Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 67B

Zirahmengerutkan dahinya. “A’ah lah. Kenapa?”

            “Bukan kau tak suka air Milo ke?”Soal Yani dengan nada curiga. Pelik ni.

            “Dah teringin nak buat macam mana.”Zirah terus melabuhkan duduknya dikerusi meja makan itu.

            Yani tersengeh-sengeh. Laju diaduduk dihadapan Zirah. “Weh, entah-entah kau dah ada…” Kata-kata Yani dicantaspantas oleh Zirah.

            “Kau jangan nak merepek. Aku tumbukkau nanti.” Zirah faham benar apa yang Yani nak cakap tu. Nak cakap akumengandung lah tu.

            “Weh, kalau betul macam mana? Jomkita pergi check.” Teruja betul mukasi Yani ni. Beriya-iya dia mengajak.

            “Merepek je kau ni. Tak akan punya,aku tak ada rasa apa-apa pun.” Zirah menyakinkan Yani. Benda betul, aku takrasa apa-apa perubahan dengan diri aku pun. Merepek.

            “Kau memang degil kan? Tak akan naktunggu ada tanda-tanda baru nak pergi check?Kalau betul pun apa salahnya, bukan dosa pun.” Geram pulak Yani dengan kawannyani.

            Zirah menutup telinganya. Sengajamalas dengar dengan apa yang dibebelkan oleh Yani.

            “Tengok, aku cakap kau tak nakdengar. Ni lah orang tua, orang cakap bukan dia nak serius.” Bebel Yani lagi.

            “Orang tua? Kau cakap aku orangtua?” Zirah mencubit lengan kawannya itu. Hamboi, cakap aku orang tua. Padahalumur aku dengan dia sama. Cis, sabar je lah.

            Yani ketawa. Kelakar muka Zirahkalau marah. “Yela, kau dah kahwin. Aku belum. Tu lah perbezaan umur kita.Hahaha!”

            “Teori Mr.Bean yang mana satu kauikut ni? Eii, geram pulak aku.”

            Yani masih ketawa. “ Eleh,geram-geram pun… Kau sayang jugak kawan kau ni. Zirah, aku nak tanya sikitboleh tak?” Yani mula serius memandang wajah Zirah.

            Zirah tersenyum. Nasib baik kausorang kawan baik aku. Kalau tak dah lama aku sumbat kau dalam peti sejuk. “Yes, nak tanya apa wahai Cik Yani?”

            “Kau tak ada niat ke nak berbaikdengan suami kau? Kau dah tak sayang dia dah ke?” Yani ni kalau menyoal memangtak berlapik. Sekurang-kurangnya lapik lah dengan kertas dulu ke, kain ke kan?

            Zirah mengeluh. Beratnya soalan ni,seberat mata yang memandang berat lagi mulut nak menjawab. Haha! “Entahlah.Kekadang sayang, kekadang rasa  macam nakbagi dia rasa apa yang aku rasa. Entah, aku sendiri tak tahu. Aku ke yang kerashati? Atau dia yang tak pernah faham aku?”

            Yani menggenggam jari jemari Zirah.Sedih melihat kawannya itu. Hari-hari asyik termenung. “Dalam hal ni, mestisalah seorang kena mengalah. Bagi pendapat aku Zirah, kau kena lembutkan hatikau. Buang semua rasa yang kau pernah simpan. Yes, aku tahu kau berhak balas semua yang suami kau pernah buat.Tapi kau kena tahu jugak, hati kau sangat perlukan dia. Tak rugi apa kalau kaulembutkan hati kau demi perkahwinan kau ni. Berdiam diri bukan cara yangterbaik nak selensaikan masalah ni.”

            Melihat Zirah hanya menunduk, Yanibersuara lagi. “Macam ni lah, kau jumpa dengan dia. Kau luahkan apa yang kaupendam selama ni. In Sya Allah, dengan cara ni boleh kurangkan apa yang kaurasa. Sekurang-kurangnya dia tahu apa yang perlu dia tahu. Dalam masa yangsama, masing-masing perbetulkan kesilapan yang ada. Aku sayang dengan kau, akutahu suami kau adalah kebahagian kau. Sayang Zirah, kalau terus biarkan masalahni terus tak ada penyelensaian. Andai kata Allah bagi kau rezeki seorang anak.Tak akan kau nak biarkan dia membesar dengan masalah ni? kau berhak bahagiaZirah. Aku sentiasa ada untuk kau.”

            Yani menghampiri Zirah, dan dipeluktubuh kawannya itu. Zirah terus menangis bila Yani memeluknya. “Aku tak kuatYani…” Luah Zirah perlahan.

            “Aku tahu kau kuat! Kau yakin dengandiri kau.” Yani memberikan semangat.

Previous: Bab 67A
Next: Bab 67B

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.