Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 56

Bunyi ketukkanpintu yang macam nak runtuh itu membuatkan aku meloncat dari katil! Dengan mukabaru bangun tidur aku buka pintu.

            “Kenapa mak? Kenapa? Ada..” Kelamkabut aku bersuara. Kata-kata aku terhenti bila melihat Emel sudah tersengehmelihatku.

            “Hai Puan Puteri Gunung BercabangTiga, dah pukul 10 ni. Puan Puteri tak nak bangun ke?” Emel bersandar di tepipintu. Melihat isterinya itu rasa nak ketawa, serabainya.

            Zirah mendengus marah. Kelam kabutaku dibuatnya sampai meloncat dari katil tau tak. Aku ingatkan siapalah yang emergency sangat sampai macam nak runtuhpintu bilik aku diketuk. Rupa-rupanya dia? Ya Allah! Sabarkan lah hati aku! Akurasa macam nak tukar warna dah ni! HULK!!!!!

            Aku terus menutup pintu semula, namunsempat Emel menahan. Dia tersenyum.

            “Bila nak bangun ni sayang?”Soalnya.

            Aku mengeluh! “Cuba jangan jaga tepikain orang. Suka hatilah nak bangun ke, nak meniarap ke, nak terbang ke, nakmenari ke, nak bersawang ke, nak mereput ke. Bukan urusan awak.” Hah! Kan akudah membebel.

            Emel ketawa. Dah lama tak tengokmuka budak gemok ni marah. “Eh, sayatak jaga tepi kain awak. Saya jaga tepi langsir pintu awak je.” Emel memeganghujung kain langsir pintu bilik itu sambil berkawad setempat.

            Arghhhhhh!!!!Lama-lama dia kat sini aku boleh jadi gila! Zirah menggenggam jari jemarinyadan menghentak kaki. Rasa macam nak tumbuk je laki ni. “Makkkkkkkkkkkkk!!!!!!!”

            Laju saja Emel menutup mulut Zirahdengan tangannya. “Ish! Jangan lah jerit. Nanti mak ingat awak nak bersalinpulak. Cuba bawak bertenang.” Emel hampir saja ketawa melihat wajah terkejutZirah dengan tindakkan drastiknya. Mujur tak cium! Eh!

            Zirah menolak tangan itu kasar.“Awak nak apa?” malas nak layan! Nanti lagi merepek lelaki ni.

            “Nak awak..” Emel mengenyit mata.

            Zirah mengeluh. “Jangan main-mainboleh tak?” penatnya layan dia ni! Arghh!Hilang kewanitaan aku!

            “Okey-okey.Jangan lah marah. Makin tembam pipi tu. Mak suruh bersiap cepat. Kejup lagi nakpergi kenduri Mak Cik Meimon. Eh, kejup!” Emel mengangkat tangannya seolah mahumenangkap sesuatu.

            Aku buat muka pelik. Dah kenapa diani. “Kenapa?”

            Pappp!!Emel menepuk tangan kuat. “Tak ada apa, lalat banyak sangat.” Ujarnya bersahajasambil berlalu.

            “Arghhhhhhh!!!! Emel gila!!!!!!!!!!!!!!!!!Arghhhhhh tension nya aku!!!!” Hah!Kan aku dah menjerit macam tarzan! Tak guna punya Emel! Menyakitkan hati betul!Kedengaran ketawa mengkekeh Emel. Laju saja aku menutup pintu bilik.

Previous: Bab 55A
Next: Bab 56A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.