Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 20

TERBELIAKbiji mata Pak Li melihat aku berpakaian ala-ala ninja itu. Pak li menggaru-garukepalanya yang gatal.

            Aku yang baru nak panjat pagar,terus tergendala segala aktiviti. Bila tengok Pak Li pandang aku denganpadangan pelik! Adoi, spoil lah PakLi ni. Orang baru nak jadi Jet Li tadi.

            “Pak Li, macam mana nak buka pagarni? Zirah nak keluar ni. Nak balik kampung. Kat dalam rumah, kunci gate entah mana Bibik letak. Tak jumpapulak.” Akhirnya aku kuburkan saja niat dihati nak jadi Spiderman.

            Pak  Li tersenyum dan akhirnya ketawa. Gaya gadisdiahadapannya  tadi macam nak tunjukkehandalan memanjat pagar. Alih-alih mintak kat aku kunci pagar? Zirah-Zirah..Macam-macam kamu ni.

            “Emel tak bagi bukalah Zirah. Pak Liikut arahan je.” Pak Li buat muka serius.

            “Lah, Pak Li pun nak bersubahatdengan dia macam Bibik? Adoi, macam mana Zirah nak balik kampung macam ni??”Aku duduk bersila dihadapan pagar besar itu. Kusut kepala otak. Seawal  6.00 pagi aku bangun. Selepas solat subuhterus je aku kemas baju. Bajet nak ‘lari’ pukul 7.15 selepas sarapan!

            Ada ke nak jadi Spiderman sempatsarapan dulu? Ah, nantak lah. Perut aku dah lapar sangat masa tu. KebertulanMak Ngah masak nasi goreng kaw-kaw punya. Apa lagi, bedallah!

            Aku ingatkan boleh keluar, rupanya..Huwaaa!! Bilakah agaknya Emel ghaib dari dunia aku? Bila??

            “Cicak Kobeng!! Masuk! Kang akuangkat kau guna cangkul kang. Kita bertolak pukul 8. Apapun kau nak buat, kautetap kena bawak aku sekali balik kampung kau! Tapi, kalau kau rasa betul-betulnak lari keluar. Kau koreklah tanah depan pagar tu. Semoga berjaya!” Selambasaja Emel bersuara! Kemudian dia memboloskan diri masuk kedalam rumah.

            Pak Li ketawa mengkekeh. “Nahcangkul Zirah. Pak Li jugak nak ucapkan semoga berjaya.” Pak Li menyerahkancangkul kecil itu kepadaku. Kemudian Pak Li masuk semula kedalam pondoknyadengan sisa ketawa yang tak henti.

            Sambil menghentak-hentak kaki, akuturutkan juga masuk kedalam rumah! Dalam hati aku ni, berkati sumpah seranahdisimpan buat insan bernama Mohd Aimel Hijjaz!!

Previous: Bab 19A
Next: Bab 20A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.