Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 22A

KETAWAsakan Jihah, Aman dan Emel dibawah pangkin itu. Entah cerita apa yang dibualkanaku pun tak tahu. Sekali pandang, lain pulak perangai Emel bila kat kampung ni.Pelik! Saja nak tunjuk baiklah tu. Bercakap dengan aku guna ‘awak saya’.Tergeliat lidah aku nak membiasakannya. Kalau aku teruskan ‘beraku kau’ apapulak mak cakap kan? So, aku layan je lah lakonan dia tu. Apa motif sebenar dianak kesini eh? Mesti ada sebab!

            Masuk hari ni, sudah hari kedua akukat kampung. Esok dah nak balik! Alahai, cepatnya masa! Tak sempat aku nakpeluk-peluk mak lama-lama. Haaihhh!

            Seharian  Emel asyik berkepit dengan Mak! Sampai akupulak rasa jeles! Semua kerja nak dibuatnya, sampaikan nak perah santan pun dianak tolong! Mak pulak, jangan cakaplah! Dah anggap si Emel tu macam anaksendiri. Kalau anak sendiri okey lagi, kalau dianggapnya macam menantu? Parahaku!

            Tak aku nafikan, aku lebih senangsikap Emel yang ini. Lembut, berbudi bahasa, penyayang, dan paling indah dimataaku bila terserlah sikap tanggungjawab dia. Tapi aku berani jamin, lepas balikKL. Sikap tu semua akan hilang!

            Bila bersama budak-budak, ya Ampun.Sumpah, aku tak pernah tengok dia sepenyayang macam tu dengan budak-budak. Hatiaku yang keras ni boleh lembik sekejup tengok betapa lembutnya dia melayanbudak-budak. Aish! Apa kena pulak dengan otak aku ni! Laju saja akumenepuk-nepuk kepala. Nak betulkan sistem saraf yang mungkin terganggu, sehinggaaku boleh pulak feeling-feeling ni!

            Jihah? Jangan tanya! Seronok betuldia bila bersembang dengan Emel. Apa yang seronok, aku pun tak tahu!

            Sedang aku ralit memerhati merekadari tingkap rumah, aku melihat mak membawa cucur bawang dan air kopi yangdiletakkan didalam talam menuju ke pangkin. Sampai hati tak ajak aku! Ingat katanak dia yang itu je mak ni!

 “Mak. Eh, susah-susahje mak ni.” Emel membantu menyambut talam yang dipegang oleh Mak Imah. SejakMak Imah menyuruhnya memanggil Mak, dia hanya menurut. Faham, mungkin Mak Imahteringin nak anak lelaki. Kehadirannya seolah-olah memberikan Mak Imah seoranganak lelaki.

            “Tak susah mana pun Mel. Mak memangsuka buat cucur petang-petang macam ni.” Mak Imah menuang air kecawan. Jihahdan Aman sudah hilang kemana entah.

            “Ummi pun macam mak. Suka buatmakanan petang.” Emel menjamah cucur itu.

            “Ummi Emel  mesti baik kan? Eh, lupa. Pagi tadi Emel nakcakap apa dengan Mak?  Mak tak sempat nakdengar. Mak Lijah kamu tu sibuk pulak ajak menyembang.” Mak Imah tersenyum. Pagitadi Emel ada menghantarnya ke kedai runcit Mat. Semasa pilih barang, Emel inginberkata sesuatu sambil mengekori Mak Limah pilih barang. Tapi muncul pulak MakLijah. Mulalah terbantut anak lelaki barunya itu mahu bersuara.

            Emel tersenyum. Dihabiskan kunyahandimulut. Diteguk kopi didalam cawan. Dan dibetulkan duduknya menghadap MakImah.

            “Mak, Emel sebenarnya nak mintakizin mak. Emel nak.. err.. Nak..”

            “Nak apa ni Mel?!” Sergah Mak Imah.

            “Nak kahwin dengan Zirah!” Dalamsekali lafaz Emel bersuara, akibat terkejut disergah begitu. Diurut-urutdadanya yang rasa  macam nak meletup.

            Terbeliak biji mata Mak Imah.Mula-mula dia terdiam, kemudian dia tersenyum. “Betul ke ni Mel? Anak mak tulain sikit Mel. Boleh ke Mel jaga dia? Mak bukan apa, mak takut perkara duluterjadi lagi. Nampak luaran Zirah tu memang ganas, hati kering. Tapi, dalamhatinya tuhan saja yang tahu.” Mendung pula wajah Mak Imah.

            Emel terdiam. Terkesima sekejupmendengar luahan hati Mak Imah itu. “Insyallah, selagi Emel bernyawa. Emel akanjaga dia. Kenapa mak cakap macam tu?”

            Mak Imah mengeluh. “Dulu Zirahpernah bertunang, dan nak dekat tarikh kahwin pihak lelaki mintak putuskan.Masa tu, Zirah susah sangat nak terima. Tapi sekejup je, lepas tu Zirahseolah-olah redha. Mak kagum sikap Zirah yang kuat itu. Kalau mak, mak pun takmampu nak hadapi macam tu. Putus tunang boleh dimaafkan lagi jika tarikh kahwintu lambat lagi. Tapi ini, lagi beberapa minggu je Mel. Pihak lelaki mintakputus.” Mak Imah menceritakan cerita selanjutnya, Emel mendengarnya denganpenuh teliti.

            Emel tersenyum sendiri. Sesungguhnyadia tak pernah silap bila bertindak. Moga Allah permudahkan segalanya. Amin.

            “Mak tak harapkan kekayaan, hartabenda, apapun yang ada didunia ni untuk Emel bagi kat Zirah. Cuma mak nak, kalaubetul-betul Emel sukakan Zirah. Sayanglah dia dengan sepenuh hati, bahagiakandia. Didiklah dia dengan ilmu agama. Itu sudah cukup buat restu mak sentiasamengiringi  kamu berdua.”

            Tersentuh hati Emel mendengarkanharapan dan permintaan Mak Imah itu. Perlahan dia tersenyum. “Insyallah. MogaAllah permudahkan.”

Previous: Bab 22
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.