Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 74B

HARIyang dinanti pun telah tiba. Selepas  lengkap berpakian baju melayu. Emel berbaringdiatas katil sementara menunggu Zirah memakai baju pengantin. Dipandang sajagerak geri Zirah dari tadi. Isterinya itu cantik berjubah maxi labuh beronaputih. Berselendang labuh. Cantik sangat!

            Beberapa minit lagi majlis akanberlangsung. Tapi terasa dia kesuntukkan masa. Dihampiri isterinya dan dipegang tangan itu erat.

            Zirah terkedu. Dipandang wajahsuaminya pelik. Emel sedang tersenyum dan memeluknya dan mencium dahinyaperlahan. “Sayang cantik sangat.” Ujarnya perlahan.

            “Selamat pengantin baru.” Emeltersenyum.

            Zirah ketawa perlahan. “Selamatpengantin baru jugak.” Aku mengenyitkan mata.

            Emel ketawa perlahan dan cubamenyembunyikan kerisauan yang makin menggunung dihatinya. “Abang nak Zirah tahuyang Mohd Aimel Hijjaz Bin Dato Faris sangat sayangkan Nur Ainul Nazirah BintiAbdul Malik sejak mula-mula dia kenal wanita comel ni.” Hidung Zirah dicuit.

            Zirah tersenyum. Dirangkul leherEmel manja. “Mohd Aimel Hijjaz Bin Dato Faris pun kena tahu jugak, Nur AinulNazirah Binti Abdul Malik sangat sayangkan dia sejak dia jadi suami dia.”

            Emel ketawa. “Zirah kuat tau. Janganmenangis, jangan mudah putus asa. Ingat Allah tu adalah segala-galanya. KalauZirah rindukan abang, Zirah ingat Allah. Hubungan kita akan sentiasa kekalsampai ke syurga, Insyallah. Dan Allah adalah penghubung buat kita. Allah takakan uji Zirah kalau Zirah sendiri tak mampu tanggungnya. Ingat, jangantinggalkan solat dan jadi wanita solehah ye sayang..” Dicium lagi dahiisterinya.

            “Abang!!!” Zirah membuka mata.Dadanya berdenyut laju. Melihat wajah Kak Masyitah yang masih memegang celak,aku terdiam. Mimpi ke?

            “Kenapa ni Long? Nasib baik Akak taktercelak biji mata kamu. Kamu ni, tengah make-uppun boleh tidur.” Kak Masyitah menggeleng-geleng melihat ragam adiknya itu. Dahlengkap berpakaian baju pengantin. Cuma nak tambah sikit-sikit pada wajahnyayang sedikit pucat. Mungkin tak cukup rehat.

            Allahu akbar! Aku memegang dada, akuseolah-olah dapat merasakan sesuatu! “Abang kat mana Kak?” soalku dengan kalut.

            Kak Masyitah tersenyum. “Amboi taksabar nampaknya, nak jumpa suami. Ada, kat ruang solat dia… Along! Nak pergimana tu? Belum siap lagi!” Jerit Masyitah bila dengan tergesa-gesa Zirahmeninggalkan bilik itu.

            Air mata sudah mengalir lesu. Zirahmula merasa lain macam saja dengan kata-kata Emel  didalam mimpi itu. Emel seolah-olah mahumeninggalkannya buat selama-lamanya. Masa solat subuh tadi Emel berkata ayatyang sama. Lama Emel duduk ditikar solat sehinggalah masuk waktu Dhuha. Setiapsaat itu dia mahukan Zirah ada disampingnya. Ya Allah, apa sebenarnya yangberlaku ni?

            Melihat ruang solat sudah dikerumuniorang, dan terdengar tangisan yang silih berganti. Membuatkan langkahku menjadiperlahan. Berkali-kali aku berdoa didalam hati agar apa yang aku fikirkansekarang adalah tidak benar!

            Namun, sebaik saja aku berdiridimuka pintu bilik solat. Kakiku kaku, pandanganku tepat memandang tubuh lelakiitu yang lengkap berpakaian baju melayu berona sama dengan baju pengantinku.Namun lelaki itu sekarang sedang kaku diatas permaidani hijau itu. Kepalanyadipangku oleh Walid, matanya tertutup rapat!

            “Sabar sayang..” Mak mengusapbahuku, cuba menenangkan aku.

            Aku terus-menerus memandang denganwajah tergamam. Air mata perlahan mengalir. Melihat wajah suamiku yang sangattenang itu membuatkan aku memejamkan mata kejap. Abang betul-betul naktinggalkan Zirah? Abang betul-betul pergi? Abang dah jauh dari Zirah?

            Zirah membuka kelopak matanya.Diketap bibirnya menahan sebak. Perlahan-lahan dia terduduk lesu dihadapanpintu itu. “Abang tinggalkan Zirah…” Sayu saja ayat itu terluah dari bibirZirah.

            Semua yang melihat sebak melihat danmendengar ayat sayu itu. Ummi dan Mak memeluk erat Zirah.

            “Sabar sayang, Allah lagi sayangkanEmel.”

Previous: Bab 74B
Next: Bab 75

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.