Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 37

“MORNINGsayang..” Gemah gemalai sungguh wanita itu berjalan sambil menuju kearah mejakerja Emel.

            “Maaf Tuan! Saya dah halang, tapidia tetap nak masuk.” Najwa setiusaha Emel dengan termengah-mengah munculdihadapan pintu.

            Emel mengeluh. “Tak apalah Wa. Perempuankalau dah hilang rasa malu memang begitu. Awak sambunglah kerja.”

            “Terima kasih Tuan.” Najwamengangguk, sempat lagi dia menjelir lidah kearah wanita gedik itu sehinggakanwanita gedik itu rasa geram dan mahu mencampak kasut tumit tingginya kearahNajwa. Laju saja Najwa berlalu! Lari!

            “Betina ni! Berani dia jelir lidahkat I! Aish!!” Marahnya sambil menghentak-hentak kaki. Kononnya nak mengadulah!Silap oranglah Latipah uit!

            “Kalau aku jadi Najwa, bukan setakatjelir lidah. Aku baling pasu je kat kau ni, guna mulut pun bukan berkesansangat. Yes! May I help you? Nak apadatang sini? Sini bukan Butik Gucci nak shopping..”Sindir Emel sambil menyandar badannya kekerusi menanti butir bicara bekas kakakiparnya itu!

            Manda terdiam! Terasa benar dengankata-kata Emel! “ Sampai hati you tak jawab callI?  You tahukan dah dua hari I takjenguk You kat sini.” Luah Manda. Kemudian dia tersenyum semula dan menghampiriEmel. “You tak rindu kat I ke Emel?”

            “Opp!! Stop! Jangan dekat!” Jerit Emel sambil menahan dengan tangannya.Langkah Manda terhenti!

            “Butwhy?” Soal Manda kecewa! Tahu tak I rindu bagai nak gila! Sampai hati youbuat I macam ni?

            “Ehem! Aku rasa kalau kau tak baliklangsung Malaysia pun tak apa! Malaysia tak rugi apa-apa pun kalau kehilanganrakyat macam kau. Urmm, lagi satu. Pastikan sebelum kau masuk pejabat ni.Mintak tolong banyak-banyak, pakailah pakaian yang bertutup. Kalau datang sinipakai baju hujan pun tak apa, lagi bagus!” Emel memandang kearah lain. Sia-siaje hilang pahala aku pandang manusia ni! Isteri aku pun belum pernah akupandang aurat dia tahu!

            Manda tersenyum menggoda. Normallahtu, dia dah terpikat dengan akulah tu! Iknow it you love me Emel! I love you too much! “You tergoda eh? Memang Ipakai baju macam ni untuk You tengok. Foryou Emel, I willing to do anything..” Ucapnya dengan nada menggoda.

            Emel tersenyum sinis. Susah benarnak cakap dengan perempuan tak faham bahasa ni. Kalaulah diberi air penawar 30juzuk sekalipun, hati wanita ini tak mungkin akan lembut dan berubah. Dahterlalu gelap agaknya hatinya itu.

            Emel bangun  dari duduknya. “First thing I wanna you know it! Aku tak pernah tergoda dengan kauwalaupun kau tak berbaju sekalipun! Dan buat pengetahuan kau, mak cik cleaner yang selalu mop lantai  pejabat aku ni jauh lebih bermaruah dari kau.Sesaat, walau sedetik sekalipun aku tak pernah suka kat kau. So, lebih baik kau pergi dari sinisebelum aku halau guna corta!” Emel mula mahu berlalu, sebal rasanya berhadapandengan wanita yang tak bermaruah macam ni!

            Walaupun kata-kata Emel tu umpamapembunuh yang berbisa. Namun Manda tetap berfikiran positif! Selalunya, yangsukar diperolehi itu jauh lebih berharga dari permata. Biarlah Emel membencinyasejauh macam mana sekalipun. Dia tetap mencintai Emel sepenuh hati! Itujanjinya.

            “Cakaplah apa yang You nak cakap.Tapi satu je You kena tahu, yang I tak akan pernah berhenti mencintai You.”Manda tersenyum menggoda.

            Emel yang baru mahu melangkah kemuka pintu terhenti. Digelengkan kepalanya. Kemudian dia berpatah balikmemandang Manda. “Oh, terharunya.” Emel pura-pura tersentuh!  Bukan main suka Manda melihat reaksi Emelitu.

            “Kau ingat aku kisah sangat dengancinta kau tu? Pergi jahanamlah! Hei perempuan, oh tak sesuai. Hey! Betina!Setelah apa yang kau buat dekat Ammar dan Adam, kau boleh lagi cerita soalcinta kat aku? Mana pergi malu kau? Kau sorok malu kau bawah dapur? Dengarsini, kalau kau pernah buat curang dengan Ammar! Tak bermakna kau pun bolehbuat perkara yang sama dengan semua lelaki termasuklah aku! Ikutkan hati aku,mahu saja aku bunuh kau! Bagi akulah, perempuan macam kau tak boleh diampunkan!Mulai saat ni, aku tak nak tengok muka kau. Kalau kau berani datang sini, akutak teragak-agak lapor pada polis tentang gudang dadah Mama kau!” Emeltersenyum sinis bila kata-kata terakhirnya itu mengundang terkejut diwajahManda.

            “Eh, terkejut pulak dia. Mama kau tusiapa yang tak kenal? Mak segala binatang, bukan setakat ayam je. Danasor punboleh. Memang patut pun Papa kau ceraikan Mama kau dengan talak tiga. Itu sajayang layak buat isteri macam dia! Dan tak sangka aku.  Like  Mom, Like  daughter! Kalau tak disebabkan Ammar, dahlama aku sumbat kau dalam penjara Manda! Kau patut berterima kasih pada Ammarsebab tak lapor pada polis siapa yang sebenarnya dalang dalam kemalangan tu.”

            Makin terkejut Manda dibuatnya!Secepat kilat dia tersenyum dan ketawa mencuba untuk menyembunyikan rasagementar. “Ada hati nak ugut I? You ingat tanpa bukti polis nak percaya ke?Kalau setakat pengakuan dari Ammar, itu tak cukup kuat nak bawak I ke penjaraEmel. Apa kata, you mengalah saja. Jadikan I isteri You, I tak kisah jadiisteri You yang keberapa pun. Asalkan I dapat miliki You.”

            Emel mula terasa gatal benar tapaktangannya mahu menampar Manda sekuat hati. Kalau boleh biar tertanggal kepalanyaitu! “Bukti? You tunggulah nanti.” Baru saja Emel mahu melangkah dia berpalingsemula. “Lupa pulak nak cakap! Kau tak layak miliki aku, apatah lagi kerandaaku sekalipun! Buang saja angan-angan kau tu kelaut Manda! Satu hari nanti, kaudapat jugak balasannya!”

            “Oh! Takutnya I.. Ha..ha. Emelsayang, cakaplah apa saja yang You nak. Sampai berbuih sekalipun mulut Youucapkan ayat yang sama. I tak akan pernah mengalah! Lagi satu, I tahu You taksuka dengan isteri You. You cuma berlakon saja dalam perkahwinan tu kan?  Betina tu memang tak layak buat You Emel.”Ucap Manda dengan bersemangat. Dia tersenyum sinis  sambil memintal-mintal hujung rambut ikalnya.

            “Kau!!!” Tangan Emel sudah naik mahumenampar muka Manda, namun ditahan oleh seseorang.

            “Emel! Bukan ini caranya..”

            Emel memandang insan yangmenghalangnya itu. Myra?

            Myra memandang Manda. Dia kenalsiapa Manda, siapa tak kenal anak Tengku Bibah? Dan siapa tak kenal Mamanya? Pernahdulu Myra menasihati Ammar agar berfikir terlebih dahulu sebelum menjadikanManda sebagai isterinya. Namun sikap Ammar yang tak menendahkan kata-katanya,malah dituduh pula sebagai penghalang kebahagiaannya sedikit sebanyakmembuatkan Myra berkecil hati dan akhirnya membawa diri ke China.

            “Manda.. Kalau betul awak seorangperempuan, ada baiknya awak pertimbangkan kata-kata Allah ni. Lelaki yang baik,untuk perempuan yang baik. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Fahamkanmaksud saya? Kalau sekalipun awak tak mahu langsung dengar kata manusia.Dengarlah kata Allah. Awak hidup kat dunia ni pun disebabkan kuasa dia. Kalau diizinkannya, sekarang pun Dia mampucabut nikmat nyawa dari awak. Sempat tak awak nak bertaubat? Allah mahapengampun Manda. Saya yakin, awak lebih baik berbanding Mama awak. Manda yangsaya kenal bukan begini.” Lembut dan benar-benar bermain dengan physikologygaya Myra bersuara.

            Manda tergamam. Sedikit terketartangannya bila Myra mengungkap ayat Allah. rasanya lama benar dia tidakmendengar ayat itu. Namun, sekejup saja hatinya terusik. Dia tersenyum sinis. “Kau..” Terhenti kata-katanya bila dengan laju Myra memintas.

            “Eh, dah azan Zohor rasanya. Jomsolat! Awak tak bawak telekung? Jom, saya ada bawak.” Myra dengan selambanyamenarik lengan Manda sambil tersenyum.

            Manda menepis! “I hate You! Tak payah jadi ustazah sangat!” Manda terus berlalusambil menghentak-hentak kaki tanda dia benar-benar terasa kalah dengan Myra.

            Emel tersenyum! “Awesome! Welcome back Myra sayang..”Emel menyambut huluran tangan dari Myra. Dan dipeluk erat wanita itu.

            Myra menyalam tangan Emel dan diciumtangan itu. “Abang sihat? Dah lama tak jumpa Abang tau! Dah tembam!” Myramencubit pipi Emel. Geramm!!

            Aouch! “Sakitlah! Hilang macho abangtau. Eh, Ummi tahu tak Myra balik ni?” Emel masih tak lekang dengan senyuman.

            “Tahu. Tapi Ummi  tak tahu pukul berapa Myra sampai. Myra terusdatang sini, tak balik rumah lagi. Abang jom hantar Myra balik. Tak sabar nakjumpa your lovely wife!” Myratersenyum-senyum.

            “Eh, lupa nak jumpa dengan Along danWalid dulu. Myra pergi jumpa dorang dulu tau!” Myra terus berlalu.

            Myra memang rapat dengankeluarganya. Malah bukan setakat keluarga, dengan orang-orang gaji pun diarapat. Dah hampir dua tahun Myra tak pulang ke Malaysia. Tapi Myra tetapseperti dulu! Emel tersenyum.

Previous: Bab 36A
Next: KEJUP

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.