Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 18

GELISAHsungguh semua orang yang ada diruang tamu itu. Kehadiran Emel yang masih belumkelihatan itu cukup membuatkan jantung mereka berdegup laju.

            Dato Faris tak habis-habis mengambilsurat khabar dan  dibaca seketika.Kemudian meletakkannya kembali ketas meja. Perbuatannya itu berulang-ulang kalidilakukan. Runsing punya pasal!

            Datin Rosmah pula, dah dekat limaenam kali keluar masuk pintu utama itu melihat pagar. Menanti kepulangananaknya itu! Tak senang duduk dibuatnya.

            Anis pula asyik menukar channel TV buat kali yang ke berapapuluh. Silap hari bulan, meletup TV tu! Sesekali matanya memandang luar. Turutmenanti Abangnya pulang.

            Mak Ngah dan Bibik asyik merenungAdam yang dibaringkan keatas sofa. Apalah yang difikirkan oleh nenek dua orangni kan Adam?

            Aku? Aku dah tak larat tengoksituasi ni selama hampir satu jam! Mana pulak si Emel ni. Ingat ini ceritaWakenaBeb ke? Nak buat surprise pulakdia! Tampar kang. Aku masuk bilik lagi bagus! Baru beberapa langkah. KedengaranUmmi menjerit menyatakan Emel sudah pulang. Macamlah Emel tu baru balik dariperang. Ha..ha, lawaklah Ummi ni!

            Masing-masing diam. Kesemua pasangmata itu memfokuskan kepada Emel yang duduk santai diatas sofa. Tak beriakapa-apa pun wajahnya itu. Sampul surat  berwarna putih itu dihulurkan kepada Walid.

            Laju saja Walid membacanya.Dibelakang Walid, berkerumun yang lain turut sama mahu membaca. Aku yang kecikni. Tak tahu nak menyelit kat mana. Nampak gayanya aku kena tunggu sampaidorang habis baca! Sesekali aku perasan yang Emel sedang merenungku. Bila akumenoleh kearahnya, dia pura-pura menonton TV.

            “Alhamdulillah!!! Adam cucu Atok!!”Tersentak aku bila suara Walid kedengaran. Dato Faris mendukung Adam yang masihlena itu. Dicium-cium penuh kasih sayang.

            “Syukur Alhamdulillah..” Yang lainturut mengucap syukur.

            Aku hanya tersenyum. Tahulah aku,apa keputusan  ujian itu. Alhamdulillah..Ini hadiah dari hikmah ujian yang diberiNya. Dengan perlahan aku melangkahkebilik. Melihat betapa gembiranya keluarga itu mengetahui bahawa Adam adalahanak Ammar yang sah, buat aku rasa sebak pulak! Sedih!

            Belum sempat aku nak kebilik, Emel sudahmendahului aku. Kelihatan lelaki itu masih tak mengendahkan Adam! Benci lagi kedia? Entah! Pelik sikit mamat ni!

            Mesti pelik kan? Ammar koma hampirsetahun. Dalam sepuluh  bulan lebih macamtu. Tapi Adam sekarang berumur 25 hari. Sebenarnya, Amanda telah menipu Ammar denganmenyatakan dia mengandung pada pertama kali. Sedangkan pada waktu itu Amandatak tahu pun yang dia memang mengandung. Rancangannya, jika dia mengupahseorang doktor memberi tahu kepada Ammar bahawa dia mengandung, bolehlah diamengugut Ammar untuk gugurkan kandungannya itu. Namun hampa, Ammar masih engganmelepaskannya. Selepas seminggu Ammar koma, Amanda disahkan mengandung. Kali inibenar-benar membuatkan Amanda terkejut. Memang dia tak pernah meniduri mana-manalelaki selain Ammar, semua rancangannya itu dibantu oleh mamanya. Datin Bibahmerancang semua ini agar Ammar tidak mempercayai Amanda lagi! Dia mahukan anakkesayangannya itu bercerai dengan Ammar!

            Takdir Allah, disembunyikan nyawadidalam rahim Amanda. Mula asalnya Datin Bibah menyuruh agar kandungan itudigugurkan. Namun, Amanda merayu agar dia dibenarkan menjaga anak itu sehinggaanaknya dilahirkan. Datin Bibah setuju! Dengan syarat, selepas lahir saja bayiitu. Amanda tidak benar menjaganya dan menyusukannya. Apatah lagi untuk menyentuhnya.

            Amanda turut berjanji sebaik sajaanaknya dilahirkan dia akan memberikan kepada keluarga suaminya. Dan dia pulaakan mengikut segala kata mamanya. Aish! Bilalah agaknya Datin Bibah ni nakbertaubat?!

            Bila aku dengar cerita ni, fahamlahaku kenapa Ummi dan Walid tak marah pun dengan Amanda tempoh hari. Amandamemang baik, cuma disebabkan mamanya. Dia mula menjadi seseorang yang bukandirinya! Moga Allah memberi petunjuk buat mereka. Amin..!

Previous: Bab 17A
Next: Bab 18A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.