Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 48A

AKUmenongkat dagu memandang keretaku itu. Kenapa masa ni jugak dia nak semput?Penyakit asma dia ni rasanya dah diubati seminggu yang lepas. Bila mata memandangsekeliling yang gelap. Gulp! Seram..

            Jubahku mula basah dek peluh. Mujuraku tak solat, kalau tak terlepas solat maghrib aku. Aku sandarkan tubuhdipintu memandu. Talifon bimbit aku pegang dan tenung berkali-kali. Nak talifonsiapa? Nak talifon macam mana kalau kredit pun tak ada! Kenapalah dengan harini. Macam-macam aku kena tempuh. Aish, tak baik mengeluh. Okey, ini mesti adahikmah ni. Redha.. Redha.. Motivasikan diri. Konon!

            Seketika kemudian, sebuah keretaWaja hitam berhenti disebelah keretaku. Aku mula menelan air liur bila tahusiapa punya kereta tu. Apa pulak dibuatnya kat sini? Adoi!

            “Assalamualaikum.. Kenapa ni?”Manisnya wajah dia ni. Wajah tenang berkopiah putih tu perlahan menujukearahku.

            “Waalaikumsalam Haji Hanif. Keretatak cukup rehat. Biasalah.” Aku tersengeh. Belagak tenang, padahal dalam otakdah kusut macam akar pokok kelapa!

            Haji Hanif mengerutkan dahi. “Biasa?Macam ni bukan biasa, ini namanya luar biasa. Sorang-sorang kat sini. BahayaZirah.” Katanya dengan wajah risau.

            Aku tetap tersengeh. “Zirah dahbiasa dah macam ni.”

            “Macam nilah, apa kata saya talifonMasyitah. Bawak awak balik, kereta awak ni saya uruskan.” Dia memberi cadangan.

            “Eh, jangan. Err.. Maksud saya. Takpayahlah. Anak dia demam sekarang ni. Susahkan dia pulak. Abang Adip sekarangdah bertolak pergi Pulau Pinang. Saya boleh tunggu makanik yang selalu services kereta saya ni. Saya dah hantarmesej ‘call me back’ kat dia.” Tang!Entah kenapa inilah jawapan paling jujur yang pernah aku buat. Aku ketap bibir.Tak patut betul jawapan jujur aku ni! Aish!!

            Entah sawan gila mana datangnya, akuboleh pulak buat ‘call me back’ katApek mekanik regular aku tu. Gila!Macamlah apek tu baca mesej yang aku bagi ni!

            Aku melihat Haji Hanif hanya ketawa.Alahai,  sejuk mata aku pandang dia ni.Haji Hanif kembali memandangku seimbas. Tak boleh pandang lama-lama, zina matanamanya. Tak pun, aku ni comel sangat kut, tu dia tak berapa berani pandangaku. Perasan tahap masuk lif, silap tekan butang aku ni. Hu..hu…

            Tapi memang pun. Masa aku interview dulu pun dia terkejut tengokaku. Mungkin waktu tu aku berwajah pelik kut. Bukan setakat dia, ada sesetengahkakitangan syarikat FQ pun beriaksi yang sama. Kenapa ye? Pelik pulak aku rasa!

            “Kalau macam tu, saya talifon Aminaadik saya. Dia pun dalam perjalanan nak balik tu. Awak naik dengan dia lah.Kereta awak ni saya uruskan.” Haji Hanif masih bersusah payah nak menolong.

            Aku berfikir sejenak. Amina? Macampernah dengar, pernah jumpa pun. Tapi segan nak tegur. Okey ke dia? Ah, daruratdah ni. Tak akan aku nak susahkan Kak Masyitah? Akhirnya aku mengangguk.

            “Urmm, tak susahkan dia ke?” Soalku.

            “Tak. Dia baik, jangan risau.Mungkin muka dia macam sombong, tapi dia baik dan ramah.” Haji Hanif cubamenenangkan hatiku.

            “Haji..”

            “Hanif cukup. Kita sekarang diluarpejabat.” Ujarnya sambil membuka bootdepan keretaku.

            Aku mengangguk. “Ha..Hanif, maaftau. Kereta saya ni kena bawak perlahan-lahan. Jangan sampai 130KM/J tau. Takutbumbung tercabut.” Aku tersengeh. Aku bukan cakap main-main, ini betul! Aku pernahbawak laju-laju, bila sampai rumah pintu belakang tertanggal. Alahai, nasibbaik dah sampai rumah. Kalau tak, masuk surat kabar kereta aku nanti. Satumasalah pulak.

            Haji Hanif ketawa lagi denganceritaku itu. Melihat saja kereta Zirah, memang sangat uzur. Kesian pulamelihatnya. “Kenapa awak tak mintak pinjaman dari koperasi syarikat?”

            “Hah? Nak buat apa?”

            “Beli kereta baru? Maaf, saya bukannak menghina. Tapi kereta awak ni perlu ditukar.” Haji Hanif berhati-hatiberkata. Risau andai kata-katanya membuatkan aku berkecil hati.

            “Ermm, tak apalah. Selagi bolehjalan, saya guna. Kalau dia rasa nak bersara awal, tunggulah saya cukup duitdalam bank.” Aku mengusap-usap bumbung keretaku itu. Biarlah hodoh macam manapun kau ni. Kau  tetap berharga bagi aku.Aku tersenyum. Haji Hanif hanya mengangguk faham.

            “Sekejup lagi Amina sampai.” Selepastalifon dimasukkan kedalam kocek. Haji Hanif menutup boot kereta.

            Tak sampai dua minit, kereta Myvikuning muncul. Bersederhana sungguh keluarga majikan aku ni. Hanya kereta BMWsyarikat saja yang mewah. Kereta majikannya hanya biasa-biasa saja.

            “Abang..” Amina menyalam tanganabangnya. Kemudian tersenyum dan berbalas salam denganku.

            “Mina hantar Zirah balik. Kereta diaabang uruskan.” Haji Hanif tersenyum.

            “Okey, jom Kak Irah.” Amina menariklenganku menuju kekeretanya.

            Sepanjang jalan aku bersembangdengan Amina. Peramah sungguh, sampai berbuih-buih mulut aku asyik melayanceritanya. Ketawa saja dia bila aku bercakap itu ini. Sehinggalah sampaikerumah Kak Masyitah.

            “Alahai, sekejupnya dengan Akak. Takpuas pulak. Lain kali kita jumpa lagi tau.” Amina sudah bersalam dan memelukku.

            Sebaik pelukan dilepaskan akutersenyum. “Insyallah.. Terima kasih tau.” Ucapku.

            “Tak apa. Esok akak naik apa?”Soalnya seolah-olah berharap aku sudi naik kereta dengannya lagi.

            “Kak Masyitah ada. Akak ikut dengandialah. Terima kasih. Hati-hati balik tau.” Ucapku sambil keluar dari kereta.

            Amina masih tersenyum. “Akak, mukaAkak comel macam Kak Mardhiah. Mina pergi dulu. Assalamualaikum..”

            Aku pulak yang ternganga danterpinga-pinga. Kereta yang sudah menjauh itu masih aku pandang. Kenapa pulakbudak ni? Siapa Kak Mardhiah? Artis baru ke? Ishh! Demam kut Si Mina ni. Terussaja aku masuk kedalam rumah.

Previous: Bab 48
Next: Bab 49

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.