihak buatnya. Selagi ada masa yang ada, diamencuba lagi untuk mencari peluang itu. Alhamdulillah, Allah dengar doanyasaban malam. Dan peluang ini tak akan dilepaskan.

            Zirah sekadar ketawa sinis.Sebahagian dari hidupnya? Dia tak sedar ke yang dia dah lumpuhkan sebahagianhidup aku? Cukuplah! Ini bukan drama melayu yang boleh guna ayat puitis untukmemujuk dan si heroin terpujuk! Maaf! Bukan!! Sila faham!

            “Awak dah tak ada peluang dan tiadaruang didalam hati saya.” Aku terus berlalu dari situ. Tak larat nak berhadapandengan lelaki itu. Lagi lama aku menghadapnya, main runtuh tembok yang akubina. Aku kena kuat! Tengok, sebab aku ‘terlalu kuat’ lah aku tak menangis pun!Hebat rupanya Nur Ainul Nazirah Binti Abdul Malik  ni.

            “Nur Ainul Nazirah Binti AbdulMalik!!! Awak tetap milik Mohd Aimel Hijjaz Bin Dato Faris. Dan saya akanpastikan awak tetap dan terus jadi milik saya!!” Jerit Emel bila melihat Zirahsemakin jauh meninggalkannya.

            Terasa mahu saja aku terduduk diatasjalan ini. Ya Allah, kuatkan aku! Kuatkan aku! Dia bukan milikku. Dan aku taklayak buatnya! Entah kenapa menitis air mataku. Tak adalah sekuat mana NurAinul Nazirah Binti Abdul Malik  ni, diatetap akan lemah bila soal Mohd Aimel Hijjaz Bin Dato Faris dibangkitkan.Lelaki itu adalah segala-gala buatnya. Tapi dirinya tidak layak buat lelakiitu!! Itu yang perlu aku tahu! Sedar diri Zirah! Sedar diri tu sikit!!

Previous: Bab 51A
Next: Bab 53

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.