Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 51A

SEBAIKsaja sampai dihalaman rumah mak! Aku mengeluh dan mengucap syukur, sebabselamat sampai. Mak dah tunggu dihadapan pintu!

            Aku membuka pintu kereta. “Mak!!”Tapp! Pintu aku tutup.

            Prangg!! Pintu belah kiri tercabut!Aku dan mak pandang sesama sendiri. Aku tersengeh.  Mak hanya menggeleng-gelengkan kepala.

            Aku memandang pintu yang tercabuttadi, ermm.. Biarlah! Dah sampai pun. Ha..ha! Cewah! Belagak!

            Aku mengunyah karipap yang dibuatoleh mak. Sedapnya karipap ni, pergh! Sedapnya tahap tak ingat dunia!

            “Kereta kamu tu dah uzur sangat dah.Dah layak bagi kat Pak Man buat kenderaan bawak sawit dia.” Mak bercakap denganbersahaja sambil menuang air teh didalam teko kedalam cawan anaknya.

            Aku terdiam dari mengunyah. Sampaihati mak cakap macam tu. “ Mak, kereta orang tu antik tau.”

            “A’ah, antik. Nasib baik diatercabut betul-betul depan rumah. Kalau tengah jalan tadi? Tak pasal-pasal kamupun melayang.” Bebel mak lagi.

            “Ada duit nanti Along tukarlah.” Akubuat muka kesian.

            “Tak payah tunggu ada duit. Kaupergi kat bawah rumah ni. Ada orang bagi kamu sesuatu.” Mak Imah tersenyum.

            Terjegil biji mataku. Siapa pulaknak bagi aku hadiah? “Gojet bagi Along kambing ke? Eh, marah bapak dia nanti.”Aku ketawa. Gojet tu, anak Pak Man. Dia tu terencat sikit. Tapi rajin. Dia sukabagi aku kambing. Satu hari tu dia bagi aku lembu! Melilau Pak Man cari lembudia! Tapi selalunya aku akan pulangkan balik apa yang Gojet bagi. He..he.

            “Apa kambing pulak? Gojet sekarangdah tak layan kambing dengan lembu dah. Dia duk ralit layan apa namanya tu, ‘kepit’..‘Tepit’.. Ah, janji pit-pit gak belakang ayat dia tu.” Tergaru-garu Mak Imahdibuatnya, lupa pulak apa nama binatang yang selalu Gojet pegang tu!

            “Oh! Ipad?”

            “Hah!! Itulah mak nak cakap. Adoi.Terbelit urat lidah nyebutnya!” Mak Imah terus kesingki mengemas apa yangpatut.

            “Amboi, maju dah si Gojet ni! Ha..ha!Mak, Along nak pergi tengok kejup.. Apa yang ada kat bawah rumah ni. Manalahtahu intan belian ke.” Aku ketawa.

            Mak Imah tersenyum. Berharap sangatdihatinya agar ‘mereka’ berbaik. Amin..

            Aku terdiam kejup. Tengok macamkereta, eh bukan.. Kotak? Tapi kenapa besar sangat?  Tak dapat dikenal pasti sebab objek tersebutditutupi dengan kain besar. Perlahan aku menghampiri dan aku tarikperlahan-lahan kain tersebut.

            Ternganga aku dibuatnya bila objektersebut ialah Kereta Suzuki Swift biru! Entah kenapa berbunga-bunga hati aku.Aku berlari mendapatkan mak! Aku peluk mak erat.

            “Mak terima kasih! Terima kasih!!!”Aku meloncat-loncat gembira.

            Mak Imah terdiam. Err.. “Sa.. Sama-sama..”Teragak-agak dia bersuara.

            “Mak lah yang paling memahami. Susahkanmak je, jangan mak cakap.. Mak guna duit tabung Haji. Along tak nak terimananti!” Aku mengugut.

            Mak Imah kelu nak menjawab. “Mak..Mak.. Dapat hasil dari bajak sawah hari tu. Adalah sikit nak bagi-bagi katanak-anak mak.” Ah, menipu pulak aku dah tua-tua ni!

            “Terima kasih sangat-sangat! Alongmemang suka kereta tu. Pandai mak pilih! Sayaaaaanggg mak!” Aku mencium pipimak. Alhamdulillah rezeki!

Previous: Bab 51
Next: Bab 52

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.