Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 44

SELENDANGSAKURA dan baju jubbah maxi berona yang sama, biru laut. Inilah hasil daripadapergi membeli belah dengan Mak Ngah dan Bibik di pasar pagi tadi. Biarpun taksemahal mana, tapi cukup cantik dimata Zirah. Tambahan pula, malam nanti dahnak balik ke Gopeng! Arghh, exited!

            Kalau mak tengok Along dah berubahmacam ni. Mesti Mak orang pertama yang menangis. Along  dah lama sangat nak berubah mak,Alhamdulillah. Allah dah buka hati Along.

            Selepas solat berjemaah maghrib satukeluarga, aku mula bergegas naik kebilik untuk bersiap apa yang perlu. Emel dahlama bersiap, siap boleh bersembang-sembang dengan Along kat halaman rumah tulagi.

            Mungkin terlalu awal untuk akubersiap. Tapi apa salahnya kan? Sebaik saja aku turun menuju kedapur. Semuapenghuni yang duduk didapur itu terdiam! Ada yang terbeliak biji mata. Ada yangmanampar-nampar Bibik disebelah (Mak Ngah lah tu). Ada yang tersembur biskutdari mulut, siapa lagi kalau bukan Anis? Tak senonoh!

            “Zirah? Zirah ke ni?” Ummimenghampiri sambil memegang pipiku. Aku hanya tersenyum.

            “Makaihh! Lawanya Akak!” Anistersenyum. Mak Ngah dan Bibik pun mengangguk-angguk mengiyakan kata Anis.

            Aku memandang Myra yang dudukdisebelah Anis. Dia tersenyum sambil menunjukkan ibu jarinya menandakan bagus!Tapi kalau aku duduk kat sebelah Myra, jauh panggang dari api! Myra lebihcantik, bukan saja disebabkan wajahnya. Tapi pandainya dia menjaga auratnya.Malah, Myra lebih cantik bila tidak bertudung. Kagum aku melihatnya.

            “Ummi dah lama nak tengok Zirahmacam ni. Emel dah tengok?” Ummi hampir saja mahu menangis.

            Aku menggeleng. “Zirah nak buat surprise!” Ujarku dengan senyuman.

            “Bagus Kak! Nah bawaklah dulang airni. Tadi Anis nak bagi kat Along dengan Abang Emel. Tapi alang-alang Akak nakbuat kejutan, Akak pergi bawak ni. Pura-pura belakon sikit. Mesti sakit jantungAbang Emel tengok perubahan Akak ni.” Dah keluar dah, idea serong Si Anis ni.Tapi apa pun, idea tu masih waras dan munasabah untuk dilakukan.

            “A’ah Long. Pergilah!” Mak Ngahmenyokong.

            Aku memandang Ummi. Ummi hanyatersenyum dan menggosok-gosok pipiku. “Pergilah..”

            Huh! Dengan semangatnya akumendulang air tu nak ke halaman rumah! Surprise!!!

Previous: Bab 43
Next: Bab 44A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.