Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 56A

            “Jom.” Emel menggenggam tanganZirah.

            Zirah menoleh kekanan. Kemudiandipandang pula tangannya yang sudah didalam genggaman Emel. “Tak payah lahpegang-pegang. Orang tengok lah.” Ujarku perlahan sambil buat-buat senyum bilaada yang memerhati.

            “Whynot? Isteri saya kot.” Balas Emel bersahaja.

            Zirah mendengus. Degil tahap kuihbegedil. Hah! Geram aku. Kan dah merepek. “Eh, Kak Kiah!” Aku terus merentaptanganku sambil menuju ke arah Kak Kiah yang sedang menatang dulang.

            Emel terdiam. Nak main-main budakni? Kejup eh! Emel mendekati Zirah yang sedang rancak bersembang dengan KakKiah.

            “Hai Kak Kiah.” Emel tersenyumsambil mengeyit mata.

            Kak Kiah tersenyum malu-malu. “ Hai,awat nak ngorat ka? Kak dah kahwin. Awattak muncul awai sebelum akak kahwin.Sapa dia ni Long?” Kak Kiah sudah tersipu-sipu malu. Ya Allah hensem baq hang!

            Zirah mengeluh, Emel ni saja je. Dahlah Kak Kiah ni loklaq. “Err.. Ini..”

            “Saya suami Zirah. Emel. Kak Kiahdah kahwin ke?” Emel pantas memperkenalkan diri. Nak tunggu isterinya yangmemperkenalkan? Memang tak lah jawabnya.

            “Awat?”Kak Kiah menyoal.

            “Bukan apa, muka macam anak dara.”Emel tersengeh. Saja nak bagi Zirah panas berasap kejup. Zirah tengah buat mukaannoying gila tu.

            Kak Kiah menyentuh pipinya. “Ya ka?”

            Zirah memeluk bahu Kak Kiah. “KakKiah dah tu. Jangan dengar sangat ayat manis dia ni. Kang tak pasal-pasal kenadiabetes. Jom kita pergi tengok anak akak jom.” Zirah memimpim Kak Kiah yangmasih perasan tu.

            “Hang pasaipa, kejup lah. Laki hangnak puji aku lagi tu.” Kak Kiah membebel sambil memandang Emel.

            “Dah-dah jom kita tengok si Fateh.”Zirah menarik Kak Kiah ke dalam rumah. Kalau dibiarkan merepek si Emel ni,boleh membuatkan Kak Kiah terjun sungai.

            Emel ketawa. Eleh, jeles lah tu.Ish! Mana pulak si Aman ni? Merayap pulak budak ni. Emel melilau mencari.

            “Abang! Kat sini. Meh lah karaokesatu dua lagu!” Jerit Aman di bawah khemah itu.

            Karaoke? Emel tersenyum. Bagus jugakni. Dah lama tak test suara aku yang macam Black ni. Puiihh,masuk bakul angkatsendiri pulak. Hahaha!

            “Abang nak nyanyi lagu apa?” Amalmenyoal sambil membelek album.

            “Aman meh kejup.” Ujar Emel. Amanmendekati Emel, laju saja Emel berbisik sesuatu di telinga Aman.

            Aman tersenyum. Dicapai gitar kapakdi sebelahnya. Macrofon di ambil. Setelah beberapa kali berdehem. Dia bersuara.

            “Along! Keluar kejup.” Jerit Aman.

            Ziarah yang sedang leka melayan anakKak Kiah terdiam. Macam suara Aman. Belum sempat aku nak bangun, Kak Kiah dahmenarik tangan aku keluar dari ruang tamu itu.

            “Kenapa ni kak?” Soal Zirah takfaham.

            “Tu.. Hang tengok lah tu.” Memuncungmulut Kak Kiah menunjuk sesuatu. Zirah menoleh kearah khemah warna biru itu.

            “Along, Abang Emel nak bagi satulagu khas untuk Along. Mempersilakan Abang Emel dengan lagunya TerusMencintaimu.” Aman dengan bangganya bersuara. Emel menyiku bahu Aman. Tak payahover sangat, ingat ni konsert kilauanEmas?

            Emel mencapai gitar.. “Just for you sayang.” Emel menunjukkearah Zirah sambil mengenyit mata.

            Zirah mengerutkan dahi. Apa bendamerepek lagilah dia nak buat ni? Malas nak layan. Aku terus berpusing mahumasuk semula ke dalam rumah. Namun mendengar suara itu buat kakiku terhenti.

“Biarkan lah ku terus mencintai kamu
Mencinta seperti waktu dulu
Kurindu saat kita bersama
Mengikat kasih bahagia

Ku mahu kau tahu kau selalu di hatiku
Tak mungkin ku kan ada yang baru
Ku mahu engkau selalu tahu
Dirimu cinta matiku

Biarkan lah saja ku terus merindu
Merindu dirimu
Biarkan lah saja aku menyimpan kasih kepadamu

Ku mahu engkau selalu ada di sini
Menemani setiap malamku yang sunyi
Ku sedar kita takkan mungkin bersama

Biarkan lah saja ku terus merindu
Merindu dirimu
Biarkan lah saja aku menyimpan kasih kepadamu”

 

            Lirik laguTerus Mencintaimu nyanyian Wanns Ahmad itu membuatkan aku terdiam. Melihat sajacara nyanyian Emel, tiba-tiba lagu tu meresap masuk dalam hati. Bunyi tepukkanyang kuat dan siulan mengejutkan aku.

            Akumemandang Emel yang masih memandang aku. Pandangan lelaki itu seakan sepertidia mahu aku tahu yang dia ikhlas. Ish! Dah lah. Merepek je semua ni. Aku terusberlalu masuk kedalam rumah.

            Emelmengeluh. Aman disebelahnya menepuk perlahan bahu abangnya itu seakan memberisemangat.

            “Awak laguDahsyat-Mojo pulak!”

            Eh! Ada orang request pulak? Amboi, ingat aku tengahbuat konsert? Emel tersenyum. Diserah macrofonkepada Pak Akob. Pak Akob terus menunaikan hajat gadis yang nak lagu Mojo tu.Hahahahaha….

Previous: Bab 56
Next: Bab 57

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.