Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 48

DAH  10 BULAN BERLALU. Aku sekarang dah bekerja disyarikat abang iparku bekerja. Ops, lupa nak cerita. Mak aku ada anak angkat,anak susuan. Nama dia Muhammad Adib. Dah rasa macam abang sendiri pun. Dulu ibuAbang Adip ada komplikasi sikit semasa melahirkannya. Ibu Abang Adip yangdipanggil sebagai Mama pernah mengalami koma sebelum melahirkan Abang Adip.Mama adalah kawan karib Mak. Sebab dasar kesian dengan Abang Adip yang masihkecil dan mahukan susu ibu, Mak menawarkan agar dia menjaga Abang Adipsementara Mama pulih. Kebertulan masa itu Mak baru kematian anak pertamanyayang sudah 8 bulan tiga minggu dalam kandungan. Perancangan Allah itu lebihindah dari apa yang kita rancang, Allah anugerahkan Abang Adip bagimenggantikan anak Mak yang meninggal didalam kandungan. Mak sayang sangatdengan Abang Adip. Kalau Abang Adip balik, tak dipandangnya aku dengan Jihah.Aiseh…

            Selepas apa yang berlaku dalam hidupaku, aku bertekad nak mengikuti Abang Adip dan Kak Masyitah ke Kuala Kangsar.Kak Masyitah adalah isteri Abang Adip, dorang dah ada dua orang anak. Kembarlagi tau.. Seorang bernama Ummu Hanim dan Ummu Hanis.

            Aku bekerja dibahagian jabatan yangsama dengan Kak Masyitah iaitu HumanResources. Tapi aku hanya kerani. Dengan SPM yang aku ada, kat manalah akunak bawak diri bekerja?

            Alhamdulillah, biarpun rezeki yangaku dapat tak seberapa. Tapi aku bersyukur, sekurang-kurangnya aku rasaseolah-olah dapat membina kehidupan yang baru. Rezeki yang aku dapat akukongsikan dengan Mak dan tanggung perbelanjaan pelajaran Jihah yang sekarangdah menuntut di UiTM Iskandar.

            Sepanjang 10 bulan aku bekerja,Alhamdulillah aku dapat membeli sebuah kereta yang ‘cantik’ ni. Tak apalahteruk sikit, janji boleh jalan. Lepas aku dapat lesen, terus aku beli keretani. Kereta kancil warna putih.. Err.. Coklat.. Err.. Merah. Entah! Sekalipandang macam peti besi masa zaman jepun dulu pun ada jugak! Aish, dah berjasadah kereta ni. Aku cadang nak bawak dia meredah highway menuju ke Gopeng dua bulan lagi. Larat tak dia agak-agaknya?

            Kereta kancil edisi lama ini akubeli dengan harga RM3000, jadilah. Aku tak nak berhutang, ini pun dah cukupokey. Abang Adip ada tawarkan untuk tambah duit aku beli kereta baru. Tapi aku kata,aku nak beli harta aku dengan duit aku sendiri. Hee..hee…

            Pagi ni aku bangun awal. Kalau akubangun lambat lagi, mahu tak dapat parkingmacam semalam. Entah kenapa kawasan bangunan ni tiba-tiba banyak betulorang tumpang  parking sejak dua tiga hari ni! Pelik aku! Sedang aku rancakpusing-pusing cari petak kosong nak ‘pacak’ kereta, sebuah motor Ninja Kawasakihijau memotong aku dengan aksi macam kat litar sepang! Fuh, nasib baik taktercabut side mirror kiri aku yangmemang tunggu masa nak wafat je tu. Aku cadang nak tukar bulan depan. Selagiboleh guna. Gunalah…

            Pagi-pagi tak baik marah! SenyumZirah. Heee! Twingg!! Petak kosong aku jumpa. Tapi belum sempat aku bagisignal, menonong je sebuah kereta Honda City merampas petak kosong aku itu. Iniyang buat aku marah ni! Dah satu kerja pulak aku kena pusing lagi cari petakkosong yang lain. Okey, nasib baik hari ni aku  baik! Aku maafkan. Tapikan, tengok cara kotakyang Honda City tu parking aku rasa muat kut kereta aku yang kecik ni menyelit.Masa rehat nanti aku ubahlah. Ha..ha.. Idea bernas yang tak berapa cerdikmuncul. Baru sahaja aku nak undur kereta, Motor Ninja Kawasaki Hijau tadi dah parking kat sebelah Honda City tu! Aishhh!!!!

            Terasa naik hangin satu badan. Akudah lah penat ni. Keluar awal pagi macam mana pun, parking tetap susah nak dapat! Bila ada ruang, orang ambik pulak.Sampai ruang nak menyelit pun ada orang ambil!

            Aku keluarkan kepala dari tingkapkereta. “Ehem..” Aku berdehem kuat.

            Lelaki yang masih memakai topikeledar full face itu menoleh. Entahkenapa aku rasa semacam bila dia pandang aku. Biarpun aku tak nampak mata dia!Tapi aku yakin dia pandang aku! Tiba-tiba aku rasa tak selesa dengan pandangandia.

            “Tak ada apalah. Bye.” Aku kembali memandu semula keretaaku. Jantung tiba-tiba rasa tak sedap. Aku ambil keputusan nak parking kereta kat pokok hujung sana.Biarlah menapak jauh pun, daripada aku langsung tak boleh masuk kerja!

            “Kereta kau ni kalau masuk lombong,tekapung-kapung semua ikan tilapia.” Ayat macam mulut syaitan nirojim ni akukenal sangat. Siapa lagi kalau bukan Asyraf. Mulut dia je yang berani cakapmacam tu kat aku. Tak habis-habis nak komen kereta aku!

            “Kau jangan sampai motor LC kau tutersidai atas bumbung FQ.” Aku mula menunjukkan bumbung bangunan pejabatkerjaku iaitu Syarikat FurQan Sdn. Bhd.

            Asyraf ketawa. Sehari tak buat Zirahmarah, rasa macam hidupnya  tak lengkap.“Alah, itupun nak marah. Aku cuma bagi pendapat je. Betul apa yang aku cakap.”Asyraf mula mengekoriku.

            “Kau nampak tak tong sampah kat sanatu? Ada baiknya kau campak pendapat kau tu kat sana. Aku tak berminat nak tahupendapat kau.” Zirah makin laju berjalan. Benci betul kalau terserempak denganbudak ni. Boleh gila tau tak!

            Asyraf ketawa. “Alah, itu pun nakkecik hati. Irah, rehat kang tolong belikan aku mee rebus.” Asyraf buat mukacomel. Memang selalu  dia order kat Zirah. Disebabkan tugasnyasebagai pemandu pejabat, waktu rehatnya tak menentu. Walaupun dia tahu setiapkali dia order kat Zirah, ada oranglain yang akan tolong belikan. Dia tetap mahukan Zirah layan permintaannya itu.

            “Kau cakap dengan aku buat apa. Cakaplahkat Yani. Dia yang selalu belikan makanan untuk kau. Kalau kau cakap kat aku,kau tahukan apa jawapan aku?” Badgedilekapkan dimesin automatik sebaik saja masuk kedalam bangunan. Asyraf punbuat benda yang sama.

            “Kau memang kejam. Okeylah, nantiaku kacau kau lagi. Aku nak jumpa Bos kejup.” Asyraf berlalu ketingkat atas.

            Aku mengorak langkah menuju ke jabatanaku. Sepanjang jalan aku menjawab dan memberi salam bila bertemu sesiapa. Memangsudah menjadi kebiasaan disyarikat itu. Malah, semua pekerja wajib memakaipakaian menutup aurat dan tudung bidang 50. Kalaulah banyak syarikat didalamMalaysia ni ada syarikat macam ni, mesti boleh memupuk muslimah berpakaianmenutup aurat mengikut syariat.

            Sepanjang hari sibuk dengan tugasan.Sampai waktu breakfast pun aku masihterjegil depan komputer buat kerja. Tiba-tiba ada secawan Nescafe elokdiletakkan dihadapan aku. Aku mendongak melihat siapa gerangan yang baik sangatni.

            Kak Masyitah tersenyum. “Kalau dapatbuat kerja, bunyi komputer meletup pun tak dengar.”

            “Akak.. Eh, kata pagi tadi nak masuktime lunch nanti. Ummu Hanis sihattak?” Aku menarik kerusi milik Yani disebelah menjemput Kak Masyitah duduk.

            “Dia okey. Hari ni Babah dia jaga.Dah dekat tiga hari Akak cuti. Bertimbun kerja. Akak nak ajak Along pergi kerjasama-sama pagi tadi. Tengok-tengok Along dah pergi dulu.”

            “Ops, sorry. Along pergi cepat tadi sebab nak siapkan inilah.Tengok-tengok tak siap jugak. Nasib baik, kena hantar lusa.” Aku tersenyum.

            “Oh, Along tolong Yani buat list ni eh? Ermm, Along pergi ke meeting tu?” Soal Kak Masyitah denganwajah teruja.

            Berkerut dahiku. Salah makan ubatke  Akak aku ni? “Akak, buat apalah Alongnak pergi? Along ni kan kerani.”

             Kak Masyitah tersenyum. “Apa salahnya, HajiHanif pun tak kisah.”

            Haji Hanif, dengar macam orang biasakan? Tapi itulah CEO syarikat ni. Umur baru je 28 tahun. Tapi dah pangkat Haji.Dia suka bila dirinya digelar Haji Hanif dari panggilan Bos, Tuan, Datuk danapapun lah! Baginya itu semua gelaran yang tak memberi impak apapun dalamdirinya.

            “Memanglah. Tapi Along tak nak lah.Along segan dengan dia. Baik sangat. Nanti jawatan apa lagilah dia tawarkan kat Along bila jumpa dia lagi.Cukuplah, dapat kerja kerani kat sini pun dah rasa bersyukur  sangat.” Tak dinafikan Haji Hanif memangbaik. Sangat baik.

            Kak Masyitah masih tersenyum. “Hah,sudah tu. jom kita pergi Café.. Akak nak belanja nasi lemak. Jangan nakmengelat eh!” Kak Masyitah sudah menarik lenganku.

            Adoi, kalau dah kena paksa macam ni.Apa pun tak boleh nak buat. Aku turutkan juga. Semasa sibuk bersembang denganKak Masyitah, bahuku terlanggar seseorang. Belum sempat aku menoleh kekanan,lelaki yang leka bersembang dengan kawannya itu terus berlalu. Seolah-olah apayang dilanggar itu hanya pasu besar yang tak bernyawa!

            “Astagfirullah al’azim… Ni manusiake, gajah Kak? Main langgar orang lepas tu tak minta maaf langsung pun.”Marahku. Kak Masyitah disebelah hanya ternganga. Namun cepat-cepat ditarikZirah menuju ke Café. Bahaya!

            “Sudah tu, baik kita makan. Kalaugeram sangat, gigit je roti john niye Long.” Pujuk Kak Masyitah.

            Lelaki itu menoleh kebelakang bilamelihat wanita tadi sudah melulu ke Café. Jodoh lagi. Bisiknya. Subhanallah.Dia tersenyum.

Previous: Bab 47
Next: Bab 48A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.