Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 34A

amnesia. Ini adalah keranaberkemungkinan jangkaan saya dulu tidak tepat, jangkaan saya berdasarkankeadaan  Encik Ammar  yang berpontensi menerima penyakit amnesiaakibat gegaran pada otaknya adalah kuat. Tapi kuasa Allah, dia masih EncikAmmar yang sama, tiada sebarang perubahan. Malah dia juga mengingati puncasebenar dia kemalangan.  Yang sedikitmengejutkan saya, dia kenal anaknya. Subhanallah, Dialah yang berkuasa dilangitdan dibumi. Anggap sajalah, selama Encik Ammar koma ini adalah ruang rehatbaginya.

Saya menjangkakan ada seseorang yang mendorongnyauntuk sedar. Kerana mengikut kajian saya, Encik Ammar berkemungkinan koma hanyasebentar. Dan ianya menjangkau lebih dari sebulan, mungkin semangatnya untuksedar tiada. Kadang-kadang manusia ni mudah berputus asa sebelum mencuba. Tapidia tetap perlukan rawatan lanjutan dan kakinya memerlukan physical therapy, kerana kakinya masih lemah untuk berjalan. In SyaAllah, dalam beberapa minggu.” Kata-kata Doktor Rhaman benar-benar membuatkanUmmi dan Walid tersenyum dan bersyukur.

Keadaan Ammar sekarang sihat, cuma dia masih sukar untuk berjalan. Kata Doktor Rhaman,Ammar perlukan latihan untuk melatihnya berjalan semula. Tanggapan mereka yangAmmar bakal lumpuh adalah tidak benar. Waktu kemalangan dulu, kaki Ammar tidakmempunyai sebarang kecederaan yang serius. Cuma luka-luka saja. Yang agak parahhanya kepalanya saja.

Ammar sedang mengacah anaknya yang berada diribanya.Dah berkali-kali dia mencium Adam. Syukur Alhamdulillah, Allah memberinyapeluang kedua.

Sambil mencium Adam, matanya melirik memandang Zirahyang asyik menyusun bunga dipasu kaca ditepi meja. Kali pertama melihat wanitaini hatinya terasa sesuatu. Zirah sejak tadi tidak bercakap, hanya senyum daritadi.

Dimuka pintu, langkah Emel terhenti. Bibir yangmenguntum senyum sepanjang perjalanannya tadi akhirnya terbantut kaku. MelihatAmmar memandang Zirah, tiba-tiba hatinya meronta-ronta mempercepatkan apa yangtertunda selama ini. Diketap bibirnya lemah.

“Lah, yang kau berdiri kat sini ni kenapa? Jomlah!Woit Ammar!!” Irwan menepuk bahu Emel sebelum memotong laluan Emel menujukearah Ammar. Emel hanya tersenyum hambar.

“Eh, abang.” Zirah tersenyum dan cepat-cepatmendapatkan suaminya. Dicium tangan Emel. Emel pula kaku. Seolah-olah ini kalipertama Zirah bersalam dengannya. Kaku! Entah kenapa, ditarik rakus tangannyadan terus menuju kearah Ammar. Dibiarkan Zirah terkedu dengan tingkahnya.

Zirah yang membelakangi Irwan dan Ammar hanyamengetap bibir. Mungkin dia penat dan tak sabar nak jumpa abang dia. Cool Zirah! Jom kita kedapur.. Pujukhatinya!

Adam yang menangis didukung dan dibawa kekatil.Sambil memangku Adam, botol susu disumbat kedalam mulut Adam. Laju saja anakkecil itu menghisap minuman kegemarannya itu. Sambil itu, aku menepuk-nepukpeha gebu Adam.

            Malas aku nak berkumpul bersamakeluarga besar itu. Ada baiknya aku duduk dalam bilik ni diam-diam. Bukan akutak nak berkumpul bersama, cuma aku terkilan dengan sikap Emel. Kenapatiba-tiba dia buat aku ni macam tak wujud? Aku ni isteri dia,bukan jiran dia!

            Apa yang aku buat semuanya tak betulkat mata dia. Ada saja benda yang dia tak suka. Kenapa ni? Apa salah Zirah? Nitiba-tiba aku nak jadi puteri air mata ni! L

            “Masuklah Long. Adam ada denganZirah.” Kedengaran suara Emel dimuka pintu.

            “Kau pun masuklah sekali. Along nakambik Adam je.” Ammar bersuara. Emel hanya tersenyum dan menurut. Ammar menolakkerusi rodanya perlahan masuk ke bilik itu.

            “Zirah, Along ambik Adamlah malam niye. Boleh?” Ammar tersenyum.

            Zirah yang tersentak dari lamunanmendongakkan kepala. “Hah?” Bukan pekak, Cuma tak jelas je.

            “Along nak ambik Adam. Boleh?” Ammarmasih tersenyum. Suka melihat wajah terkejut Zirah. Comel!

            “Oh, okey-okey. Urmm, Adam menyusu ni Long. Eh, dah tidur dah?” Zirahmenarik botol susu yang masih berbaki setengah lagi. Bila masa Adam tidur punaku tak sedar. Ish! Cuainya, kalau dia tersedak susu tadi macam mana?

            Ammar ketawa nipis. “Tak apa, Alongtidurkan dia.” Ammar mengambil Adam didukungan Zirah. Kemudian Ammar dan Adamberlalu keluar dari bilik itu. Emel mahu menghantar Ammar ke bilik abangnyaitu, namun Ammar menghalang. Katanya, dia masih kuat untuk ke tingkat biliknyayang bersebelahan dengan bilik Emel.

            Tinggallah Emel dan Zirah. Emelterus saja ke ruang TV didalam bilik itu. Remoteditekan. Berita jam 12 malam kelihatan. Emel merebahkan duduk diatas sofa.Memicit-micit bahunya yang terasa kebas.

            Zirah tersenyum. Kesian suami aku.Didekati Emel dan memicit-micit bahu Emel. “Abang penat ke? Banyak kerja tadieh? Itulah, kenapa tak cuti je hari ni? Irwan dengan Walid pun cuti tau harini. Abang je yang terlebih rajin.”

            Emel hanya diam. Volume suara di TV sengaja dikuatkanmenengelamkan suara comel isterinya.

            Zirah menarik nafas dan dihembussabar. Jari-jemarinya yang mengurut bahu suaminya ditolak perlahan oleh Emel.Kecil pula hatinya dengan tingkah Emel. Namun laju saja dia tersenyum. SabarZirah!

            “Abang nak Milo? Zirah dah tau buatMilo tau. Sedap.. Abang..” Terhenti kata-katanya bila Emel bangun dan teruske  katil, bersiap untuk tidur.

            Zirah duduk lemah diatas sofa.Airmatanya sudah bertakung, tunggu masa je nak jatuh kelantai. Namun, ditariknafas dalam-dalam! Kuat! Kuat! La Tahzan Zirah!

            Emel mengetap bibirnya. Rasabersalah mengetuk pintu hatinya. Bukan niatnya mahu menyakiti hati isterinyatapi dia terpaksa!  Ikutkan hatinya, mahusaja dipeluk wanita itu dan memujuknya.

Previous: Bab 34
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.