Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 18A

TERSENYUMaku melihat Adam yang berbendung itu. Kesian Adam, tak boleh nak bergerak dahek? Nenek balut Adam eh? Alolorh! Kesian dia. Satu ciuman aku hadiahkan buatbayi yang comel ini.

            “Zirah, tolong kejutkan Emel kejup!Ummi nak jawab talifon tu. Siapalah pagi-pagi lagi dah talifon ni!” NgomelDatin Rosmah sambil meluru kearah ruang tamu tingkat dua itu.

            Aku terkebil-kebil. Biar betul Ummini? Aku pulak yang kena? Ingat aku ni bini dia apa? Ish! Yang si Emel ni punsatu! Mengada-ngada! “Jom Adam. Kita kejutkan Pak Ngah! Alolorh sayang..” Akumendukung Ammar yang masih tercelik selepas dimandikan oleh Ummi tadi.

            Melihat bilik yang luas itumembuatkan aku terdiam! Wah! Cantiknya!! Jelas kelihatan diatas katil, Emelmasih terbongkang tidur!

            Aku meletakkan Adam didada Emel.“Pak Ngah! Bangun! Pergi sekolah cepat. Eh, silap pulak.. Pergi kerja. KangAdam babap kang.” Aku buat suara kartun!

            Emel membuka kelopak matanya yangterasa berat. Tapi dia terasa ada sesuatu bergerak-gerak didadanya. Seketikakemudian matanya terbuka besar. Makin besar biji matanya melihat Adam sudahdiatas dadanya. Dipandang ke kanan.

            Zirah tersenyum. Kemudian dipandangkembali Adam yang bergerak-gerak diatas dadanya. Sejak semalam, dia takmemandang wajah comel itu. Perlahan dia mengambilnya dan membetulkan duduknyasambil mendukung Adam.

            Zirah yang melihat reaksi Emelternganga, terkejut! Sangkanya Emel akan marah macam selalu!

            Emel menyentuh pipi gebu Adam.Perlahan senyuman terukir dibibirnya. Dicium pipi montel itu. Tak dinafikanAdam sudah menarik naluri kebapaannya. Alangkah seronoknya Along boleh melihatanaknya. Mesti dia rasa apa yang aku rasa. Bisik hati Emel.

            Melihat diri diperhatikan. Emelmemandang ke kanan. Zirah masih terdiam sambil matanya terbeliak tak percaya.

            “Nak baby macam Adam.” Luah Emel sambil buat muka kasihan kepada Zirah.

            Terlopong Zirah dibuatnya. Mujursaja kerusi yang didudukinya itu tak terbalik kebelakang! “Kau gila ke apa? Kauingat aku ni bini kau?” Marah Zirah!

            Emel tersenyum penuh makna. Coming Soon.. “Eh bukan ke? Tapi aku nakjugak tau.” Emel buat muka gatal. Tersenyum penuh kemiangan.

            Sepantas kilat Zirah bangun dariduduk! Diambil bantal kecil yang ada diatas kerusi itu lalu dibaling ke mukaEmel. “Gatal! Miang! Ummiiiii!!!!!!!” Jerit Zirah dan laju saja berlari keluardari bilik itu.

            Emel ketawa. “Apalah ‘Mak Ngah’ tukan Adam? Adam, maafkan Pak Ngah ye. Pak Ngah sayang Adam.” Dicium perlahandahi Adam.

            Menitis air mata Datin Rosmah yangmemerhati sejak tadi. Bersyukur dengan hikmah yang Allah beri. SyukurAlhamdulillah..

Previous: Bab 18
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.