Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 38

ADAMterus diam bila aku bawa dia keluar ambil angin petang. Jam baru menunjukkanpukul 4.30 petang. Ada baiknya aku bawak Adam ke kebun sayur aku itu. Bolehjugak aku mengajarnya apa itu terung, cili dan sayur-sayur yang lain. Manalahtahu bila dah besar dia boleh jawab soalan Sains  mengenai jenis-jenis sayur nanti. Ha..ha..ha..Kesian kamu Adam, dapat Ibu yang terlebih skru dalam otak ni.

            Aku ingin menyarung selipar jepunkuyang ‘cantik’ itu. Melilau aku mencari lagi sebelah pasangan selipar jepun akuitu. Mana pulak hilangnya? Tak akanlah Pak Li buat lempar anjing kut?Agak-agaklah, biarpun selipar tu buruk dah tahap ICU. Tapi masih boleh dipakailagi. Selesa tahu tak!

            “Mana kasut ibu ni Adam? Ni ibumarah dengan Tok Li kamu ni, banyak-banyak benda selalunya selipar Ibu jugakdia bedal buat penggal anjing. Padahal anjing tu lalu depan pagar je pun. Sabarjelah..” Cari-cari tak jumpa, selipar pinkberbulu-bulu dan ada patung bear dihadapannya  jadi perhatianku. Cantik jugak selipar ni.Macam kain lap tingkap pulak. Mesti Anis yang punya, Akak pinjam dululah yeAnis.

            Sebelum kita memulakan sesi belajar mengenalipokok-pokok sayuran, apa kata kita jalan-jalan kat halaman rumah dulu. Tengokikan, tengok pokok bunga, tengok.. Pak Li korek hidung?! Opps!! Itu tak bolehtengok, mengotorkan mata. Apalah Pak Li ni, tak habis-habis korek ‘bijih timah’dia tu.

            Adam yang sedang celik itu terkebil-kebilmelihat cerah matahari. “Adam, itu matahari. Sebut apa? SubhanaAllah..” Ajarku.

            Seketika kemudian, muncul dua buahkereta. Kelihatan dua buah kereta Mitsubishi EVO. Milik siapa lagi kereta itukalau bukan dua beradik itu. Kereta yang berwarna biru itu milik Ammar, danyang berwarna hitam itu milik Emel. Mereka memang mempunyai cita rasa yangsama. Sehingga kereta pun Walid belikan yang sama.

            Dari jauh aku sudah tersenyum. Matakuasyik memfokuskan kereta yang berwarna hitam itu saja. Almaklumlah, pemandunyaorang yang disayang. Ehem!

            Namun senyumanku mati bila adaseorang perempuan berjubah dan selendang labuh keluar dari kereta itu. Gembirabenar wajahnya ketika bersembang dengan Emel. Emel juga begitu, dah lama akutak tengok muka gembira Emel begitu. Aku menelan air liur yang terasa kelat!Aku mengalih pandang kepada kereta Biru pula. Ammar keluar dari kereta dengansenyuman. Perlahan aku membalas senyuman itu walaupun agak hambar.

            “Abang..” Aku menghulur tangan kananmahu bersalam dengan Emel. Emel seperti teragak-agak mahu menyambut salamku.Setelah bersalam dan mencium tangannya, cepat saja dia menarik tangannyasemula.

            “Ini Kak Zirah ye?Assalamualaikum..” Myra bersalam dengan Zirah dan berpelukan seketika sambilmencium pipi. “Akak sihat? Akak mesti terkejutkan? Saya Myra, Humairah Wafa.Comelnya isteri Abang Emel ni. Eh, ini Adam ye? Alolorh comelnya!” Myramengacah Adam yang masih didukungan Zirah.

            “Boleh Myra pegang?” Myramemandangku dengan senyuman.

            “Eh, boleh..” Aku menyerahkan Adamkepada Myra.

            “Myra jom lah masuk. Panas ni. Jommasuk sayang anak Babah.” Emel mengacah Adam yang berada didukungan Myra.

            “Myra bawak Adam masuk tau, Kak.”Myra tersenyum sambil beriringan masuk kedalam rumah bersama Emel.

            Emel langsung tak pedulikan aku. Nakkenalkan aku dengan Myra pun tak. Myra pulak yang kenalkan diri sendiri.Melihat keakraban Myra dan Emel buat aku mula rasa.. Urmm cemburu. Aku takpernah tengok Emel ketawa dengan aku. Senyum pun payah! Untungnya Myra.

            Ammar yang dari tadi memerhatimenghampiri Zirah. Kesian dia melihat Zirah berwajah mendung begitu.

            “Eh, Along.” Zirah bersalam denganAmmar dan pura-pura tersenyum.

            Ammar memandang Zirah tanpa kelip.Zirah pulak mengerutkan dahinya. Kenapa pulak Along ni? Demam apa? “KenapaLong? Zirah pakai baju terbalik ke?” Aku melihat baju T-shirtku itu. Tak adapun. Okey je.

            Ammar ketawa. “Dah okey dah baju tu.Tak payah nak check. Cuma muka tu,tak payah nak berlakon sangat. Tak menjadi lakonan tu.”

            Aku mencebikkan bibir. “Along ni,semua benda dia tahu! Zirah okeylah, tak ada apa-apa pun. Tengok Zirah senyum. Heeee…”Aku menarik kedua-dua hujung bibir keatas. Nampak tak saya senyum lebar ni?

            Ammar ketawa lagi. Ada-ada saja adikiparnya itu. “Dah lah tu, terkoyak pulak bibir tu nanti. Jom masuk.” Ammarmengajak.

            Aku mengeluh. Tawar hati nakberhadapan dengan Emel. Nak bawak diri ke pondok jaga Pak Li lah. Boleh jugakdiajak main badminton! “Tak naklah. Zirah nak jalan-jalan jup.” Aku beralasan.

            “Tak boleh. Masuk jugak.” Ammarmenarik hujung baju T-shirtku.

            Ternganga aku dibuatnya! Amboi,Ammar ni pun dah lebih kurang dengan Emel nampaknya. Suka memaksa! Huh!

            Sebaik aku melintasi ruang tamu. KelihatanMyra dikeremuni dengan Mak Ngah, Bibik, Ummi, dan Mak Gayah. Rancak merekaberbual. Bergelak ketawa! Tambah-tambah Mak Gayah tu, dah macam kenal Myra darikecil pula. Mak Gayah datang sini sebentar kerana mahu menjenguk kawan baiknyaMak Ngah. Bila dapat tahu Myra nak datang, ‘tergam’ terus punggungnya diruangtamu itu. Ermm, bunyi macam cemburu kan? Saya memang cemburu dengan keadaanini!

            Nampak gayanya, watak saya sebagaipenghibur suka dan lara divilla ini telah diserahkan kepada Myra. Saya cumawatak tambahan sebagai pelakon yang jalan kehulu-hilir dibelakang lokasipengambaran saja. Apa pulak yang aku merepek ni?

            “Zirah okey ke?” Ammar menegur.

            Terkejut aku! Ada lagi mamat ni? Akuingatkan dah naik ke atas. Aku tersenyum. “Okeylah Long. Zirah okey.. Tengokni, Zirah mampu lagi angkat pasu ni guna sebelah tangan je.” Berkerut dahikubila mengangkat pasu sekecil tapak tangan itu umpama mengangkat berat 100 Kg. konon-kononberatlah sangat. Ha..ha..

            “Macam-macamlah Zirah ni.” Ammarmenggeleng-gelengkan kepalanya dengan ketawa yang masih bersisa. Kemudian Ammarmenghampiri Myra dan Adam.

            Aku meletakkan semula pasu tadi.Dengan longlai aku menuju kebilik. Malas nak keluar dari bilik dah. Nak dudukdalam bilik sampai tinggal rangka! Ehem, merepek lagi! Inilah akibatnya kalauemosi yang tak teratur ni!

            Sebaik saja masuk kedalam bilik.Emel baru saja keluar dari bilik air dengan sempurna berpakian T-shirt dan kainpelekat. Nak solat Asar kot. Aku pulak terdiam kat depan pintu. Nak tegur takuttak dilayan. Nak buat bodoh je, katanya tak ingat tanggungjawab.

            Aku mengeluh, biarlah terasa kecilhati  macam mana sekalipun. Isteri tetapisteri. Aku menuju keruang solat. Sejadahnya aku bentangkan. Songkoknya akuambil. Apabila Emel sudah menghampiri ruang solat aku memakaikannya songkoktersebut dengan berhati-hati. Takut terbatal pula air sembahyangnya. Selepasitu aku memandangnya sambil tersenyum manis. Dan aku terus berlalu ke ruang TV.

            Emel yang tergamam dengan perilakuisterinya itu hanya mampu mendiamkan diri. Hatinya melonjak-lonjak mahumengucapkan terima kasih dan mencium dahi luas itu. Tapi tak terdaya. “Err..Zirah tak solat sekali ke?” Hanya itu mahu terluah dari mulutnya! Bukan ituyang mahu diucapkan. Dia memang tahu Zirah tak boleh solat kerana cuti uzur.

            Zirah tersenyum. sambilmenggeleng-gelengkan kepala.

            Emel menganggukkan kepalanya.Kemudian dengan kalimah Bismillah dia meneruskan tanggungjawabnya itu.

            Zirah pula hanya merebahkan badannyakatas sofa. Bertukar-tukar siaran, entah apa yang mahu ditontonnya pun dia taktahu! Otaknya berserabut! Siapa Myra? Kenapa dia begitu rapat dengan Emel?Siaran TV  yang bisu dan asyikbertukar-tukar  itu terhenti bila wajah artisbernama Heliza Helmi terpampang. Iklan Garnier. Bila melihat wajah comel itu dengangayanya yang bertudung. Sangat cantik!

            Tap!! Teringat pula Myra. Gaya Myrapun ada macam Heliza Helmi ni. Bertudung litup, berbaju menutup aurat,berstoking dan cantik! Memang pernah terdetik dihati nak bertudung. Tapi..  Aish! Aku akan pakai tudung jugak! Okey..Cuba! Insyallah!

            “Pergi mana je hari ni?” Tegur Emelsambil melabuhkan duduknya di sofa dihadapan Zirah.

            Zirah terpinga-pinga sekejup.  Cepat-cepat dia bangun dari berbaring danduduk bersila diatas sofa itu. “Abang cakap dengan Zirah ke?”       Tanyaku. Blur!

            Emel mengeluh. Entah berangan sampaiplanet manalah isteri aku ni. “Tak lah, cakap dengan stoking.” Emel menunjukkanstokingnya yang berada didalam bakul kain berhampiran dengan tepi pintu keluar.

            Aku ketawa perlahan. Buat lawakpulak dia. Urmm, tenangnya muka dia lepas solat! Nak tengok setiap minit boleh?“Abang..”

            “Yup?” Jawabnya sambil mata masihutuh pada TV.

            “Tak ada apalah..” Aku mendiamkandiri. Tiba-tiba rindu dengan Mak! Asyik cakap kat talifon je, tak puas tau tak!

            Emel melontar pandang kearah Zirah.Berkerut dahinya melihat Zirah diam sambil memintal-mintal hujung bajunya.Mendung je wajah dia. Tiba-tiba rasa nak nak duduk sebelah dia sambil tenangkandia. Mungkin dia rindukan Mak. Haaaihh, suami apalah kamu ni Emel! Tak  apa Zirah, suamimu yang terbaik akan muncul.Insyallah..

            “Kenapa ni? Cakap tu biar habisboleh tak?” Entah kenapa Emel bersuara keras. Emel pun tersentak, kenapa pulakdia boleh bersuara begitu?

            Zirah makin diam! Kecik hatinya biladisergah begitu! “Tak apalah. Abaikan je. Zirah turun bawah dulu.” Aku memintaizin beredar sebelum air mata menitis!

            Emel yang mahu menghalang Zirah dariberlalu tak mampu berbuat demikian. Entah kenapa segala tingkahnya sentiasamelukakan hati wanita itu, sedangkan hatinya tidak mahu berkata begitu!

Previous: KEJUP
Next: Bab 38A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.