Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 59A

“AWAKbuat apa pergi Kuala Kangsar hari jumaat hari tu?” Serabut otak aku asyikberfikir je. Oleh sebab itu aku terus bertanya. Lagi pun, senyap je suasanadalam kereta ni. Bosan! Kang kalau aku nyanyi kang, retak pulak side mirror kereta bapak mentua aku nikang.

            Emel yang sedang menguyah betik,tersedak. Sehingga terpaksa dia beri signalkecemasan untuk berhenti ditepi jalan. Dia mengambil botol mineral yangdihulurkan oleh Zirah. Diteguk rakus.

            Zirah mengerutkan dahinya. Amboi, dahsyatsangat tersedaknya ni. Macam ada buat salah  je. “Boleh ke ni? Kalau tak boleh, biar sayaje yang pandu.” Aku memandangnya, wajah Emel sudah merah menahan tersedak tadi.

            Emel hanya mengangguk-angguk.“Boleh. Erm..”

            “Kalau boleh, boleh lah ceritakankat saya kenapa awak pergi Kuala Kangsar hari tu.” Aku kembali mengutarakansoalan tersebut.

            Emel meneguk air liur! Gulp! Mampusaku, kenapalah otak dia ni suka betul berfikir? Tak payah fikir tak boleh ke?“Err.. Ermm.. Mana awak tahu?”

            “Kereta ni. Ingat orang tak ingatke?” Aku sudah berpeluk tubuh memandangnya. Nak tengok cerita apa lagi dia nakreka.

            Emel buat muka biasa, sedangkandalam otaknya sedang berkerja keras nak cari alasan. Tak akanlah dia nak terusterang dengan Zirah? Belum waktunya lagi.

 “Pergi belilabu sayung.” Emel malas mahu  menjawab.Terus saja dia meneruskan pemanduannya.

“Sampai bila awak nak tipu? Awak muncul dalam hidupsaya dengan tiba-tiba.  Awak paksa sayaterima awak. Dan saya yakin selama ni awak selalu perhatikan saya kan?” Tajammataku memandangnya.

Emel masih buat tak tahu. Malas nak ambil pusingdengan soalan Zirah itu. Bila tiba waktunya aku akan ceritakan semuanya. Tapibukan sekarang. “Syuhh… Diam. Perut saya tengah menghadam betik.” Balasnyabersahaja. Siap buat gaya ‘tolong senyap’.

Zirah mengeluh! Argh! Ada saja helah dia ni. Takapa,  kalau tak nak jawab sekarang. Satuhari nanti aku akan tanya dan  tanya  sampai kau sendiri tak tahu nak jawab apa.

Sepanjang perjalanan senyap sunyi. Zirah sudah mulanaik bosan. Kalaulah dia bawak kereta kancilnya yang ‘cantik’ itu, tak adalahdia kebosanan tahap rasa nak anyam tikar mengkuang guna rambut. Dah merata-ratadia melabuhkan kepala. Cakap je kat ruang mana lagi dia tak letak? Atas dashboard? Tepi tingkap? Atas handbreak? Atas kepala Emel je belumlagi. Bukan tak berani, takut kang kepala aku kena humban keluar.

            “Zirah, duduk diam-diam boleh tak?Dah macam zombie dah. Rasa macam tengah bawak koala je.” Akhirnya Emelbersuara. Tak tahan dia melihat tingkah Zirah yang macam warga Tampoi. Takduduk diam.

            Zirah mengerutkan dahinya. Zombie?Kang ada jugak yang bertukar jadi toyol kang. Dia tak sedar ke yang aku nitengah tahan bosan tahap babun tersepit ni? Tolonglah bawak kereta tu lajusikit. Ini kereta mahal, kalau bawak laju-laju tak ada hal punyalah. Kalaukereta kancil kesayangan aku tu lainlah. Bawak laju sikit pun dah boleh gugurenjin. Aku rasa cara dia bawak kereta ni macam tengah sorong  troliTesco. ‘Cepat sangat!’

            “Bagilah saya pandu. Lambat lah,bila pulak nak sampai kalau pandu macam ni.” Aku tak marah tau, aku cakap pelan-pelan ni. Nanti dicop isteri durhakapulak.

            Emel menyembunyikan senyumnya.Sengaja dia bawak perlahan-lahan. Buat apa nak bawak laju-laju? Nak kejar apa?Orang yang nak dikejar dah ada kat sebelah. “Zirah Tidur lah, nanti dah sampaiAbang kejutkan.”

            Berkerut dahiku. “Abang?” Dah lamatak sebut ayat ni untuk lelaki ini. Dan sekarang kena sebut balik ke?

            Emel buat muka pelik bila Zirah pundah lima puluh satu kali buat muka pelik. “Iya lah, tak akan macha kut?”

            “Kena..”

            “Wajib dan harus.” Jawab Emel laju.Faham apa yang Zirah mahu katakan.

            “Sebut ‘awak-saya’ sudah?” SoalZirah beri cadangan, manalah tahu Emel berkenan ke dengan cadangannya itu. Tapiboleh agaklah, dia tak akan setuju!

            “Hah! Boleh jugak.. Kalau Zirahterhantuk kat mana-mana dan tiba-tiba amnesia.Amboi, mana boleh. Tak baik ingkar arahan suami.”

            Diawal ayat lelaki itu seakan setujubenar dengan cadanganku. Diakhirnya, hampeh! Dikenakan aku balik? Aku hanyadiam. Praktis balik macam mana nak sebut ayat tu. Ah, sudah.. Kena pergi pusat tuisyen ni.

            “Cuba sebut.” Emel menoleh isterinyayang tiba-tiba diam tak berkutik. Kejang ke apa?

            “Abang.” Tak ada perasaan langsungZirah menyebutnya. Macam tengah sebut ‘apek, beras satu kilo’.

            “Macam tak cukup harakat je.” Emelmengomen.

            Pulak dah! Ingat aku tengah belajarmengaji ke nak sempurnakan harakat? Aku pandangnya sejenak. “Abang!!!” Hah!Ambik, nak sangat. Aku rasa cukup bagus dah nada tu. Aku sebut dalam keadaangugup dan tergesa-gesa. Jadi bunyinya macam sesuai untuk panggil Emel kalau diajauh sebatu.

            Emel mengurut dada. Ini nak belajarbercakap ke, nak belajar bagi arahan untuk kawad kaki? “Marah ke apa ni? Macammana nak sebut depan Ummi dengan Walid macam ni?”

            Aku mengeluh. Nak sebut macam manalagi ni? Aku pandangnya dengan pandangan minta simpati, jangan dera aku lagi.Aku tak cukup kuat nak tahan amukan tsunami ni. Please..

            Emel berdehem. “Okey-okey. Tidurlah. Nanti dah sampai, Abang kejutkan.”

            Aku tersenyum menang. Selamat pun,perlahan aku merebahkan kepala dan mahu menutup mata. “Omak den cuci kipas!!”Terasa naik semua kaki tangan aku bila Emel tiba-tiba buat brek mengejut. Akupandangnya dengan pandangan geram.

            “Sorry,cicak lalu tadi.” Emel kembali meneruskan pemanduannya. Nasib tak ada kereta dibelakang. Dengan suka hatinya dia buat driftkat highway tersebut. Sebenarnya diasengaja tak nak bagi Zirah tidur. Kalau dia tidur, siapa nak teman dia? HelloKitty kat belakang tu?

            “Cakap je lah tak bagi orang tidur.Ni main tanjat-tanjat boboi pulak.Nasib baik tak ada kencing manis. Kang tak pasal-pasal terkencing pulak tadi.”Geram pulak Zirah rasa.

            Emel ketawa. “Janganlah marah-marah.Aish! Belum masuk umur 30 mesti dah tua ni. Asyik marah je kerjanya.”

            “Biarlah tua pun.”

            “Tua pun, awak sentiasa muda diminda dan hati saya.” Emel mengenyitkan matanya.

            Aku terdiam. Ayat lelaki itu zupzapmasuk dalam hati aku. Urmm.. Ayat tu kalau buat ringtone talifon bimbit aku, cunjugak. Aku berdehem. Cuba membetulkan keadaan yang tiba-tiba sunyi tak pasal-pasal.“Nak tanya sikit.”

            Emel menoleh sekilas dan kembalimemandang kehadapan. Risau pulak terbawak laju dan ada pula yang menangkapgambar. Tiang AES tu, aku rasa nak bawak balik rumah je. Buat jadi pengawalkeselamatan. Kadang-kadang kita tak bawak laju, orang sebelah yang bawak lajukita jugak yang kena saman. Adoi, bukan aku tak sokong benda alah tu ada. Tapitak berapa nak efeksyen lah yob. Kena kaji lebih dalam-dalam lagi kalau nakbagi saman. Maaf tiba-tiba beri pesanan khidmat masyarakat pulak.

            “Tanya apa?”

            “Kereta biru tu, awak punya ke?”

            Emel tersenyum. “Kalau iya kenapa?”

            “Bukan awak sayang gila ke dengankereta tu? Kenapa bagi saya?” Zirah pelik. Dulu  tak pernah bagi aku peluang nak naik. Sekarangdia serah kat aku sebiji, ambik kau. Sejak aku dapat tahu Emel yang masukkanduit dalam akaun baru aku tu, sejak itulah aku dapat kesan yang kereta itu diapunya.

            “Sebab tuan empunya kereta tusekarang jauh lebih Abang sayang. Dah lama abang nak bagi kat Zirah. Tapi takberpeluang. Abang jaga rapi kereta tu pun sebab abang nak bagi kat Zirah. Duluabang nak bagi, tapi Zirah tak ada lesen lagi masa tu. Jadi, abang tangguhkandulu.” Terang Emel.

 Dan satubenda lagi, cadangnya mahu dihadiahkan kereta tu kalau Zirah dah mengandunganak lima. Kah..Kah..Kah.. Tapi sayangnya, banyak pula halangan. Terasa bodohbenar dirinya dulu mendera perasaan Zirah begitu. Tapi apa yang dilakukannyadulu ada bersebab. Dan apa yang dilakukannya sekarang juga bersebab. Namunsayang dan cintanya buat isterinya itu tidak pernah bersebab. Kerana cinta dansayangnya adalah benar-benar benda berharga yang akan dibawa sehingga kesyurga.Insyallah.

            Zirah ternganga. Emel ketawa.Ditolak perlahan dagu Zirah keatas untuk menutup mulut isterinya dariternganga. Buruk benar rupanya, macam Gua Tempurung retak.

            “Serius?” Soal Zirah teruja.Tiba-tiba rasa macam nak peluk-peluk je suaminya itu dan ditimangtinggi-tinggi. Tahukah anda, saya mengidam sungguh kereta tersebut sejak dululagi. Alhamdulillah, Allah kabulkan.

            Emel tersenyum lagi dan menganggukmengiyakan. Terpancar wajah ceria di wajah Zirah.

Previous: Bab 59
Next: Bab 60

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.