Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 72

ZIRAHduduk bersila ditepi katil. Jarinya dari tadi menggaru-garu kening. Jenuhmencari, sampaikan dalam jamban pun dia pergi cari. Tetap tak jumpa-jumpa.Inilah salah satu masalahnya, cepat sangat pelupa. Kekadang tu dekat sejam carihandphone nya satu rumah. Alih-alih ada kat tangan dia. Masa tu tak tahu nakketawa ke, nak menangis.

            Emel yang dari tadi melihat tingkahlaku Zirah hanya menggeleng. Satu sikap isterinya itu, kalau dia cari barang tutak jumpa-jumpa dia akan cari sampai jumpa. Walaupun sampai subuh.  Kekadang tu dah tidur, boleh pulak bangundengan tiba-tiba. Katanya dia tak boleh tidur selagi tak jumpa. Padahal yanghilang tu cuma stoking sebelah kiri je pun. Pelik-pelik isterinya itu.

            “Sayang, dah lah tu. Abang pulakrasa penat tengok sayang kehulu hilir. Meh duduk sini.” Emel menepuk-nepukribanya.

            Zirah mengeluh. “Mana boleh bang,Zirah nak guna esok.” Matanya masih melilau mencari. Kalau aku tak dapat jugakmalam ni, aku terjun kolah!

            “Alaaa.. Benda tu pun dah tak bolehguna dah. Tah-tah mak dah buat reban ayam.” Ujar Emel bersahaja sambil menontonTV tanpa menyedari mata Zirah merenungnya macam api nak meletup!

            “Apa abang cakap?” Soal Zirah nakkepastian.

            Emel menelan air liur kesat. Alamak,silap cakap pulak dah! “Tak.. maksud abang, mungkin kunci tu kat mak.”

            Zirah mengeluh lagi. “Tulah, Zirahpun rasa macam tu. Tapi entah kenapa Zirah rasa kunci tu macam ada kat Zirah.Zirah sayang kereta tu bang. Zirah ada niat nak baiki kereta tu esok. Tapikunci pulak hilang.” Zirah duduk lemah diatas katil.

            Emel menghampiri isterinya. Ditarikisterinya duduk diribanya, dan Zirah menurut. Dipeluk pinggang isterinya. “Kanabang dah bagi Zirah Swift Biru tu. Kenapa nak guna kancil tu lagi? Dah terukdah kereta sayang tu.” Ujar Emel berhati-hati.

            Zirah memusingkan badannya danmemandang suaminya. Kedua pipi suaminya dipegang. “Itu harta pertama yang Zirahada. Zirah kumpul dari duit gaji Zirah lima bulan tau bang. Sampai sanggup jadibakhil taik hidung masin tak pergi Lunch. Makan roti je. Sebab itulah Zirahsayang sangat dengan kereta kancil tu.”

            “Kalau itu harta pertama Zirah.Abang apa pulak? Sampai hati jadikan abang ni harta karun Zirah je.” Emelmencebik sedihlah kekonon.

            Zirah ketawa. Diusap-usap pipi Emellembut. Ditenung mata lelaki itu. “Abang bukan harta Zirah. Tapi Nyawa Zirah.Sebahagian dari diri Zirah.” Hah! Kan dah jiwang tangkap lentok tak hingatdoniaa…

            Laju Emel senyum sampai ketelinga.Banggalah tu. “Terima kasih sayang. Eh kenapa macam tak muat je peluk ni?” Emelsengaja buat payah memeluk isterinya. Tergapai-gapai tangannya mahu menyentuhjari kirinya.

            Zirah mendengus marah! “Nak cakaporang gemuk lah tu!!! Tak payah peluk-peluk. Peluk je tiang tu.” Zirah menolaktangan Emel dan terus duduk jauh dari suaminya. Marah!

            Emel ketawa. Ditarik kembali Zirahduduk diribanya. Dicuit hidung Zirah yang sedang berpeluk tubuh sambil buatmuka belagak gila.

            “Tak payahlah merajuk. Asyik merajukje, nanti kalau abang tak ada… Siapa nak pujuk sayang?” Emel tersenyum.

            Laju Zirah memandang suaminya.“Abang nak pergi mana? Abang janganlah pergi outstation jejauh. Zirah tak adakawan. Siapa yang nak bacakan surah Al-Mulk sebelum Zirah tidur? Siapa nakteman Zirah makan? Siapa nak layan perangai Zirah? Abang tak ada sehari pun,Zirah dah bosan gila. Sampai Zirah tidur pun dengan kain pelekat abang tau.”

            Emel tersenyum lagi. Emel menariknafas dalam. Dan dihembus perlahan. Kuatkanlah hatinya Ya Allah. Emel mengusapdahi isterinya. “Abang tak pernah jauh dengan sayang. In Sya Allah..”

            Zirah tersenyum dan memeluksuaminya. “Janji tau! Sayang abang! Zirah sayang tahap jauh ke syurga!” Akukalau bagi perbandingan memang kekadang tu tak logic. Tapi agak mendalam lahjugak. Ah! Kesah pulak aku? aku sayang suami aku kot!
Previous: Bab 71
Next: Bab 72B

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.