Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 28A

EMELtersenyum sebaik saja mendapat WhatsUp dari Anis. Wajah Zirah yang ditempekbedak sejuk didahi  dan rambutnyadisanggul tinggi. Menampakkan Zirah benar-benar sedang berpantang. Wajah Zirahseperti Lee Da Hae dalam cerita My Girl tu la pulak. Muka nakalnya sebijik denganartis itu.

            “SorryBro! Mak aku suruh beli Belacan pulak tadi. Tu lambat sikit tu.” Irwanduduk dihadapan Emel sambil menahan semput.

            Emen mencebik. Tipu je yang kautahu. Mak Kau bukan kat kampung ke? “Yelah tu..”

            Irwan terdiam. “Kau tak percaya akuBro? Kawan kau yang baik ni, kau tak percaya dengan dia??” Irwan bertanya lagisambil buat muka kecewa.

            “Sudahlah Wan, macamlah aku kenalkau baru semalam. Naik berlalang restoran ni aku tunggu kau.” Emel menghirupair kosong didalam gelas panjang itu.

            Irwan tersengeh. Emel atau Ammmar, kedua-duanyasusah aku nak bohong! Tahu saja aku menipu. “Aku bangun lambat tadi. Hahaha!Biasalah bujang. Lain lah kau, dah kahwin. Eh, yang kau senyum sorang-sorangtadi tu kenapa? Teringat bini? Terrorjugak si Zirah tu, dulu dia kerjakan kebun sayur. Sekarang dia berkebun pulakhati bos aku yang kering tandus ni. Tabik laaa!!”

            Emel menyepak sedikit kuat kakiIrwan yang berada dibawah meja itu. Mengaduh sakit Irwan. “Ni makan dia.. Nakperli aku sangat kan?”

            Irwan mencebik. “Gurau sikit dah takboleh dah. Eh, amacam Tok Wan kau okey?” Irwan menyoal sambil memanggil pelayanrestoran untuk mengambil order.

            “Kau tahukan aku dengan Tok Wanmacam mana? Tok Wan dengan Ammar macam mana? So, faham-faham sendiri” Jawab Emel bersahaja.

            Selepas pelayan restoran itumengambil pesanan, Irwan kembali memandang Emel. Dia sudah berkawan dengan Emeldan Ammar sejak kecil lagi. Dulu rumah mereka sebelah rumah je. Umurnya denganEmel sama, selepas SPM keluarga Emel berpindah.

            Nak cerita pasal Tok Wan ni, aku pungerun dengan dia! Garang tau tak! Muka dia tu mana pernah senyum? 24 jam ketat!Tapi banyak-banyak cucu dari 3 orang anaknya, Tok Wan lebih sayangkan Ammar.Disebabkan Ammar pernah duduk dengannya di China selama 5 tahun  masa kecil-kecil dulu. Sementellah, Ammaramat manja dengan Tok Wan. Apa saja disuruh Tok Wan diturutinya. Cuma Emel sajayang suka melawan dan degil. Ini membuatkan Tok Wan tidak senang denganperangainya. Tak ngam langsung tau tak!

            “Kita ni dah tua Mel, sudah-sudahlahnak memboikot Tok Wan kau tu. Macam mana sekalipun kau tak suka, dia tetap TokWan kau. Kau duduklah kat bulan sekalipun, darah dia pun ada mengalir dalambadan kau jugak. Dah namanya darah daging sendiri.” Irwan menghirup air bandungyang enak itu. Mujurlah kelam-kabutnya tadi dia masih waras untuk mandi terlebih dahulu. Kalau tak, sah bakalpengsan semua pelanggan dalam restoran ni.

            “Tua ke, muda ke. Dia tak bolehterima aku. Aku lagilah tak boleh terima dia.” Emel menjawab laju.

            Irwan hanya menggeleng-geleng. Kerashati betul! “Aku yakinlah dia dah banyak berubah. Orang cakap manusia ni, makintua.. Makin boleh berfikiran terbuka. Cuma kau tu je. Keras hati sangat.”

            Emel hanya diam. Sekarang dia punyamisi! Dan sebelum apa-apa berlaku, dia mahukan semuanya selamat.

            “Perempuan tu ada kacau kau lagi?”Irwan menyoal.

            Emel mengeluh! Bila terfikirkanperempuan itu, mulalah terasa kusut satu kepala! “Malas aku nak fikir pasaldia. Makin aku elak, makin berani pulak dia.”

            “Kau hati-hati sikit dengan dia Mel.Licik jugak budak tu. Pandai berlakon! Silap hari bulan kau pulak yangterjebak.” Irwan mengingati.

            “Tu yang aku risau tu. Adoi! Senakotak akulah. Macam-macam nak jadi.” Emel menggaru-garu kepalanya yang terasabagai landak berlari-lari atas kepalanya!

            “Sejak dua menjak ni kan, aku selalunampak muka kau pucat. Kau okey ke? Sihat tak?” Irwan bertanya dengan wajahpenuh serius. Sejak kebelakangan ini, Emel dilihatnya lebih banyak  masanya diwaktu pagi bebaring disofa bilikpejabatnya. Mukanya juga turut sama pucat.

            Emel tersentak. “Eh, mana ada. Akuokey. Cuma sejak dua menjak ni, banyak sangat aku fikir. Mybe stress. Tu asyik pening kepala tu.” Emel tersenyum, cubameyakinkan kawan baiknya itu.

            Irwan mengangguk. “Kalau macam tukau ambillah cuti. Rehat, tenangkan fikiran. Aku ni walaupun sewel kekadang caring jugak tau tak. Aku tak suka kausorokkan apa-apa dari aku. Kalau boleh aku nak jadi kawan kau yang terbaik.”Irwan menepuk perlahan bahu kawannya itu.

            Emel tersenyum. “Terima kasihlahkawan. Nampaknya hari ni kau belanjalah ye?”

            “Eh, apa pulak??” Laju saja Irwanmenjawab dengan penuh tidak puas hati. Kalau warung mamak boleh lagi akubelanja, ni dah sampai restoran cap bintang berapa tah ni. Mampuslah aku macamni! Balik nanti pakai seluar pendek jelah jawabnya!

            “Kata kawan baik!” Emel ketawamelihat wajah Irwan mencebik pura-pura mahu menangis. “Tak lah, aku gurau je.Tapi belanja tetap belanja! Burger benjo satu!!”

            “Oraitt!!” Irwan tersenyum sambilmengangkat ibu jari sebagai tanda ‘GOOD’!

            “Weh, Oppa tu apa??” Soal Emeltiba-tiba.

            Irwan terdiam, tersenyum danakhirnya ketawa mengkekeh!  Tang!! Dengansegala hormatnya sudu melayang ke badan. Terdiam Irwan seketika tapi mulutnyamasih bersisa ketawa.

            “Aku tanya betul-betul ni. Jangannak gelak pulak.” Emel mula rasa nak baling kasut pula melihat Irwan masihketawa.

            “Oppa tu maksudnya abanglah..”

            Emel tersenyum. tiba-tiba mindanyaterbayang wajah Zirah.  Oppa ye? Okey akudah tahu dah.

Previous: Bab 28
Next: Bab 28B

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.