Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 42A

DIAL-HIJJAZ HOLDING SDN BHD, Emel asyik tersenyum. masing-masing ternganga bilamelihat hampir kesemua pekerjanya disapa dengan senyuman dan salam. DibelakangEmel, Myra mengekori. Laju saja langkahnya mahu menyaingi jalan Emel.

            “Lepas tu, tolonglah ye. Letak labelpada fail yang sudah awak buat failingtu. Susah saya nak cari.” Irwan terdiam bila melihat Fasha ternganga sambilbuat muka bahagia! Gila apa minah ni? Dipusingkan kepalanya melihat apa yangmembuatkan si Fasha ni ternganga?

            Kelihatan Emel sedang tersenyumkepada semua staf yang memandangnya. Selalunya bila Emel masuk pejabat, takhabis-habis buat muka ketat. Sampaikan mak cik cleaner yang nak ambil sampah tu pun takut nak masuk bilik dia. Apacerita ni? Pelik! Ini yang buatkan aku rasa nak serang ni.

            Irwan kembali memandang Fasha.“Ehem, mulut tu cover sikit. Kangmasuk pulak katak kodok. Saya yang duduk depan awak ni dekat 10 minit, tak adapulak awak ternganga. Emel yang baru lalu beberapa saat tu, boleh buat awakmenganga sampai 5 minit?” Irwan bersuara serius.

            Fasha menutup mulutnya. “Muka hangpun dah macam beruang, buat apa aku nak ternganga?” Gumam Fasha perlahan sambilmenunduk ‘mengukur’ panjang meja kerjanya.

            “Hah? Apa kamu cakap? Beruang?”Irwan seakan terdengar gadis itu mengutuknya!

            Fasha kelam-kabut! Kalut aihh! Diadengar pulak! “Err.. Tak ada apa-apa. Saya cakap, nanti fail tu saya tampalgambar beruang. Siap dengan patung beruang sekali. Okey Encik Irwan?” Denganrasa geram Fasha bersuara.

            Irwan tahu gadis itu geramdengannya. Tengok gaya cakap pun dah tahu. Tapi tak apa, itu yang aku suka.Mengorat perempuan ni, biar dia benci dulu. Nanti-nanti mesti dia suka! MacamAnis! Tapi malangnya, sampai sekarang tak ada reaksi positif dari minah tu! Kecikhati aku tahu!

            “Bagus. Letak sekali beruang hidup.Lagi cantik.” Irwan bersuara dan terus berlalu kebilik Emel.

            Setelah pintu diketuk, kedengaransuara Emel menyahut agar masuk. Cewah! Sejak bila aku  masuk bilik dia berketuk pintu bagai?  Bagusnya aku hari ni kan?

            “Aku rasakan, kau demam.” Tiba-tibasaja Irwan bersuara sambil melabuhkan duduk dihadapan Emel yang sedang ralitmenghadap Lap-top Applenya.

            Emel menegakkan kepalanya. Bukanterkejut dengan sapaan yang tiba-tiba tu. Cuma rasanya macam pelik saja ayat siIrwan ni! “ Kau tak breakfast lagike? Atau, malam tadi kau mimpi kira gigi dengan harimau?”

            “Harimau kalau gembira, ayam perisaBBQ pun dia tak pandang. Kau ni kenapa? Senyum dari tadi. Berapa menang?” Irwantersenyum-senyum.

            Menang? Pantas saja Emel mengambilpen murahnya dan dibaling kearah dahi Irwan! Faham maksud yang dikatakan‘menang’ oleh Irwan itu. “Kau ingat aku ni kaki nombor ekor ke?”

            Ouchh! Irwan menggosok-gosokdahinya. Pedihnya! “Aku acah je. Tak payahlah nak baling-baling.” Gumam Irwan.Namun hanya seketika saja dia merasa marah dengan Emel.

Kemudian dia menongkat dagu memandang Emel sambilmata terkedip-kedip! “Kenapa kau senyum je? Mesti Zirah dah dapat baby kan?  Nak nama besttak untuk anak kau? Letaklah nama anak kau Irwan Syam macam aku. Mesti..Ouch!!” Irwan menggosok-gosok kembali dahinya bila Emel membaling buku notanyapula.

            “Babyopah kau. Apa yang kau merepek sangat ni? Aku senyum pun salah ke? Bila aku taksenyum, kau cakap muka aku sebijik macam kura-kura Hutan Amazon. Bila akusenyum, bertubi-tubi soalan kau bagi. Lepas ni aku pergi kerja pakai topengBatman lah!” Gumam Emel geram.

            Irwan ketawa. Marah pulak kawan baikaku ni. “Aku cuma tanya je. Nak tahu pun salah ke? Ceritalah kat aku. Aku dapatagak ni mesti ada kaitan dengan Zirah! Kan?” Irwan tersenyum-senyum.

            Emel ketawa. “Mungkin.” Jawabnyaringkas.

            “Okey itu je aku nak tahu. Jawapan‘mungkin’ kau tu dah cukup kukuh bagi aku. Eloklah, Alhamdulillah bahagia kawanaku ni. Aku rasa lebih baik kau bahagia macam ni dengan Zirah dan bukannyaManda. Ehem, Myra pun jangan! Aku tengok si Myra tu, adoii! Susah nak cakap,dah macam wife kau pulak. Semuanyadia nak masuk campur. Kadang-kadang tu kesian jugak aku tengok Najwa kenadengar tip-tip untuk bersihkan bilik kau ni. Walaupun cara dia cakap tu takmarah, tapi tersangatlah cerewet. Kalau boleh bilik kau ni, kuku lalat pun diatak izinkan ada! So Annoying!” Irwanmeletakkan tangannya dibahu dan matanya keatas. Jelik dengan sikap lebih-lebihMyra kalau berkaitan dengan Emel.

            Emel hanya tersenyum. “Myra tu okeylah. Dia memang rapat dengan aku. Semua pasal aku dia tahu. Sebelum Anis lahirdulu pun dia dah tinggal dengan Ummi. Ummi dengan Walid jaga dia. Tak ada apayang annoying lah. Tapi bab Manda tu,yes! I admit it! Bukan takat annoying. Lemas aku dengan sikap keraskepala dia tu! Tapi sejak Myra sounddia hampir tiga kali, wah. Berkesan! Tak ada dah dia datang sini kacau aku.”Emel berwajah teruja.

            Irwan mencebik. “Manda tu dia bukantakut dengan Myra, tapi dia kan kena tangkap dengan polis Canada sebab jadikeldai dadah. Itu semua disebabkan Mama dia. Apa punya Emaklah macam tu. Diperdajalkananak sendiri.”

            Emel tersentak. Ya Allah. tak sangkaManda boleh jadi macam tu. “Bila?”

            “Tiga hari sudah.” Jawab Irwan pendek.

            “Along tahu?”

            Irwan mengangguk-angguk. “Tapi Alongkata, tak nak masuk campur dah!”

            Bunyi talifon pejabat berbunyi.   Perlahan Emel menjawabnya. “Yes, Oh.. Walid. Okey-okey.” Taliantamat.

            “Jom, Walid nak buat meeting dalam bilik dia. Tolong panggilMyra dan Fasha tau. Aku pergi panggil Along dulu.” Emel mencapai diary kerjanya dan bangun dari duduk.

            “Okey, aku lambat sikit tau.  Perut nak memulas. Makan nasi lemak Cik Pahlah ni. Aishh!!” Irwan bangun dan terus berlalu.

            Emel hanya menggeleng-geleng.Macam-macamlah kawan aku seorang ni.

            Emel terus melabuhkan duduk diatassofa yang ada didalam  bilik  Ammar itu. Setiusaha Ammar cakap, Along pergicafé kejup. Ketagih coffee mesin lahtu. Melilau aku meneliti suasana di bilik itu. Tenang!

            Kemudian mataku terhenti padabingkai gambar yang membelakangiku diatas meja kerja Ammar. Setahuku, Ammarmemang tak suka letak bingkai gambar atas meja. Gambar keluarga pun diabesarkan dan sangkut pada dinding. Akhir  sekali dia meletakkan bingkai gambar atas mejamasa dia masih suami Manda. Itupun gambar perkahwinan mereka.

            Mungkin gambar Adam. Sebab hanya itusaja semangatnya sekarang. Teringin pula nak tengok wajah Adam. Mesti comel.Perlahan Emel mengambil bingkai gambar itu, sebaik saja dia menterbalikkanbingkai yang membelakanginya itu. Hatinya terasa bagai dicampak ke dinding!

            Gambar Zirah sedang mencium Adampada bingkai gambar itu. Dibawah bingkai gambar itu sudah diukir ayat ‘Ibu sayangAdam’. Perlahan Emel meletakkan semula bingkai gambar itu dan terus duduksemula diatas sofa. Berdenyut-denyut dahinya.

            Masih teringat lagi ayat Zirahketika bersembang dengan Ammar. Masa itu Ammar masih sedang koma.

            ‘Ye,kita tahu ini semua takdir. Tapi kita rasa, awak sekarang boleh bangun! Cumaawak terlalu lemah dan tak yakin pada diri awak sendiri. Awak anggap semua nilebih baik berlaku pada diri awak. Awak terlalu menyerah pada takdir. Selainkekuasaan Allah, kekuatan hidup tu terletak pada semangat kita. Insyallahdengan izin Allah, awak boleh bangun dari koma ni kalau awak betul-betul rasayakin yang awak mampu.’

            Jelas lagi kata-kata ituditelinganya. Kebertulan dia mendengarnya bila terasa dengan tiba-tiba mahuberjumpa dengan Ammar, sedangkan pada waktu itu jam menunjukkan pukul 3.12pagi. Namun, langkahnya terhenti bila mendengar seorang perempuan membaca surahAl-Qalam dengan merdu dan sayu sekali. Rupanya wanita itu adalah Zirah.

            Betul kata Zirah, selain berdoadengan semangat juga mampu memulihkan seseorang. Tengok saja Ammar sekarang,dah mampu jadi Ammar yang dulu. Sememangnya semangatnya bukan hanya pada Adamsaja. Tapi.. Arghhh! Apa niat aku yang sebenar? Kenapa semudah itu aku  nak lupakan niat aku tu?! Sedar diri tu sikitEmel!!

            “Emel. Sorry, lama tunggu?” Ammar muncul dari pintu. Terburu-buru diameletakkan cawan plastik yang berisi air kopi diatas meja. Dicapai apa sajayang penting diatas meja itu, sebab dia perlu cepat. Lagi 2 minit mesyuaratakan berlangsung. Namun sempat lagi dia meletakkan bingkai gambar yang beradadiatas meja kedalam laci. Gusar jika timbul salah faham diantara Emel dandirinya. Jarang sekali Emel masuk kebiliknya. Tak disangka adiknya itu sanggupmenunggunya disini semata-mata mahu pergi ke bilik Walid bersama-sama.

            “Okey jom!” Ammar tersenyum danterus berlalu kepintu menanti Emel bangun dari sofa.

            Lemah saja gaya Emel itu. Namun Emeltetap melemparkan senyuman kepada abangnya. “Jom. Micrel Holding buat hal lagike Long?” Ditanam hidup-hidup perasaan gundah gulananya! Yang penting sekarangjangan sesiapa tahu apa yang bermain didalam hatinya!

            Ammar langsung tak perasan riakwajah Emel yang kelihatan kurang baik. Mereka bersembang berkaitan perniagaan.Sesekali Emel hilang fokus tentang apa yang dikatakan oleh Abangnya. Demimengawal reaksi itu, dia hanya tersenyum dan menyampuk sedikit mengenai apayang didengarinya. Selebihnya dia memberi laluan Ammar untuk mengemukakanpandangan.

Previous: Bab 42
Next: Bab 43

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.