Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 73B

 

EMELseperti biasa, selalunya dia akan berjemaah di masjid tapi bukan hari ini.Katanya mahu berjemah isyak dengan isterinya. Selepas solat isyak dan membacadoa, Emel menarik tangan isterinya sambil tersenyum agar berbaring diribanya.

            Zirah tersentak namun diturutkan.Emel kelihatan sangat pelik hari ini. Siang tadi Emel menjemputnya dari kerjadan membawanya ke masjid. Katanya mahu menghabiskan waktunya bersamaku dirumahAllah. Kami menunaikan solat sunat dan mengaji sehingga maghrib. Selepasmaghrib barulah balik rumah.

            Malam ini pula Emel memintanyaberbaring diribanya. Sambil membaca beberapa surah yang dihafal oleh Emel, diamengusap-usap dahi Zirah. Tingkah Emel ini membuatkan aku rasa tak sedap hati.

            Lagi beberapa hari majlis akanberlangsung. Dan Emel jarang bercakap sejak dua menjak ni. Dan setiap malam diaakan sakit. Sakitnya sekarang seakan makin teruk. Seperti semalam ketikadisujud terakhir solat isyak dia mengadu sakit sangat pada perutnya.Berkali-kali aku tanya Irwan masalah kesihatan Emel yang sebenar. Tapi Irwanhanya menjawab yang Emel cuma sakit biasa. Berkemungkinan kesan ubat yangdimakannya. Tapi aku tak rasa apa yang Irwan cakap tu betul!

            Lama Emel merenungku selepasselensai membaca surah Al-Mulk. Dia merenungku seolah-olah esok tak adakesempatan untuk dia pandang lagi. Senyuman terukir dibibirnya. Pipiku diusaplembut. “Abang sayang Zirah.” Ucapnya sambil mengucup dahiku.

Previous: Bab 73A
Next: Bab 74A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.