Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 51

KAKI aku ni dah rasa macam kaki gajah pulak!Alahai, tak larat nak seret. Penatnya hari ni tak terkata! Mentang-mentanglahaku nak cuti empat hari, kerja-kerja tu macam dengki je dengan aku. Makin akuhabiskan. Makin banyak pulak dia! Adoi!! Lepas solat maghrib tadi aku sambunglagi untuk terakhir kali. Cewah! Makan masa dua jam jugaklah baru habis.

            Alhamdulillah, pejabat masih cerahlagi. Tapi di department lain la. Department aku memang lengang. Turunnaik bulu roma aku duduk sorang-sorang tadi tau. Niat dalam hati nak habiskankerja je. Berbuih mulut aku baca ayat kursi. Aish! Penakut jugak aku ni eh. Eh!Bukan penakut, seram je.

            Aku terhenti dihadapan tangga.Kawasan tangga tu gelap sangat. Aku ni dah lah rabun gelap. Walaupun aku ada nampakada cahaya sedikit di tengah-tengah tangga tu, tapi mata aku kabur sebab cahayatu tak terang. Teragak-agak aku nak memijak tangga. Nak guna lif, aku kenapusing dua department. Argh! Taklarat!

            Kaki aku masih teragak-agak mahumelangkah. Tiba-tiba ada tangan menggenggam erat tangan aku. Aku berpaling kekanan melihat siapa yang berani pegang tangan aku! Tapi tak nampak!  Gelap!

            “Diam. Ikut je kalau rasa nak balikcepat.” Tegas dan mendatar suara itu. Aku terkejang sekejup! Suara tu.. Suaratu macam.. Ish! Tak mungkin!

            “O.. Oo.. Orang boleh jalan sendiri.Tak payah nak pegang bagai!” Hah! Terkeluar jugak ayat aku. Yelah, suka hatidia je nak pegang tangan aku! Haram tau tak! Ni nak marah ni. Aku sedayamungkin tarik tangan aku. Tapi pegangan dia terlalu erat.

            Siap pegang bahu aku lagi dan tarikaku untuk melangkah tangga tu. Memang tangga tu tak tinggi. Tapi apa yang diabuat ni sekarang boleh buatkan darah aku mendadak tinggi!!!

            “Lepaslah! Kita bukan muhrim lah!Apa pegang-pegang ni. Aku jerit kang!” Marahku. Namun kaki ku tetap mengikutlangkahnya menuruni lima anak tangga itu.

            Lelaki itu hanya diam tak bersuara.Ditangga terakhir tu, dia melepaskan aku. Keadaan masih gelap. Aku hanya nampak yang dia ni seorang lelaki sebabdia tak pakai tudung. Muka dia aku tak nampak! Lelaki itu menghadap aku. Lama dia pandang aku. Kemudian dia peluk aku.Aku terkedu. Diam! Tak terluah jeritan dimulutku.

            Pelukannya itu membuatkan akuteringat seseorang! Aku memejamkan mata cuba menyingkir apa yang terbayang.Kemudian  dia melepaskan pelukan danmerenung aku lagi dan dengan perlahan dia mencium dahiku. Terasa ada titisanair tumpah dikelopak mataku saat dia mencium dahiku. Siapa dia ni?! Arghh!!Beraninya dia! Kenapa aku rasa macam tak boleh nak buat apa-apa ni?! Kenapa?!

            Lelaki itu terus berlalu  mendaki semula anak tangga tadi. Dibiarkanaku terkapai-kapai cari jalan keluar. Aku menghentakkan kaki, sebab terlalumarah dan rasa macam diambil kesempatan! Tapi bila aku meraba kelopak matakuyang ada titisan air yang macam air mata itu, aku terdiam. Otak aku memprosessesuatu. Argh!! Hantu air mata !!! Mak!!!! Aku berlari sekuat hati keluar  dari bangunan itu. Entah dari mana datangberaninya, aku main redah je apa yang ada kat depan. Mujur tak terlanggar meja,kerusi, dan dinding dikawasan tersebut. Kalau tak, menuju ICU lah jawabnya.

 

 

 

JUMAAT.Cuti! Demam terkejut terjumpa hantu air mata! Aku mengeluh, tak pasal-pasal akucuti hari ni. Dah lah, petang ni nak balik. Alahai, hantu ni pun satu. Kacauaku kenapa?!! Argh!! Tensennya!!

            Mak dah berkali-kali talifon, makcakap jangan balik selagi tak baik demam. Lagilah aku meroyan bila mak cakapmacam tu! Aku sedut hingus dengan ganas! Aku rasa petang ni okey kot. Ni demamkus-kus je ni. Okey ada baiknya aku makan ubat!!

 Ermm.. Mungkinnanti je lah aku telan ubat tu. Tidur dulu. Melihat tiga paket ubat yangsaiznya boleh mengoyakkan tekak, aku rasa lebih baik aku ambil Panadol Soluble dan rendam dalam air.Hanya itu saja jalan paling selamat dari aku mati tercekek!

            Setelah lima jam tidur. Dari pukul 9pagi sampai pukul satu, hah! Ambik kau. Puas hati aku. Alhamdulillah bangun jedari tidur, dah okey dah! Cuma selsema je. Tak apa! Tak mengencatkan operasiaku nak balik kampung  petang ni! Yeah!

            Setelah berkemas apa yang patut, akubersiap dan solat  zohor.  Beg besar itu aku letak kat depan pintu.Setelah kunci semua pintu, aku menghampiri kereta aku yang cantik tu.

 “Ermm, saya nakbagi tahu ni sayang. Kita akan bertolak ke Gopeng, kamu larat ke? Cubalahlaratkan diri tau. Tau! Please!! Akutak ada transport nak balik ni. Takakan aku nak guna kereta Kak Masyitah? Dia bagi aku pinjam pergi kerja je, diatak cakap bagi aku pinjam bawak balik kampung. Lagipun aku tak nak susahkandia. Please!!” Aku mengusap-usapkereta kesayangan aku itu.

Aku seolah-olah terlihat kereta tu tersenyum dantunjuk tanda ‘okey’. Haaa… Lega hati saya! Aku terpandang rumah Mak Esah. Aik!Ada kereta lah kat situ. First timeni aku tengok ada orang kat rumah tu selain Mak Esah! Ish! Masa  aku nak balik kampunglah dia nak muncul. Kalautak, boleh aku jadi Detective Conan kejup.Spoil lah!!

“Zirah!! Hati-hati balik! Jangan buat kereta kamu tumacam kereta Formula One pulak.” Jerit Mak Esah yang sedang menyiram pokokbunga di halaman rumahnya.

Amboi, dah pandai Mak Esah ni perli aku eh! “Yelah!Jangan risau, orang bawak dia macam troli Tesco je. Mak Esah! Orang nak gerakdulu. Hati-hati! Kalau orang bagi gula-gula jangan ambik!” Ha..ha! Aku ketawa.Amboi, nasihat Mak Esah  macamlah orangtua tu budak-budak lagi.

Mak Esah sudah bercekak pinggang bila dikenakanbegitu. Aku hanya ketawa. Beg dimasukkan kedalam bonet. Kereta  kancil aku ni, aku usap sekali lagi. Cubamenyampaikan bahawasanya aku terlalu sayangkan dia. Jangan lah tercabut apa-apakat tengah jalan nanti. Aku takut tak ada tempat nak aku sorokkan muka. Ha..ha!

Dengan nama Allah yang maha melindungi dan mahakuasa.. Perjalanan dimulakan. Rasa macam balik kampung  dihari raya pulak. He..he! Aku membuka siaranradio, ermm.. Dah lima belas kali aku tekan untuk tukar siaran lain. Tapi semuanyatak bersiaran, cuma siaran radio tamil saja yang clear dan sangat cantik untuk didengar. Tapi masalah nya! Aku takfaham apa DJ tu cakap! Argh!! Akhirnya aku tutup radio tersebut. Dah uzursangat aset yang ada dalam kereta ni. Adoi!!

            Talifon bimbit Samsung Ace akukeluarkan dari poket tepi beg. Mp3, aku buka. Ah, jadilah! Daripada aku bosankatak dalam ni. Lagu Tilu- Aku bukan Aku kedengaran. Dengan suara katak panggilhujan, aku turut menyanyikan lagu tersebut. Ermm, sedap jugak suara aku ni!Boleh masuk Mentor ni.

            Aku terdiam sekejup bila terasapintu belah kiri macam berbunyi pelik. Ah! Sudah! Jangan buat hal. Tunggulahsampai dulu, lagi setengah jam je lagi! Tolonggg lah!!!  Rasa cuak pula dengan situasi itu. Akubersandar tenang. Ni lah padahnya kalau nyanyi tak ikut lirik. Kan dah naktercabut pintu tu dengar aku nyanyi.

            Aku memandang side mirror belah kanan, kereta Audi putih itu dari tadi ikut akudari belakang. Ish! Bukan-bukan! Dia memang nak pergi kearah yang sama ni. Akuberfikiran positif. Lagi beberapa kilometer aku nak sampai ke Exit Tol Gopeng, kereta tadi memotonglaju keretaku! Argh! Bikin panas betul! Tahulah aku ni bawak kancil je. Tamparjugak kang!

            Tisu yang dah berkotak-kotak itu,aku ambil. Hembus hingus dapat menghilangkan rasa tekanan. Kononnya. Argh!Selsema ni sangat ‘indah’.

Previous: Bab 50
Next: Bab 51A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.