Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 49A

KERETApersona milik Kak Masyitah ni memang dah ada parking khas. Sebab itulah aku tak kisah kalau pergi lambat pun. Ha..ha!Sedang leka nak ambik sudut terbaik nak konauntuk parking kereta, aku terpandang cermin sisi belah kiri. Lelaki haritu, yang naik motor Ninja Kawasaki tu. Ermm, kenapa dia pandang sini? Ish, manakau tahu dia pandang kau? Dia pakai helmetkot!

            A’ah kan. Ish, perasan! Alahai,besar sangat kereta ni. Payah aku nak sukat masuk parking ni. Bismillah… Stereng dipusing dan pedal minyak ditekan.Ha! Alhamdulillah, masuk jugak kau. Wah, tak sia-sia aku ada lesen. Ni buat akurasa nak angkat kad lesen tinggi-tinggi ni, nak tunjuk kat mereka bahawasanyasaya telah berjaya masukkan kereta Persona masuk parking. LOL! Over!

            Wah! Aman nya hari ni. Tak adaAshraf. Tak perlu susah payah cari parking.Tak payah nak berlari masuk pejabat mengalahkan lipas kudung sebab tempat parking ni dekat sangat dengan pintuutama FQ. Hari-hari macam ni kan seronok. Terutama sekali bab Ashraf tu. Amangila!

            “Uit! Apa tersenyum sampai ke dahini?” Yani menyikuku.

            Amboi! Tanjat patik!! “Sejak bila tak reti nak bagi salam ni?” Akumenyindirnya.

            Yani menekup mulutnya sambiltersenyum. “Maafkan saya.. Assalamualaikum Cik Zirah.” Yani mengenyitkanmatanya.

            Aku ketawa. “Waalaikumsalam CikYani. Adakah tuan hamba sudah bersantapan dipagi hari?”

            “Oh, sudah. Jika tuan hamba mahubelanja nasi lemak Kak Bedah, dengan suka hati lagi berbangga hambaalu-alukan.” Yani tersengeh.

            Mati terus ketawaku. Hampeh punyaYani, aku tanya je. Bukan aku nak belanja kau pun. “Boleh.. Boleh! Hambabelanja, tuan hamba bayar. Banyak comel kucing kau? Aku pulak kena belanja.Tiba-tiba pulak aku rasa kenyang. Cancellah!” Aku tersengeh.

            Ish! Kalau bab belanja, memangbhakil betul minah ni. “Kau ni kan, nak belanja aku gula-gula sebiji pun sikitpunya payah tau. Kau..” Mati terus kata-kata Yani bila Haji Hanif sudah berdiridihadapan mereka.

            “Assalamualaikum.. Zirah, keretaawak boleh ambik petang ni. Nanti Osman tolong hantarkan ke rumah awak.” HajiHanif tersenyum.

            Serentak aku dan Yani menjawabsalamnya. Yani pandang aku dengan Haji Hanif bersilih ganti. Mukanyaberkerut-kerut seolah-olah sedang mereka tajuk besar yang mahu diletakkan disurat khabar Kosmo esok pagi.

            Aku tersenyum. “Terima kasih.Nanti  Haji Hanif bagi bil kat Osman ya. Sayabayar balik. Maaf, susahkan Haji Hanif.”

            Haji Hanif tersenyum. “Tak perlulah.Ada orang belanja. Okey, saya nak pergi jumpa pelanggan dulu.Assalamualaikum..” Haji Hanif terus berlalu. Aku pulak yang ternganga.

“Amboi, ada orang belanja?” Yani tersengeh-sengeh,

            “Kau ni dah kenapa? Aku tumbuk kang.Aku rasa lain lah. Siapa orang tu eh? Macam pelik je.” Aku mengeluh.

            “Ish, tak payah fikirlah. Orang  dah belanja tu kira bersyukurlah. Jom, masukpejabat. Hari  ni kerja banyak dik non..Lenguh lah jari kita dik non uit.” Kepoh betul si Yani ni. Terencat aku nakberfikir.

Previous: Bab 49
Next: Bab 50

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.