Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 41A

TERSENGGUK-SENGGUKaku menunggu Emel habis menunaikan solat Isyak. Ngantuk yang ditahan-tahan terasa macam baru tertelan pil tidur je.Mengantuk sesangat-sangat. Tapi demi sesuatu aku kena kuat! Sesekali akumembuka mata, Emel masih dirakaat yang kedua. Mataku pejam lagi.

            Celik saja mata, Emel sudah dirakaatterakhir dan bersiap memberi salam. Aku membuka kelopak mataku dengan jari,moga-moga dengan cara ini mampu membunuh rasa mengantukku yang menggila.

            Sebaik saja aku buka mata sekalilagi, hampir terjatuh aku ke atas lantai bila aku tepandang Emel yang sedangmemandangku dengan dahi berkerut-kerut. Terkejut saya!! Aku mengusap-usap dada.Terkejut tau!

            Emel terus memandang isterinya yangsedang duduk disofa sambil menongkat dagu menahan ngantuk. “Zirah sini.” Emelmenggamit-gamitkan tangannya memanggil isterinya.

            Zirah yang masih terkejut tu, sempatlagi memandang ke belakang. Sangkanya Emel memanggil orang yang beradadibelakangnya. Gila apa, mana ada orang kat belakang aku ni! Perlahan akumenghampirinya, ribanya jadi tempat aku melabuhkan kepala.

            Emel hanya tersenyum. Dah lama takmemanjakan isterinya begini. Dulu setiap kali selepas solat isyak, Zirah mestitidur dulu diribanya. Dan dia akan membaca beberapa ayat Al-Quran danterjemahannya. Namun sejak dua menjak ini, sering benar dia abaikan isterinyaitu.

            Tapi malam ini, Zirah sanggupmenahan mengantuknya semata-mata menunggunya habis menunaikan solat. Tadi punZirah lah yang tolong bentangkan sejadah dan memakaikan Emel kopiah. Suami yangmana tak rasa terharu dilayan begini? Segala kelengkapan disediakan, dipenuhidengan cukup sempurna. Belum pernah lagi mendengar rungutan dan keluhan darimulut Zirah biarpun macam-macam yang telah dibuat. Dikecilkan hatinya,dilukakan hatinya, disakitkan hatinya dan macam-macam lagi.

            Maafkan Abang sayang.. Abang lakukansemua ni ada sebab. Abang nak Zirah bahagia, sebab Abang terlalu sayangkanZirah. Abang tak mahu satu hari nanti Zirah menangis kerana Abang. Maafkanabang sayang.

            Emel mengusap-usap kepala isterinya.Dicium dahi luas itu.  Kalaulah isterinyatahu apa yang dihatinya, rasanya Zirah pasti rasa memahami. Namun sayangnya,biarlah Zirah tak tahu. Itu lebih baik.

            “Abang..” Zirah menarik lengan Emel.Dan dipeluk erat lengan suaminya itu. Matanya dipejam semula.

            Emel hanya tersenyum. Wajah Zirahyang comel itu dipandang dengan penuh sayang. Perlahan-lahan mulut Emelmengalunkan surah Al-Mulk. Diakhir bacaannya, dia menerangkan makna dankelebihan surah yang selalu diamalkannya ini sebelum tidur.

            Tahu tak maksud surah Al-Mulk dankelebihannya? Surah Al Mulk (bahasa Arab) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an.Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. DinamakanAl Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yangbererti ‘Kerajaan’. Surah ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang berertiMaha Suci. Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akanmenjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.

 Surah Mulkhendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupanseharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallamtidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah AlMulk.’

Kelebihan Surah Al Mulk ialah surah inimenyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malamhari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadahdan telah melakukan satu amalan yang baik.

“SesungguhnyaRasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dansurah Al Mulk.”

Di antara kelebihan Surah ini ialah:

1. Surah ini akan menjadi penyelamat.

2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.

3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapatrahmat Allah).

4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan sepertiwajah Nabi Yusuf (cantik).

5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

            Zirah tersenyum, suka dengar Emelmengaji. Sedap sangat, sayu je! Setelah ayat yang telah dihafal itu dialunkan,Zirah membuka matanya diakhir ayat itu. Dipandang wajah Emel yang sedangmenerangkan kelebihan-kelebihan surah ini. Subhanallah, tak ada satu ayat pun yang Allah turun tak memberi apa-apakelebihan untuk si pembacanya kan?

            “Sodakallah hul azim..” Serentak ituEmel mencium dahi Zirah. Senyuman manis dihadiahkan.

            “Sedap suara Abang. Kalau boleh,Zirah nak Abang selalu bacakan ayat Al-Quran dan dengan maksudnya macam ni bilaZirah nak tidur. Zirah suka..” Aku tersenyum, kemudian bangun dari berbaring.

            Zirah mencapai tangan Emel dandicium tangan itu dengan rasa sayang. Dicium pula kedua-dua belah pipi Emel dandahi Emel. Zirah merenung mata Emel dengan senyuman. “Zirah mintak maaf kalauada perkara yang Zirah buat menyinggung hati Abang. Zirah mintak maaf tau.”

            Mula-mula Emel tersentak dengansemua tindakan Zirah itu, namun sedikit demi sedikit Emel tersenyum danmengangguk tanda dia memaafkan. Sambil memegang pipi gebu Zirah, Emel bersuara.“Zirah isteri yang baik, sayang. Tak ada apa yang perlu Zirah minta maaf.” Emeltersenyum.

            Zirah mengusap-usap tangan Emel yangberada dipipinya. “Okey, terima kasih abang. Urmm, sebenarnya Zirah nak dengarAbang bacakan Zirah Surah Al-Quran je sebelum tidur. Rindu nak dengar suaraAbang mengaji. Terima kasih tau. Selamat malam, Zirah tidur dulu.” Zirahtersenyum. Dicium pipi suaminya sebelum bangun dan berlalu kekatil untuksambung tidur.

            Emel terkaku ditikar sejadah. Diraupwajahnya berkali-kali. Pangg!! Terasa bagai sebuah tamparan yang menyakitkanbila mendengar kata-kata Zirah itu. Sumpah, aku tak mampu nak lepaskannya.Tapi…!

            Ya Allah, apa yang aku rasa ni? Emelmemegang dadanya. Ya Allah, tak ada sekelumit niat dihatiku untukmelepaskannya, hanya aku mahukan dia sentiasa disini selepas ketiadaanku. Hanyaitu yang ku mahu. Sesungguhnya engkau sebaik-baik perancang. Permudahkanlahsegalanya. Amin!
Previous: Bab 41
Next: Bab 42

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.