Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 39A

“ASSALAMUALAIKUM..Abang!! wangi tak Zirah..” Sebaik saja aku masuk kerumah, terus saja menujukebilik. Niat dihati nak mandi. Tapi tergendala kejup bila nampak Emel sedang tenangmenonton TV. Aku bukan boleh sangat tengok muka dia tenang macam tu, rasa nakkacau je dengan senduk! Comelnya..

            Berkerut hidung Emel. Ni bukan wanginamanya, ni namanya bau reban ayam! Masyallah, isteri siapalah ni. Dengan mukacomot dengan kesan tanah. Orang bajak sawah pun tak macam ni punya ‘harum’. “Ermm..Mungkin bau ketiak Adam lagi wangi kut.” Ucapnya selamba.

            Wajah ceria Zirah bertukar rata.Jawapan Emel itu benar-benar ‘memujiku’. “Abang ni, tak berhati tisu langsung. Yelah, Zirah nak pergi mandilahni.” Dengan longlai aku menarik tuala diampaian kayu dan mengheret tuala besar itu ke bilik air.

            Emel hanya menggeleng-geleng.Ada-ada saja isterinya itu.

            Setelah hampir 20 minit mandi, Zirahkeluar dengan siap berpakaian. Baju t-shirt Baby Milo (gambar monyet tu) dankain batik. Zirah mengelap rambutnya yang masih tak kering. Sambil menuju kealmari cermin, mataku mengerling Emel yang sedang ralit dengan Ipadnya.

            “Abang tak keluar pulak hari ni?Myra tak ajak abang pergi Shopping Mallke?” Soalku sambil duduk dihadapan meja solek itu. Selalunya cuti begini,selalu benar Myra ajak Emel kesana-kesini. Macamlah Emel ni tak ada isteri.Yang Si Emel ni, ikut je cakap Myra. Aku ni tak pernah dia bawak pergijalan-jalan tau! Jangankan jalan-jalan kat Bandar, luar rumah ni pun sikitpunya payah! Entahlah, sejak kebelakangan ni sikap Emel sukar diramal! Berubahmendadak!

            Emel hanya tersenyum mendengarsoalan berbau cemburu dari isterinya itu. Namun senyuman itu tak terlihat olehZirah. “Myra kata nak rehat kat rumah.” Jawabnya ringkas.

            Aku terhenti dari menyikat rambut.Rasa geram dengan sikap bersahaja Emel itu buatkan aku rasa, arghhh!! Malas naklayan. Aku hanya diam, dan terus menyikat rambut. Setelah selensai, aku bangun.Baik teman Along bersarapan. Lagi bagus! Nak ajak Emel? Tak payah, pagi-pagilagi dia dah dijamu sarapan oleh Myra sebelum aku bertindak melakukannya.Kadang-kadang aku pelik, siapa sebenarnya isteri Emel?!

            Emel yang pura-pura ralit dengan game didalam Ipad hanya diam takbersuara. Setelah Zirah keluar dari bilik, Emel mengeluh. Sampai bilalah diaperlu begini? Seksa rasanya dengan perasaan ini. Emel meraup wajahnya lemah.

Previous: Bab 39
Next: Bab 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.