Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 57

RASANYAkalau aku teruskan berjalan mungkin mampu sampai ke Singapore. Haaaihhh… Dahdekat tiga jam aku berjalan tanpa henti. Niat di hati nak jogging je, ini dah macam bersiar-siar pulak. Ni lah akibatnyakalau berjoging dengan masalah. Entah apa-apa difikirnya! Mujurlah lelaki itutak ikut sekali. Kalau tak, mampus  akukena perli je nanti.

            Langkahku terhenti dihadapan TabikaKemas Desa Cik Puteri. Terfikir sekejup, kacau Kak Awin mengajar pun seronokjugak. Dah lama hobi ni tak di ‘naik taraf’. He..he!

            “Assalamualaikum..” Aku mencuitpinggang Kak Awin yang sedang terbongkok-bongkok menyapu lantai.

            “Ya Allah!!” Latahnya. Hampir sajabatang penyapu yang dipegang ‘menyapu’ sepoi-sepoi bahasa kewajah Zirah. Mujurdapat dielak!

            “Astagfirullah al’azim. Zirah!Terkejut Akak tahu. Fuh semangat!” Kak Awin mengurut dada.

            Aku ketawa. “Akak tak jawab punsalam Zirah.” Aku mencebik sedih.

            Kak Awin tersenyum.“Wa’alaikumsalam. Itulah, lain kali guna lagi cara macam ni bagi salam. Nasibbaik tak makan penyapu. Kang sia-sia je bentan mulut tu. Cuti ke?”

            “A’ah. Esok malam dah balik KualaKangsar. Kak Awin tak mengajar ke? Tak ada budak-budak pun.” Aku memerhatikansekeliling.  Yang hanya ada Kak Awin danpembantunya saja. Hari ni cuti ke? Eh, bukan hari ni hari isnin ke?

            “Sekarang kan baru pukul 8. Nantisampai lah dorang tu. Bagus jugak Zirah ada. Boleh penuhi sesi berceritakat  dorang nanti.” Kak Awin tersengehsambil menolak-nolak bahuku dan siap kenyit mata lagi.

            “Lah, tak pasal-pasal Zirah jadicikgu hari ni?” Aku menggaru-garu kepala.

            “Haruslah. Siapa suruh terkejutkanAkak tadi. Ha..ha!” Kak Awin terus meneruskan kerjanya setelah  puas gelak jahat pada ku.

            “Baiklah. Tapi Zirah nak pau Akak,nak join dorang sarapan nanti. Okey?”Aku tersenyum. Kak Awin hanya tersenyum sambil mengangguk-angguk.

            Aku menghampiri tingkap bilakedengaran suara riuh rendah diluar tadika. Mesti budak-budak tu dah sampai.Sedang aku leka memerhati, mataku menangkap wajah seseorang.

            “Ibu, nanti ambil Muiz awal tau.Muiz nak ikut ayah pergi kedai.” Comel saja kanak-kanak lelaki itumenarik-narik hujung baju t-shirt ibunya. Namun ibunya hanya buat muka jelik.

            Ditunjalnya kepala budak itu sambil berkataperlahan. “Dah lah, cepat masuk. Banyak cakap pulak budak ni.”

 Kemudian bilasudah ramai lalu dihadapannya, ibu budak tersebut berwajah manis tiba-tiba. “Baiklahsayang, Nanti Ibu cakap kat ayah. Sayang sikit anak Ibu.” Dengan muka yangpura-pura dia memeluk dan mencium budak lelaki itu. Budak lelaki itu hanyamenunduk dan mencebik saja dari tadi. Mungkin sedih dengan cara layanan ibunya.

Aku mengeluh. Mulutku mula hirut birut sedangbermonolog dan berfikir sendiri. Ah! Tak pasal-pasal kau jadi Detective Conanpulak pagi-pagi buta ni Zirah uit! Tapi kes ni, aku betul-betul nak tahu sebabperempuan tadi tu adalah Tasya!  NurJamilah Natasya, adik  Abang Razif.

Macam mana dia boleh jadi ibu? Eh mestilah dia dahkahwin, baru boleh jadi ibu. Apalah kau ni Zirah! Tapi macam mana anak dia dahsebesar itu kalau dia berkahwin 10 bulan dulu, anak dia paling-paling pun baruberumur beberapa bulan. Pelik!

            “Selamat pagi Cikgu!!!” Kuat danbersemangat murid-murid Kak Awin bersuara.

            Aku mencari wajah Muiz. Budak itusedang duduk diam dikerusinya sambil menunduk dan tangannya bermain-main dengantali beg sekolahnya yang sudah uzur. Wajah budak itu sangat comel dan akuyakinlah ini bukan anak Tasya!

            “Baiklah, Cikgu nak kenalkan Cikgubaru. Siapa kenal angkat tangan?” Kak Awin menunjukkan kearahku.

            Berlumba-lumba mereka mahumengangkat tangan! Aku ketawa. Macam manalah dorang tak kenal, pagi semalam akulayan dorang main kat taman. Main masak-masak, guli. Ah, dah macam orang takbetul je aku  semalam pergi join dorang main mengalahkanbudak-budak. Nak hilangkan tekanan punya pasal. Tapi malangnya waktu tu, Emelpun join sekali. Kami siap buat  groupperempuan yang diketuai aku, dan grouplelaki yang diketuai Emel. Berlawan main congkak! Apa ke merengnya aku waktu tupun, aku pun tak tahu!

            “Siapa?”

            “Cikgu Along!!!”

            Aku dan Kak Awin ketawa mendengarjawapan mereka. Alahai, melekat nama aku begitu. Aku biasakan diri panggilAlong. Sampaikan dorang istihar aku ni Cikgu Along. Ah, okey lah tu. Smart jugak nama tu.

            “Cikgu Along ye? Ada-ada sajalahkamu semua ni. Okey, hari ni kita akan dengar Cikgu Along bercerita. Siapa nakdengar?” Kak Awin mengangkat tangan. Semua muridnya jugak turut mengikutinyasambil mengangkat tangan. Teruja sungguh mereka.

Previous: Bab 56A
Next: Bab 57A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.