Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 23

AHADpun tiba! Petang nanti Zirah dan Emel akan bertolak pulang. Sebelum pulangdihabiskan sepenuh masa bersama keluarga tercinta!

            “Mak masak nasi lemak sedap!” PujiEmel.

Sejak dia duduk sini, asyik nak order mak masak nasi lemak je! Sampai aku pun tak sempat nak order apa-apa, mak lebihkan dia dariaku. Ikutkan hati aku ni, aku nak campak dia balik KL!

            Mak Imah tersenyum. “Mak tahu Emelsuka. Sebab itulah mak buat lagi hari ni. Mak ada bungkuskan untuk korang bawakbalik. Insyallah, nasi lemak ni tak basi. Mak tak letak santan banyak sangattadi.” Mak Imah ligat membancuh air teh susu.

            “Dia ni tolak kayu dengan biji timahje. Semua dia bedal  mak.” Aku menyelit.Geram pulak tengok mak manjakan sangat si Emel sengal ni!

            Emel menjelir lidah. “Anak mak yanglagi sorang ni jeles nampaknya. Almaklumlah kurang kasih sayang.” Emelmenyindir.

            “Ish! Kita pulak? Cucuk dengan garfuni kang!” Aku menunjukkan garfu yang aku pegang. Emel hanya tersenyum bangga.

            “Aish, asyik gaduh je. Sejak datangsini, tak pernah mak tengok Along layan Emel dengan baik. Tak baik Long, nantidah jadi suami. Tak akan nak layan suami macam ni?” Mak Imah mula membebel.

            Ternganga aku sekejup! Mak salahfaham ni. “Mak? Emel jadi suami Along? Tak apalah Mak, Along tak nak.” Akuterus membawa pinggan ke ruang tamu. Memprotes kata-kata mak yang selalumembela Emel!

            “Mak, dia mana tahu lagi.” Emelberbisik.

            Mak Imah menerkup mulutnya,terkejut. Tersilap cakap pulak!  “Lah,mak mana tahu. Habis tu bila Emel nak bagi tahu dia?”

            Emel mengerutkan dahinya. “Kejuplagi. Emel nak makan nasi lemak mak ni puas-puas!! Ermm, sedap! Mak nak?” Emelmenyuakan sudu yang berisi nasi lemak kemulut Mak Imah.

            Mak Imah tersenyum, dibuka mulutnya.Alahai, hilang kempunan aku nak anak lelaki! Alhamdulillah! Tak dapat anaklelaki, dapat menantu lelaki yang baik ni pun aku bersyukur!

Previous: Bab 22A
Next: Bab 23A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.