Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 35

ALHAMDULILLAH,Ammar dah sihat. Hampir dua minggu dia menjalani terapi untuk memulihkankakinya. Sepanjang dua minggu jugaklah aku lah yang temankan dia pergi hospitaldan buat terapi kat rumah.

            Melihat Ammar yang masih berjalandibantu tongkat, aku mula rasa kagum. Bayangkan, dulu dia langsung tak bolehbergerak. Memang nampak sangat dia sedang putus asa masa dia sedang koma dulu.mungkin disebabkan Adam, dia mula merasakan sesuatu yang perlu dia kuat untukteruskan hidup.

            Manusia ni kadang-kadang pelik.Hanya disebabkan sesuatu, hilang semua kekuatan yang ada. Memang betul manusiaitu lemah tanpa Dia dan kekuasaanNya.

            “Ouch!!!”

            “Ya Allah Along!” Laju saja akumendapatkan Ammar yang sudah terduduk diatas rumput itu.

            “Eh, tak apa-apa. Along tersepakbatu tadi. Along dah kuatlah Zirah. Tengok ni.” Dengan sekuat hatinya Ammarbangun dibantu dengan tongkatnya. setelah bersusah payah untuk bangun, diatersenyum bangga.

            “Tengok. Along dah cakap Alongmemang kuat!” Kembang kempis hidungnya bangga.

            Aku yang berwajah cuak tadi akhirnyaketawa. Amboi, bukan main bangga Along ni. Sampai kembang-kembang lubang hidungtu. “Along ni, buat terkejut Zirah je tau! Nasib tak patah apa-apa.”

            Ammar tersenyum, dalam hatinyaterdetik sesuatu. Namun dengan cepat dia singirkan. Mengarut! Dengan tiba-tibaterus saja dia membelakangi Zirah dan terus berlalu masuk kedalam rumah.

            “Along nak kemana pulak tu?” TanyaZirah sambil mengejar Ammar. Tak padan dengan bertongkat, laju gila diaberjalan!

            “Nak minum. Dahaga!” Laungnya.

            Bunyi enjin kereta yang sedangparking itu membuatkan langkah Zirah terhenti. Dipandang ke belakang. Abang!Laju saja langkahnya mendekati kereta itu.

            Sebaik saja Emel keluar dari kereta,laju saja tangannya ku gapai untuk salam dan cium. “Awalnya Abang balik?” Akucapai briefcase Emel.

            Emel hanya diam, dilonggarkan tiedilehernya. Hanya mengeluh dan terus berlalu. Dibiarkan Zirah terpinga-pingatak faham.

            “Abang, tunggu! Kenapa ni?” Sakitpulak hati kita. Bukan sekali tau dia macam ni. Sejak seminggu yang lalu. Kalautak suka, cakap! Jangan macam ni! Eh, tapi kalau tak suka.. jangan cakap lah.Diam je. Kang aku jugak jadi gila. Huhu..

            “Abang!!! Ouch!” Aku menggosok-gosokdahi yang rasa macam baru langgar tiang lektrik. Tiba-tiba Emel berhentimengejut macam ni. Mana tak terlanggar kan?

            “Along ada?” Soalnya dengan mukayang tak rasa bersalah langsung!

            Ternganga aku dibuatnya. Dia takpujuk aku? Siap buat muka tak bersalah lagi? Dengan pantas aku terus berlalumeninggalkannya.

            Namun, belum sempat aku berjalangaya hentak kaki. Tanganku ditarik lembut terus tubuhku dipeluk kejup.

            Pelukkan direnggangkan, wajahkuditatap Emel dengan senyuman. Dikucup dahiku dan diusap perlahan. “Sorry, sakitke?”

            Meleret-leret bibir aku tersenyum.Ha..ha.. ini lah suami saya! “Tak, tak sakit. Sebab dah ada ubat dari sini..”Aku menyentuh bibirnya. “Sangat mujarab.”

            Emel hanya ketawa dengan kata-kataisterinya. Terubat cemburunya melihat babak Zirah dan Along tadi. haaaihhh..hati! Tak pandai menipu!

            Dari jauh seseorang sedang melihat.Dia menyentuh dadanya. Ya Allah tak patut rasa ni ada. Dengan lemah dia terusberlalu.

Previous: Bab 34A
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.