Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 66A

SELEPAS membalasmesej dari Jihah, aku meletakkan semula talifon bimbit aku itu ketepi. Namunada sesuatu yang membuatkan aku kembali mengambil talifon kecil itu.Terkebil-kebil biji mataku melihat lockscreen wallpapers pada handset itu.

            Bila masa pulak aku letak gambar nijadi wallpaper? Gambar Emel mencium dahiku semasa aku  tidur. Dekat dua hari, baru hari ni akuperasan gambar ni. Ni mesti dia punya kerja jugak ni. Habis semuanya ditukar.Sampaikan bunyi jam loceng aku pun dia tukar. Bunyi dia ketawa pulak tu.Terkejut aku semalam, mujur aku tak campak talifon ni. Fuhh, sabar jelah.

            Aku kembali melihat wallpaper itu. Aku tersenyum, tetibarasa rindu. Tetiba rasa nak jumpa dia. Dah dua hari, dia tak talifon akulangsung. Dia tak risau kat aku ke? Ish, kalau sepuluh bulan dia boleh hiduptanpa aku inikan pulak dua hari. Pergi bawak ketepilah rindu kau tu Zirah.Haaishhhhh! Buat kerja lagi bagus.

            Aku meletakkan semula talifonbimbitku ketepi. Okey Zirah, kau ada banyak masa nak berfikir. Kau mampu dan kauberhak buat keputusan. Tarik nafas.. Dan hembus perlahan. Good Girl!

            “Hey, buat apa tu?” Kak Masyitahyang memerhati sejak tadi ketawa. Macam tengah beryoga pulak si Zirah ataskerusi ni. Dah kenapa?

            Nasib baik aku tak buka silat cekak.Kak Masyitah ni kalau muncul macam hantu, tetiba je. Hantu? Ish! Apa aku ni,malam kang aku tidur sorang. Jangan cakap merepek boleh tak? Aku mengurut dada.

            “Akak! Terkejut Along. Tak ada buatapa pun, nak habiskan kerja sikit ni. Abang Adip dah balik?” Aku menyoal. Setiaphari Abang kesayangan aku tu talifon, risau katanya aku tak balik rumahnya.Berbuih mulut aku cakap yang aku okey, dia tetap suruh aku balik rumahnyajugak. Tapi bila aku terangkan padanya masalah aku, dia faham. Banyak nasihatyang dia bagi, tapi aku ni kan spesis daun keladi kena curah air sirap. Takmelekat nasihat Abang Adip tu. Hu..hu..

            “Dah, malam tadi. Zirah okey takni?” Kak Masyitah menyentuh tanganku.

            Aku tersenyum. “Okey. Along okey.Akak jangan risau. Pesan dengan tok kebayan kat rumah tu, jangan risau pasaladik dia ni. Hari-hari Abang Adip membebel risaukan Along.” Aku ketawa.

            Kak Masyitah hanya tersenyum. Alahaiadik aku ni, nak buat pura-pura happy pulak. Walaupun bukan bertahun pun akakkenal Zirah, tapi akak cukup tahu Zirah macam mana. Sabarlah sayang, Allahturunkan ujian kat hambaNya berbeza-beza. Akak yakin Zirah seorang perempuanyang kuat. Kami semua sayangkan Zirah.

            “Dah tu, jom breakfast. Nanti lambat, tinggal bekas je.” Masyitah menarik tanganadiknya itu. Nak kena paksa pergi breakfast,barulah dia pergi. Kalau tak, asyik dengan kerja dia je.

            Baru aku nak bangun dari kerusi, adaseseorang menghampiriku.

            “Akak Nazirah ke?” Soal budakperempuan itu.

            “A’ah, kenapa dik?” Soalku. Budak nimacam budak praktikal je. Muka macam takut-takut nak cakap. Muka aku ni adamacam mak Shin Chan ke?

            “Err.. Ni, Kak Min suruh bagi katakak. Dia suruh akak bagi kat Ashraf. Urgentkatanya. Sebelum pukul 4 kena sampai.” Budak perempuan itu menyerahkanbungkusan itu kepada Zirah.

            “Lah, yeke? Along pergi lobby cepat. Ashraf dah nak keluar tu.Tak apa, akak tunggu Along kat kantin.” Kak Masyitah bersuara.

            Hadoi, kenapalah bagi last minute macam ni?  Nak tak nak, aku kena pergi jugak. Berlari akumenuju ke lobby.

Previous: Bab 65B
Next: Bab 66B

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.