Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 53

 Aku buka paipair…

            “Ops, tak sengaja sorry.. Okey awak dulu.” Emel menakupmulut sambil tersengeh bila tangannya dan tangan Zirah bersentuhan ketikamasing-masing mahu membuka kepala paip air tersebut.

            Aku menjelingnya. Gatal! Sengajalahtu! Semua benda yang aku ambik, dia nak ambik jugak. Aku ambik ni.. Agak-agakdia pun ambik jugak tak? Aku tersengeh sendiri, sambil minda terbayang-bayangidea jahat!

            Dengan selambanya tanganku menangkapcicak yang secara kebertulan lalu di atas kabinet dapur itu. Dengan megahnyaaku melayang-layangkan cicak tadi dihadapannya sambil tersenyum menakutkan.Rasa macam senyuman ahli sihir pulak. Ha.ha!

            Emel yang melihat aksi extreme bininya itu terus terdiam! Gulp!Berkati air liur cuba ditelan! Muka sudah berpeluh-peluh! Kaki sudah selangkahdemi selangkah diundur kebelakang bila Zirah mula kedepan. Ah! Sudah! Gilabetul minah ni.

            “Err.. Boleh tolong alihkan tak?Tahulah awak tu cicak kobeng, tak payah lah main binatang tu pulak. Ni dah kiramain tipu ni.” Emel sudah pandang kearah lain. Dia bukan takut dengan binatangtu. Cuma geli je. Errr!!

            Aku mendengus geram! Dalamtakut-takut, sempat lagi panggil aku cicak kobeng?! Argh! Tak pernah berubah!“Eh, takut ke? Nak sangat saya joinpermainan ni kan? Kenapa tak nak tangkap jugak?” Perliku sinis.

            Emel sudah meraup wajah yangberpeluh itu. “ Apa guna cicak? Gunalah binatang lain. Ish! Lemah lah! Manaadil!” Rungut Emel.

            “Apa kecoh-kecoh ni Long?”

            “Mak!” Laju saja Emel berlarimenyorok dibelakang Mak Imah. Hilang macho aku!

            “Apa guna perisai pulak ni?”Marahku. Main guna mak pulak! Penakut betul mamat ni!

            “Biarlah, ni mak kita.” Emel memelukMak Imah manja. Aksinya itu mampu buat lubang hidung Zirah kembang kempiscemburu!

            “Apa sajalah budak berdua ni. Kenapani?” Mak Imah yang tak tahu jalan cerita kejadian itu hanya menggeleng-gelenglemah. Macam-macamlah budak berdua ni. Aku suruh ambik pinggan dengan sudu.Lain pulak yang diambik. Sabar jelah.

            “Itulah mak, manjakan sangat mamatsorang tu. Cicak pun takut! Ish! Buat malu kerabat Hang Tuah je lah!” Aku teruskeluar dari dapur menuju ke belakang rumah. Mencari lokasi strategik untukmembunuh cicak ni. Sunat bunuh cicak ni ye puan-puan.. J

            “Eh, pergi mana tu?” Emelmenghampiri pintu dapur. Melihat Zirah yang sudah berlalu kebelakang rumah.

            “Dia pergi buang cicak tu lah tu.Jom, makan. Nanti dia datang lah tu. Angkat pinggan tu bawak kedepan Mel.” MakImah mencapai beberapa sudu lalu terus menaiki tangga ke ruang makan.

            Emel menggaru-garu kepala. Nak bunuhcicak pun jauh-jauh ke? Kepit kat pintu ni sudah. Tak payah nak pergi pancungkat batu bersurat bagai. Amboi, kejamnya idea aku ni. Emel tersengeh, laluterus mengambil pinggan dan terus kemeja makan.

            Setelah mereka bertiga sudah beradadi meja makan, Emel mengetuai membaca doa makan. Baca doa makan je pun dahmerdu, inikan pulak kalau dia mengaji. Urmm, rindu nak dengar dia mengaji. Ish!Apa kau merepek ni Zirah! Bangun dari tidur lah!!! Kelam kabut aku menyaputelapak tangan kemuka dan mengaaminkan doa.

            Laju saja aku menceduk gulai dandiletakkan kedalam pinggan. Tak sabar nak makan gulai kerang ni! Argh!!Sedapnya! Baru saja tangan aku mahu menyentuh nasi didalam pinggan. Tangankudiketuk oleh Emel menggunakan senduk yang entah dari mana dia dapat.

            “Ouch! Sakitlah!” Aku menggosok-gosoktanganku yang terasa macam nak tampar dia pulak! Orang tengah lapar ni, kang adajugak yang kena makan dengan Zombie kang!

            “Tak basuh tangan ke? Tadi pengang lizard kan?” Emel memandang  wajah cemberut Zirah. Jelas sekali yang wanitaitu tak suka dengannya! Ah, peduli apa aku!

            Dengan mata menakutkan, dada yangsudah turun naik aku pandang dia. “Orang dah basuh lah! Berapa kali nak basuh.Nak masuk mesin basuh pulak ke tangan orang ni hah?” Terketap-ketap bibirkumenahan geram.

            Emel mengerutkan dahinya. Tak gerunpun tengok muka Zirah macam tu. Cuma rasa tak sesuai wanita itu buat muka macamtu. Macam orang tengah teran hajat je. “Basuh sekali lagi.”

            Aku memandang Emel dengan wajahmerah padam! Aku pandang Mak pula. Mak dengan senangnya makan tanpa pandangkiri kanan. Siap bermain-main dengan si Cakoi lagi. Seolah-olah tak ada dramasadis berlaku dihadapannya. *Cakoi tu, kucing jiran sebelah yang menumpangkasih kat mak*

            Aku mendengus geram. “Ah! Apa nakjadi sekali pun. Orang tetap nak makan!” Jawabku geram. Tanganku kembali mahumenyentuh nasi. Namun dipegang oleh Emel dan terus menarikku ke dapur. Ah!Sudah. Kenapa pulak mamat ni.

            “Apa ni! Orang nak makan lah!”Marahku sambil menarik-narik semula tanganku dari pegangannya. Kuat pulak diapegang! Ish!

            Setibanya dihadapan singki. Tangankanan ku itu dibasuh oleh Emel, siap cuci dengan sabun Dettol lagi tu. Akupulak hanya terdiam. Tak sangka pulak dia tolong cucikan tangan aku. Err..kenapa pulak dengan dia ni? Belum pernah lah orang mati lepas tangkap cicak.Ish! Takut sangat!

            Makin terdiam aku bila tangankudilap pula dengan tisu oleh Emel. Emel memandangku, aku cepat-cepat pandangtempat lain. Tak payah tunjuk caringkat sini boleh tak? Sesak nafas aku lah!

            Emel tersenyum. “Okey, dah boleh makan.Nak saya bawak periuk nasi ke meja makan ni? Mana tahu nak makan bertambah.”

            Argh! Sempat lagi dia perli aku!Ceh! Dengan rasa yang pelbagai aku terus berlalu ke ruang makan. Makin lama akuberdua dengan dia, makin err.. Makin.. Makin.. Argh! Aku tak tahu. Jangan suruhaku buat ayat lah! Makin laju aku melangkah.

            Emel tersenyum. Nak pujuk perempuan,kita kena jadi air. Marak macam mana api tu, tetap akan kalah dengan air.Chayok-chayok Emel!

Previous: Bab 52
Next: Bab 54

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.