Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 16A

“MAMAK!Teh  ais satu! Jangan letak ais batubanyak-banyak. Tercekek pulak aku nanti.” Laung Irwan sambil mengambil dudukdihadapan Emel. Adoi, boleh senak perut tengok muka mamat ni. Serabut!

            “Kau ni kenapa pulak? Sembelit kemalam tadi?” Irwan mengambil telur rebus diatas meja lalu digolek-golekkandiatas meja.

            Emel mendengus. “Bukan sembelit.Sakit hati je.” Luahnya dengan riak jengkel.

            Irwan mengerutkan dahi. “Dah jumpadoktor belum? Bahaya tu, sedara aku mati seb…. GULP!” terdiam Irwan dibuatnya.Dengan selambanya Emel mengambil sebiji buah pisang yang terhidang diatas mejaitu lalu menyumbatkan kedalam mulut Irwan tanpa membuka terlebih dahulu kulitpisang tersebut.

            “Main-main lagi. Aku serius ni!”Emel hampir-hampir saja melepaskan tawa melihat wajah Irwan yang sudah merah,dengan mata terjegil terkejut.

            Irwan mengeluarkan pisang tadi darimulutnya. Diambil tisu dan dilap-lap mulutnya yang tiba-tiba terasa macam gigitgetah beku! Gila betul si Emel ni, nasib baik aku tak tercekek. Kalau tercekektadi, janda pulak si Anis nanti.

            “Kau ni bukan kejam, cuma zalim takbertempat. Sampai hati kau buat aku macam ni?” Irwan mencebik. Rasa getahpisang itu masih terlekat dilidah! Ceh!

            Akhirnya Emel ketawa. Tak tahanmelihat wajah Irwan yang sadis itu. “Kau jangan buat muka macam tu boleh? Geliaku tengok.” Emel menolak muka Irwan kekanan.

            Irwan mencebik. “Kenapa kau ni?Kusut je, pasal Cicak Kobeng lagi ke?” Irwan menyedut air yang diordernya tadi.Hilang rasa dahaga melampaunya tadi.

            Emel mengeluh. “Aku tak tahulah,minah tu buat aku makin serabut.”

            Irwan tersengeh. Minah serabut tulahyang bakal menenangkan kau satu hari nanti. “Aku tahu sebab apa. Kau tak bolehterima Adam lagi? Apa ni Bro? Emel yang aku kenal tak macam ni tau. Emel yangaku kenal, penuh dengan kasih sayang. Tambah-tambah budak-budak macam Adam tu.Kut iya pun kau benci gila dengan ibu dia. Agak-agaklah, budak tu kecik lagi.Kau sumbat kayu api kat mulut dia pun dia masih boleh ketawa. Budak tu takbersalah.”

Previous: Bab 16
Next: Bab 16B

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.