Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 23A

“AMAN!Yang sana tu! Sana! Alah! Terlepas lagi!” Zirah menepuk dahi! Aman yang beradadidalam sungai hanya menggeleng-geleng lemah.

            “Macam mana nak dapat Long! Alongasyik menjerit je! Lari semua ikan..” Aman mengomel.

            Aku mencebik. “Yela-yela, Along diamlah ni.” Aku duduk diatas batu besar itu diam-diam. Aman pula sudah ketawamengkekeh melihat aku seakan merajuk dengannya.

            “Tepi sikit.”

            Aku menoleh ke kiri! Pantang betulbila ada orang tiba-tiba nak shareduduk bila banyak lagi tempat duduk kosong yang boleh diduduk! “Ish, kau lagi.Bosanlah!” Ujarnya bila melihat wajah Emel disebelahnya.

            Emel mencebik. Satu hari nanti mestikau tak bosan bila tengok aku! “Kedekut sangat  kenapa ni? Nak duduk sikit pun tak bagi, nakpinjam mak pun tak bagi.”

            Aku hanya diam sambil memandang Amanyang terlompat-lompat menangkap ikan. “Kenapa datang sini?”

            “Saja, nak pujuk buah hati merajuk.”Jawab Emel bersahaja.

            Laju saja kepalaku memandangnya.Emel hanya tersenyum. “Siapa? Aku?” Aku menuding jari telunjuk kearah mukakusambil tersenyum sinis. “Gila. Bila pulak aku jadi buah hati kau?”

            “Dah lama dah. Sekarang tinggal kauje, nak mengaku atau tak.” Emel tersenyum lagi.

            “Aku rasa kau ni demam. Baliklah,kang melarat pulak demam ni.” Aku menghalau. Aku datang sini nak tenangkanfikiran. Dia pulak mengusutkan fikiran aku!

            “Zirah?  Nur Ainul Nazirah binti Abdul Malik. Urmm,Sedapjugak nama kau kan? Tak susah aku nak sebut nanti.”

            Aku mengeluh! Apa lagi mamat ni nakmerepek?! “Kalau kau tak nak pergi, biar aku je yang pergi. Bye!” Baru selangkah aku nak berlalu.Emel menarik lengan baju T-shir ku.

            “Duduk. Aku nak bincang dengan kau.”Kali ni, muka Emel sedikit serius.

            “Aku nak balik lah. Bincangnanti-nantilah.”

            “Duduk aku kata!” Suara tegas itumembuatkan bahuku sedikit terangkat! Automatiknya aku menurut!

            Nak guna cara kasar jugak, baruberkesan. Emel mengomel. “First, akunak kau tahu. Aku dah mintak izin mak…”

            “Apa kaitan dengan mak pulak ni?”Pintas Zirah.

            “Cuba dengar dulu boleh tak? Jangannak menyampuk!” Merah muka Emel menahan geram.

            Zirah mencebik eleh. Ditala wajahnyakearah lain. Rasa nak menangis pulak bila Emel tengking macam tu. Apa hal pulakhati aku jadi sensitif dengan manusia ni? Ah, sudah! Gila ke apa?

            “Aku mintak izin dengan mak nakkahwin dengan kau.”

            Laju saja kepala Zirah menolehkemuka Emel. Terkebil-kebil matanya. Mulutnya pula tak boleh nak cakap walaupunsepatah ayat!

            “Aku memang tak romantik. Apatahlagi nak berlapik kata bila perihal macam ni. Cuma aku nak kau tahu, yang akuserius nak jadikan kau isteri aku.” Melihat dari mata Emel, nampak yang diaikhlas. Tapi entah! Lidah aku masih kelu!

            Aku ketawa sinis. “Tak lawak tau.Jangan main-main bila kau sebut pasal ni. Aku tak suka!” Wajahku kembaliserius.

            “Aku tak main-main Zirah! Aku cumatunggu jawapan dari kau je. Kalau kau setuju, aku akan mintak Ummi dan Waliduruskan majlis. Biar kita nikah dulu. Majlis kenduri, kita fikir kemudian.”

            “Kau yakin ke aku terima?” Zirahmenyoal dengan nada sinis.

            Emel menelan air liurnya yang terasakesat. “Insyallah kalau ada jodoh.” Apa sekalipun jawapan kau Zirah, insyallahaku akan terima!

            Aku hanya mampu terdiam denganjawapannya itu. Perlahan aku melangkah pergi. Makin lama aku kat situ, makinsusah aku nak fikir! Ya Allah, apa pulak ujian yang datang ni? Tiba-tiba Zirahterasa fobia untuk semua itu. Otaknya terasa berat, matanya juga terasa mahumenghamburkan airmata. Emel  ingat semudahitu ke? Kahwin? Cakap memang mudah! Tapi bukan semudah itu bagi aku yang punyakenangan pahit tentang kahwin ni.

            Boleh ke aku terima? Ya Allah, jikaorang lain nampak aku ni kuat. Dorang memang salah! Aku tak pernah kuat! Jiwaaku ni tak pernah tenang bila terfikirkan soal itu. Alhamdullilah, bila akuyakin yang Allah cukup bagiku. Aku mampu atasi semua kenangan pahit tu. Tapibila Emel persoalkan perihal itu semula, buat aku rasa tak mampu nak terima.Tembok kekuatan aku terasa bagai mahu runtuh! Kuat Zirah! Kuat!!

Previous: Bab 23
Next: Bab 23B

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.