Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 36A

AMMARdan Emel rancak berbual di gazebo diruang halaman rumah. Mereka salingbertukar-tukar cerita. Pelbagai cerita dikongsi. Perniagaan? Keluarga? Kawan?Cuma sejak Ammar sedar dari koma,  tiadaseorang pun penghuni rumah itu bercerita perihal Manda. Yang Ammar tahu, Mandasudah diceraikan dengan talak tiga! Itukan yang dimahukan sangat oleh wanitaitu?

            Selepas selensai kes penceraiannyaitu, belum pernah lagi dia melihat bekas isterinya itu. Entah kenapa, ghaibsudah rasa sayang dan cintanya buat wanita itu. Amanda Imani yang dikenalnyajauh berbeza dengan sekarang. Dan setiap apa yang pernah dilakukan terhadapdirinya, tak akan pernah dilupakan hingga dia mati!

            “Sejak dua menjak ni, Along tengokkamu tak sihat je. Sakit ke?” Soal Ammar.

            Emel tersentak! “Eh, mana ada. Cumakurang rehat je. Banyak kerja.”

            “Kerja, kerja jugak. Kesihatanjangan dibiarkan kelaut. Ermm, lagi satu hati Zirah tu kena jaga Mel. Diaisteri kamu. Tak baiklah biarkan dia tertidur-tidur kat ruang tamu tunggu kamubalik dari kerja. Along tengok, ahad pun kamu kerja. Kamu nak beli apa sampaikerja tak henti-henti ni? Istana? Agak-agaklah, badan tu pun nak rehat jugak.”Ammar cukup kurang senang dengan sikap Emel ini. Emel yang dia kenal tak macamni. Emel yang dia kenal bukan workerholic!

            “Mel tahu Long. Mel suka dengankerja Mel sekarang. Insyallah, selagi Mel suami Zirah. Mel tak akan abaikantugas Mel. Along bila nak mula kerja? Dah dekat dua bulan duduk rumah.” Emelmenyoal. Dan dekat dua bulan jugaklah Zirah dan Ammar kelihatan sangat rapat!Bohonglah kalau dia tak cemburu! Cuma, demi sesuatu dia tolak semua rasa hati!

            “Isnin ni. Along harap meja Alongtak bersawang.” Ammar dan Emel ketawa. “Eh, lupa nak bagi tahu. Ummi cakappetang tadi, Myra nak datang Malaysia. Tak sureesok atau lusa. Along dah lama tak jumpa dia.”

            “Hah? Myra nak datang sini?! Betulke ni Long?” Bersinar-sinar mata Emel mendengar nama itu.

            “Yelah, tak akan Tok Wan nak tipupulak? Ingat Mel, jangan nak layan Myra macam dulu. Kalau nampak Zirah nantipanjang mulutnya. Cemburu tu semestinya.” Ammar mengingatkan.

            Emel hanya tersenyum saja. Sejakkecil lagi dia rapat dengan Myra. Almaklumlah, ketika umur Myra 10 tahun dijagaoleh Ummi dan Walid. Teringat sewaktu mula-mula dia datang kerumah ni. Denganrambut bertoncang dua, muka tembam dan suka memakai gaun. Comel sangat!

            “Tak salah kan kalau kami rapat.”Emel tersenyum.

            “Memang tak salah, tapi Zirah taktahu lagi siapa Myra.” Ammar menghirup sejenak kopi yang dihidangkan oleh Bibiktadi.

            “Along bila lagi nak carikan AdamMama?” Emel membuka kata.

            Uhukk! Tersedak Ammar dibuatnya.Hampir-hampir saja cawan yang dipegangnya terlepas dari pegangan. DipandangEmel dengan senyuman tak percaya. Diletak cawan tersebut diatas meja semula.“Apa yang kamu merepek ni? Along ada, Along boleh jaga dia. Tak perlu seorangIbu pun tak apa.”

            Emel hanya tersenyum hambar. Takapalah, moga masa yang menentukan percaturan takdir.

Previous: Bab 36
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.